omniture

ZTE menang tiga Anugerah Inovasi Lightwave Optical Network di OFC 2020

ZTE Corporation
2020-03-11 19:54 639

SHENZHEN, China, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa platform akses optik generasi seterusnya TITAN, penyelesaian E-OTN dan platform pengurusan dan kawalan pintar ZENIC ONE telah dikurniakan anugerah inovasi rangkaian optik di Persidangan & Pameran Perangkaian Optik dan Komunikasi (OFC) 2020 oleh Lightwave, lantas menunjukkan kedudukan utama ZTE dalam bidang komunikasi optik.

ZTE menang tiga anugerah inovasi Lightwave Optical Network di OFC 2020
ZTE menang tiga anugerah inovasi Lightwave Optical Network di OFC 2020

Berdasarkan seni bina penghala berkualiti tinggi dan suis yang diedarkan sepenuhnya, TTIAN menyediakan kapasiti akses yang terbesar dalam industri dan sesuai untuk pelbagai senario aplikasi seperti jalur lebar rumah, rangkaian kerajaan dan perusahaan, 4G dan 5G, selain taman perindustrian pintar. TITAN turut menyokong akses GPON, 10G PON dan 50G PON rentas generasi, memanjangkan dengan berkesan kitaran hayat peralatan dalam rangkaian. Platform TITAN membolehkan penyepaduan 5G dan FTTH serta mempercepatkan penggunaan 5G dengan berkongsi sumber infrastruktur, seperti gentian, saluran dan bilik peralatan. Di samping itu, TITAN mencapai secara inovatif integrasi antara IT dan CT serta melanjutkan senario aplikasi peralatan akses melalui bilah terbina dalam. Dalam rangkaian langsung pihak pengendali, TITAN menyediakan fungsi Access CDN untuk menggunakan video yang paling banyak ditonton ke bawah, yang meningkatkan dengan ketara pengalaman pengguna. Pada masa kini, TITAN digunakan pada skala global.

Sebagai penyelesaian rangkaian optik utama ZTE, penyelesaian E-OTN dilengkapi dengan produk OTN utama ZTE ZXONE 9700, yang menyokong platform silang sambung OTN yang terbesar dalam industri bagi menyediakan kapasiti maksimum 2T setiap slot, maksimum 128T setiap subrak dan maksimum 384T dalam satu kluster, seraya meluaskan dengan ketara kapasiti rangkaian. Dengan cara siri penuh cipset dalaman serta algoritma Flex Shaping yang unik, ZTE mencatatkan banyak rekod dunia dalam bidang penghantaran ultra jarak jauh melangkaui 100G dan telah mewujudkan jarak penghantaran terpanjang dalam ujian terhadap rangkaian 400G sedia ada China Mobile pada tahun 2019, yang mencapai jarak penghantaran sejauh lebih 600 km.

Platform pengurusan & kawalan pintar ZTE ZENIC ONE boleh membantu mencapai peruntukan perkhidmatan satu-klik dan meningkatkan dengan berkesan kecekapan penggunaan perkhidmatan serta pengalaman pengguna. Sementara itu, berdasarkan analisis data raya dan Kecerdasan Buatan (AI), ZENIC ONE boleh mengenal pasti dengan tepat kegagalan rangkaian, menyediakan penyelesaian pemprosesan automatik, menganalisis punca dan memberi amaran tepat pada masanya, lantas dapat menjimatkan kos O&M rangkaian pengendali dan meningkatkan kecekapan O&M.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi global kami atas pengiktirafan tinggi ini. Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini," kata Heng Yunjun, naib presiden ZTE Corporation. "ZTE akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam industri komunikasi optik bagi mengukuhkan inovasi teknologi dan kerjasama agar bersama-sama dapat mencapai kejayaan perniagaan."

Sebagai media yang terkenal dalam bidang rangkaian optik global, Lightwave telah mengadakan anugerah inovasi tahunan di OFC selama bertahun-tahun, bagi mengiktiraf produk dan penyelesaian terbaik dalam bidang komunikasi optik. Hakim-hakim terdiri daripada pakar-pakar rangkaian optik yang terkenal daripada kalangan pengendali rangkaian, pembekal, selain eksekutif kanan, penganalisis dan jurutera daripada syarikat-syarikat penyelidikan dan perundingan perindustrian.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200310/2744094-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news