omniture

IQM Lakukan Langkah Pengembangan Pertama; Tubuh Subsidiari di Jerman Pacu Reka Bentuk Bersama Perkakasan-perisian Kuantum

IQM Finland Oy
2020-03-11 21:55 990

- Pakar kuantum ternama dimanfaatkan untuk pimpin kemudahan baharu

ESPOO, Finland, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- IQM Finland Oy (IQM), hari ini mengumumkan pengembangan melalui penubuhan syarikat subsidiari pertamanya, IQM Jerman, yang terletak di Munich. Syarikat ini turut mengumumkan pelantikan pakar pengkomputeran kuantum dan teknologi kuantum yang tersohor, Prof. Enrique Solano sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IQM Jerman. IQM ialah peneraju perkakasan baru muncul yang memberi tumpuan untuk membangunkan komputer kuantum berdasarkan pemproses kuantum superkonduktor berkelajuan tinggi yang boleh diskala. Pada hari Jumaat yang lalu, syarikat ini dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat baharu yang paling meyakinkan di Finland oleh majalah kewangan Finland Talouselämä.

 

One of IQM´s quantum computers in the headquarters in Helsinki. The new team in Munich will design special-purpose processors for near-term applications.
One of IQM´s quantum computers in the headquarters in Helsinki. The new team in Munich will design special-purpose processors for near-term applications.

 

Langkah pengembangan ini berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran kuantum tempatan bagi mencipta hab reka bentuk bersama yang merapatkan interaksi antara pembangunan perkakasan kuantum dan perisian kuantum. Ideanya adalah untuk mengoptimumkan cip kuantum pada tahap pembangunan terawal bagi memenuhi reka bentuk gerbang, ketersambungan, ketepatan gerbang dan kemestian teknikal yang lain untuk pengkomputeran kuantum boleh diskala. Model reka bentuk bersama yang baharu itu membolehkan IQM berkolaborasi dengan erat bersama rakan-rakan kongsi perisian semasa dan akan datang di seluruh Eropah bagi mempercepatkan pembangunan penyelesaian kuantum yang berguna untuk aplikasi khusus.

Prof. Enrique Solano akan memimpin operasi Munich sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IQM Jerman. Ahli fizik Peru/Sepanyol ini merupakan pakar antarabangsa yang tersohor dalam pengkomputeran kuantum, simulasi kuantum, kecerdasan buatan kuantum dan teknologi kuantum. Beliau menyertai IQM daripada kedudukan utama beliau di dua buah pusat kuantum iaitu di Bilbao, Sepanyol dan Shanghai, China.

"Munich merupakan lokasi yang jelas untuk kemudahan baharu ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif IQM, Dr. Jan Goetz. "Untuk Jerman dan Bavaria khususnya, pembinaan komputer kuantum merupakan satu keutamaan kebangsaan yang strategik. Komitmen ini telah mewujudkan sebuah ekosistem inovasi kuantum, dengan pemegang kepentingan daripada industri, bidang akademik dan komuniti pelabur secara kolektif memberi tumpuan bagi memajukan kepimpinan kuantum Eropah."

Kemudahan baharu ini melambangkan pengembangan pertama IQM di luar Finland. Sejak penampilan sulungnya pada Julai lalu, syarikat ini telah meningkat naik dengan pantas bagi membina sebuah infrastruktur untuk mengeluarkan peranti kuantum boleh diskala dengan cekap. Di makmal operasinya di Espoo, sampel bit kuantum (qubit) telahpun dihasilkan pada skala wafer setiap minggu. Peranti ini ditanda aras di lapangan untuk keseragaman, ketepatan, kualiti dan kemestian lain untuk aplikasi dunia sebenar. Model daya pemprosesan tinggi/maklum balas pantas membolehkan ahli teknologi IQM tekal memantau kualiti proses fabrikasi, seraya memastikan pemproses kuantum yang berkualiti tinggi.

Pada masa kini, pasukan pakar IQM mendorong perniagaan dalam empat bidang utama: fabrikasi, elektronik boleh diskala, perisian dan integrasi sistem. Pasukan baharu di Munich akan melanjutkan usaha-usaha ini bagi mereka bentuk pemproses tujuan khas untuk algoritma jangka masa pendek dan dalam masa yang sama turut memberi tumpuan pada pembangunan IP. Daripada hampir tiga dozen kakitangan syarikat, 25 berkelulusan PhD, hampir kesemuanya dalam bidang fizik dan khususnya bidang pengkomputeran kuantum.

Prof. Solano menambah pengukuhan baharu kepada pasukan IQM multinasional menerusi rekod prestasi kepimpinan beliau dalam ekosistem akademik dan keusahawanan. Jawatan-jawatan terdahulu beliau termasuk Profesor Unggul dan Pengarah di QuArtist - Kecerdasan Buatan Kuantum untuk Sains dan Teknologi di Shanghai University di China, serta kedudukan yang serupa di Pusat Pengkomputeran Kuantum dan Teknologi Kuantum Antarabangsa di University of the Basque Country di Bilbao, Sepanyol. Beliau memperoleh PhD dalam bidang fizik daripada Universidade Federal de Rio de Janeiro di Brazil.

"Model reka bentuk bersama perkakasan-perisian adalah berbeza dan mengujakan serta membawa penetapan minda pemikiran-reka bentuk untuk pengkomputeran kuantum," kata Prof. Solano. "Ia membolehkan kami membangunkan dan mengoptimumkan seni bina cip generasi seterusnya untuk aplikasi tertentu dan melaksanakan algoritma pengkomputeran kuantum untuk industri-industri dengan operasi yang telah berakar umbi di Jerman dan seluruh Eropah. Sebagai contoh, model kewangan dan ramalan untuk pembuat kereta, selain model untuk reka bentuk ubatan, reka bentuk bahan, aerodinamik, tindak balas nuklear, sistem biologi, peranti pintar, keadaan penggunaan untuk bandar pintar dan banyak lagi. Saya berasa teruja untuk menyertai syarikat ini."

Prof. Mikko Möttönen, Pengasas dan Ketua Saintis IQM menambah: "Saya telah lama mengagumi Enrique atas kebolehan beliau menyelesaikan masalah teori yang amat sukar yang berguna untuk aplikasi praktikal. Beliau telahpun membina sepasukan pakar di IQM bagi meningkatkan pemahaman kami mengenai algoritma kuantum bagi membangunkan model kewangan untuk pelbagai aplikasi. Ini akan membolehkan kami untuk mengoptimumkan perkakasan kami dengan pantas untuk hasil ciptaan algoritma baharu yang dikeluarkan oleh rakan-rakan kongsi perisian kami. Beliau merupakan satu penambahan yang diimpikan untuk pasukan ini."

Untuk maklumat mengenai IQM, sila kunjungi www.meetiqm.com

Maklumat Perhubungan IQM
Jan Goetz, Ketua Pegawai Eksekutif IQM; emel: jan@meetiqm.com; +358 505 666 483 (Bahasa Inggeris & Bahasa Jerman)

Mikko Möttönen, Ketua Saintis, IQM; emel: mikko@meetiqm.com; +358 505 940 950 (Bahasa Inggeris & Bahasa Finland)

Enrique Solano, Pegawai Eksekutif IQM Jerman; emel: enrique.solano@meetiqm.com; +49 151 7217 3120 (Bahasa Inggeris & Bahasa Sepanyol)

 

The new lead in Munich: IQM Germany´s CEO Prof Enrique Solano.
The new lead in Munich: IQM Germany´s CEO Prof Enrique Solano.

 

 

 

Source: IQM Finland Oy
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Telecommunications Corporate Expansion New products/services