omniture

LONGi sertai Inisiatif Global RE100; beri komitmen 100% kuasa boleh diperbaharui di seluruh operasi globalnya menjelang 2028

LONGi
2020-03-16 08:00 617

XI'AN, China, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- LONGi Green Energy Technology Co., Ltd (selepas ini dirujuk sebagai "LONGi"), syarikat teknologi solar terkemuka dunia, mengumumkan ia telah secara rasminya menyertai inisiatif RE100 global yang dipimpin oleh The Climate Group dengan perkongsian bersama CDP, pada 12 Mac 2020. LONGi memberi komitmen untuk menyumberkan 100% elektrik boleh diperbaharui di seluruh operasi globalnya menjelang 2028 dengan sasaran interim 70% menjelang 2027.

Inisiatif RE100 global menyasarkan untuk menyatukan syarikat Global Fortune 500 seperti Apple, Google, Facebook, Coca-Cola, Microsoft, Philips dan Goldman Sachs,untuk memberi komitmen matlamat 100% tenaga boleh diperbaharui dalam tempoh masa yang terpendek.  Untuk mencapai matlamat iklim ini, setiap syarikat dalam RE100 akan memberi komitmen untuk menyumberkan 100% elektrik yang digunakan di seluruh operasi global mereka daripada tenaga boleh diperbaharui.

Dengan menyertai inisiatif RE100, LONGi akan mengambil tanggungjawab yang lebih besar untuk pembangunan global ekonomi rendah karbon dan pencapaian matlamat iklim.

Sejak 2006 sehingga kini, strategi tenaga LONGi dibahagikan kepada tiga tahap utama:

Tahap 1: 2006-2015, menggunakkan tenaga tradisional untuk menghasilkan tenaga bersih.

Tahap 2: 2016-sekarang, menggunakan tenaga bersih untuk menghasilkan tenaga bersih.

LONGi mengeluarkan produk fotovolta di Yunnan, China dan Kuching, Malaysia – rantau yang kaya dengan kuasa hidro. Produk siap dieksport kepada pelanggan di seluruh dunia, menjadi "amplifier dan porter tenaga bersih".

Tahap 3: Pada masa depan, LONGi akan merealisasikan konsep "Solar untuk Solar" pengeluaran produk tenaga bersih menggunakan 100% tenaga bersih dan mencapai matlamat bumi negatif karbon.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, LONGi telah memasang sistem fotovolta solar pada bumbung kemudahan pengeluarannya untuk menggalakkan penggunaan tenaga bersih.  Pada masa yang sama, LONGi juga aktif membangunkan stesen kuasa fotovolta solar dengan lebih daripada 2GW stesen kuasa bumi dan 1.5GW stesen komersial & perindustrian secara kumulatif. LONGi ialah salah satu daripada perusahaan fotovolta yang membeli "Green Electricity Certificates" (Sijil Elektrik Hijau) dan tersenarai dalam senarai perusahaan pembuatan hijau oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China beberapa kali.

Helen Clarkson, Ketua Pegawai Eksekutif The Climate Group berkata, "LONGi ialah syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia. The Climate Group dan LONGi sejajar sepenuhnya dalam konsep pembangunan mampan. Kami berharap dapat bekerja dengan LONGi untuk bersama-sama mempromosikan pembangunan pantas tenaga boleh diperbaharui global."

Li Zhenguo, Pengasas dan Presiden LONGi mengulas, "Menyertai inisiatif RE100 global ialah komitmen LONGi kepada masa depan dunia yang lestari. Kami mengambil langkah konkrit untuk memastikan komitmen kami tercapai. LONGi bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk memacu transformasi tenaga global, dan kami teguh berpendirian bahawa matlamat 100% tenaga boleh diperbaharui seluruh dunia menjelang 2050 boleh dicapai, bahkan mungkin lebih cepat dari itu."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility