omniture

Kecerdasan Buatan Serlahkan Metafora "Pintu Gerbang" untuk Bantu Orang Awam, Penggubal Dasar dan Syarikat Tangani Krisis Coronavirus

machineVantage
2020-03-13 13:15 811

Syarikat Kecerdasan Buatan Utama machineVantage Manfaatkan AI dan Neurosains untuk Kenal Pasti Cara Paling Berkesan Untuk Komunikasi Awam Berhubung Covid-19

BERKELEY, California, 13 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Tatkala pandemik Coronavirus global menular, salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan, institusi kesihatan awam, perniagaan dan orang awam ialah bagaimana untuk berkomunikasi dengan cara paling berkesan mengenai tindakan yang perlu diambil berhubung penyakit tersebut.

Mengaplikasikan kecerdasan buatan dan sistem pembelajaran mesin, digabungkan dengan pengetahuan neurosains yang termaju, syarikat AI yang terkemuka machineVantage (www.machinevantage.com) telah mengenal pasti model komunikasi yang amat berkesan untuk menangani krisis kesihatan antarabangsa ini. Firma ini mengkhusus dalam mengekstrak metafora yang terhubung secara mendalam dengan minda tanpa sedar, yang mana di sinilah lebih 95% daripada keputusan harian dibuat.

"Neurosains mengajar kita bahawa metafora merupakan 'bahasa bagi minda tanpa sedar' dan ia mempunyai kaedah yang amat hebat untuk menyampaikan maklumat kritikal," kata Dr. A. K. Pradeep, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif machineVantage. "Pada dasarnya ia merupakan satu bentuk 'trengkas' untuk minda, yang memberi keutamaan tinggi kepada bentuk maklumat ini. Dengan mengaplikasikan algoritma berkuasa AI tersuai, menilai himpunan luas metafora sedia ada dan bergantung pada pembelajaran neurosaintifik, kami dapat mengekstrak metafora baharu yang paling bermakna dan memberi kesan yang besar untuk digunakan bagi menangani krisis Coronavirus."

"Metafora tersebut ialah 'Kesihatan dihubung ke Pintu Gerbang,'" kata Dr. Pradeep. "Kami menyenaraikan metafora menerusi empat peringkat dan sistem AI kami mengasingkan metafora Pintu Gerbang ini sebagai 'Baru Muncul'—bermakna ia menjadi semakin penting dalam minda tanpa sedar. Kami ingin menjadikan penemuan ini tersedia secara sejagat sebagai cara untuk melaksanakan peranan kami bagi membantu dalam perjuangan menentang penyakit ini dengan memudahkan komunikasi yang lebih baik kepada orang awam."

Dr. Pradeep menjelaskan bahawa minda tanpa sedar menghubungkan Kesihatan dan Pintu Gerbang melalui banyak cara.

Dua cara utama ialah konsep yang dibenamkan dalam Metafora Pintu Gerbang:

 A.  Kesihatan ialah Pintu Gerbang – menuju kehidupan yang lebih baik dan perkara yang penting
 B.  Gerbang menuju Kesihatan – laluan yang mendayakan Kesihatan dan mengekalkan keadaan Sihat

Kedua-duanya diaktifkan dalam senario yang mana kemusnahan Kesihatan kita menutup pintu gerbang ke masa depan yang lebih baik dan Pintu Gerbang perlu ditutup bagi membantu kita menjadi Sihat dan kekal Sihat dengan kehadiran virus Covid-19.

Pintu gerbang biasanya dilihat sebagai struktur fizikal, seperti pintu, pagar besi atau jambatan. Dalam minda tanpa sedar, Pintu Gerbang dikonsepsikan sebagai portal metafora, membolehkan atau mengelakkan akses. Virus seperti Covid-19 sebagai musuh mengaktifkan Metafora Pintu Gerbang dalam minda tanpa sedar.

Dr. Pradeep mengenal pasti enam konsep pemesejan utama yang dibawakan oleh Metafora Pintu Gerbang

  1. marilah kita mengunci pintu gerbang – menutup bandar dan sempadan kini boleh diterima   
  2. marilah kita mendapatkan perlindungan dari dalam dengan tidak meninggalkan pintu gerbang – sekatan perjalanan kini boleh diterima
  3. biarkan orang ramai mengetuk pintu gerbang – menguji semua orang yang melaluinya kini dijangkakan
  4. pintu gerbang mungkin ditutup buat sementara waktu – menyimpan semua bekalan yang diperlukan kini diterima
  5. penantian di dalam mungkin penuh tekanan – mencari cara untuk kekal sibuk dan meluangkan masa secara positif di dalam pintu gerbang kini diterima
  6. pintu gerbang mestilah kuat dan dibina semula – dengan adanya penggubal dasar dan pegawai kesihatan awam yang tekal menilai semula dan memperbaharui langkah-langkah dan prosedur-prosedur kini diterima dan dijangkakan

"Memahami bagaimana minda tanpa sedar memproses dan memberi respons kepada maklumat berkaitan Coronavirus melalui kanta Metafora Pintu Gerbang ini memberi hala tuju yang penting dari segi bagaimana untuk membina dan menyampaikan pesanan kepada orang awam tentang penyakit ini," kata Dr. Pradeep.

Data jualan runcit berkaitan corak pembelian pengguna mengesahkan pengaktifan Metafora Pintu Gerbang dalam minda tanpa sedar. Penyimpanan stok barang asas guna habis seperti kertas tandas dan sup dalam tin menunjukkan pengaktifan "pintu gerbang mungkin ditutup buat sementara waktu". Pengumpulan item hiburan seperti permainan, CD dan DVD menunjukkan bahawa "penantian di dalam mungkin penuh tekanan" juga diaktifkan dalam minda tanpa sedar. 

"Memandangkan kebimbangan terhadap pandemik ini meningkat, penggubal dasar awam, penyedia rawatan kesihatan, pemasar jenama pengguna dan pihak-pihak lain perlu mempertimbangkan untuk menggunakan Metafora Pintu Gerbang untuk berkomunikasi dan mendidik orang awam," kata Dr. Pradeep. "Kami ingin menghulurkan bantuan kami dalam perjuangan global menentang virus ini dengan menawarkan penemuan Metafora Pintu Gerbang buat mereka yang berada di barisan depan."

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/528137/MachineVantage_Logo.jpg

 

Source: machineVantage
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Public Safety