omniture

Herta Lancar Teknologi Baharu Bolehkan Pengecaman Wajah Walaupun Pakai Topeng

Herta
2020-03-13 07:37 769

BARCELONA, Sepanyol, 12 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian pengecaman wajah untuk persekitaran penuh sesak, Herta, pada minggu ini melancarkan versi baharu algoritma pengecaman wajah yang dapat mengenal pasti dengan betul mereka yang memakai topeng muka. Syarikat ini telah mengusahakan isu oklusi separa untuk beberapa waktu dan susulan wabak coronavirus (COVID-19) seluruh dunia, pembangunan ini telah dipercepatkan untuk melancarkan versi perisian yang dapat membantu menyediakan fungsi pengecaman yang tepat di bawah keadaan ini.

 

Herta
Herta

 

Berdasarkan teknologi Pembelajaran Mendalam, algoritma Herta menyediakan kadar pengecaman yang amat tinggi, khususnya bagi tugasan pengesahan identiti dan keandalannya adalah sangat tinggi, meskipun apabila individu tersebut menyembunyikan sebahagian besar wajah mereka. Penting untuk dinyatakan bahawa bahagian yang paling berbeza pada wajah manusia terletak pada kawasan mata.

Pelancaran perisian ini merupakan kunci sistem pengecaman penumpang automatik, seperti kawalan sempadan dengan pasport. Dengan cara ini ini, seseorang tidak perlu menanggalkan topeng muka, mengelakkan jangkitan yang berpotensi atau masa menunggu yang lama. Aplikasinya, umumnya, meliputi sebarang jenis kawalan akses mahupun sistem pengesahan identiti.

Herta menjangkakan bahawa impak daripada teknologi baharu ini dalam pasaran akan menjadi amat penting di seluruh dunia dan ia akan digunakan secara besar-besaran dalam persekitaran seperti pengangkutan, kesihatan, kerajaan, acara, stadium sukan atau sektor permainan.

Latar Belakang Herta 

Herta ialah peneraju dunia bagi pembangunan penyelesaian pengecaman wajah berteknologi tinggi. Dengan ibu pejabat yang terletak di Barcelona dan pejabat-pejabat di Madrid, Los Angeles, Montevideo, Bandar Raya Mexico, Singapura dan Dubai, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang pantas, tepat, mantap dan berorientasi pelanggan akhir untuk pengawasan video, kawalan akses serta keperluan pemasaran. Projek-projek antarabangsa melibatkan bandar selamat, lapangan terbang, stesen kereta api dan kereta api bawah tanah, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli belah, ketenteraan, polis serta aplikasi forensik. Herta mempunyai rakan kongsi dalam 50 buah negara dan lebih 150 penyepadu diperakui di seluruh dunia.

Herta mengkhusus dalam analisis persekitaran penuh sesak, yang membolehkannya untuk mengesan dan mengenal pasti berbilang subjek secara serentak melalui kamera IP. Perisian kami boleh diskala sepenuhnya dan serasi dengan mana-mana kamera IP, menjadi alat yang mudah digunakan dan boleh diakses untuk sebarang organisasi perniagaan.

https://hertasecurity.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1122198/Herta.jpg

Source: Herta
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services