omniture

Pembuat Minuman Keras Baijiu Gujing Cari Permohonan Bidaan Pembekal Pembungkusan Global

Gujing Group
2020-03-16 09:51 688

BOZHOU, China, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Gujing Group ("Syarikat"), pengeluar minuman keras terkemuka, telah mengumumkan ia akan membuka quota untuk pembekal pembungkusannya kepada dunia untuk tahun 2020-2021.

Teknik Jiu Yun Jiu Gujing telah disahkan oleh Guinness World Records sebagai “Teknik penyulingan tertua yang masih wujud di dunia. Ini merupakan teknologi pembuatan minuman keras Cina tradisional yang pertama diiktiraf oleh Guinness World Records.
Teknik Jiu Yun Jiu Gujing telah disahkan oleh Guinness World Records sebagai “Teknik penyulingan tertua yang masih wujud di dunia. Ini merupakan teknologi pembuatan minuman keras Cina tradisional yang pertama diiktiraf oleh Guinness World Records.

Berpangkalan di Bozhou, Anhui, salah satu daripada kawasan pengeluar 10 minuman keras terkemuka di dunia, nilai jenama Gujing "Gujing Gong" telah mencapai hamper 147 bilion yuan pada tahun 2019 dan berada pada kedudukan keempat di peringkat kebangsaan dan kesembilan di peringkat global. Pada 2018, pendapatan Gujing mencecah lebih RMB10 billion.

"Setiap tahun, kami mencari pembekal global yang berkualiti tinggi," kata Liang Jinhui, Pengerusi Lembaga Gujing Group. "Tahun ini, kami berharap dapat mengambil peluang untuk mengukuhkan kerjasama global kami dan mempromosikan semangat pembangunan Cina di peringkat antarabangsa."

Untuk layak, para pembekal perlu merupakan syarikat pengeluar dengan nilai jualan tahunan sekurang-kurangnya US$10 juta. Para pembekal turut perlu menyediakan bahan-bahan dan menunjukkan lesen-lesen operasi mereka dan penyata cukai tahun lepas sebagai bukti.

Jawatan kuasa pemilihan syarikat akan menyemak pemohon berdasarkan skala syarikat, keupayaan dan kesesuaian pengeluaran. Skop penglibatan pembekal dalam pembidaan akan ditentukan berdasarkan keputusan penilaian.  Bagi pembekal yang layak, syarikat akan menghantar jemputan kepada mereka menerusi emel atau telefon.

Syarat-syarat bahan pembungkusan termasuk kotak kertas dan beg tot untuk bahan-bahan bercetak. Untuk botol, isipadu perlulah sebanyak 500ml (kod HS: 70109020) dengan penutup plastik atau aluminum-plastik. Syarikat juga merancang untuk menyumberkan bahan mentah berkualiliti tinggi seperti  betari kepada skop global.

Pihak-pihak yang berminat perlu memohon tidak lewat dari 24:00 (GMT+8) 20 April 2020 menerusi pautan berikut: https://www.gujingglobal.com/message-type/contact-us_113_1.html

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.GujingGlobal.com

Latar Belakang Gujing Group 

Ditubuhkan pada tahun 1992 dan disenaraikan pada tahun 1996, Guijing Group, dengan sejarahnya yang berakar umbi di Gongxing Caofang, sebuah kilang penyulingan yang ditubuhkan semasa Dinasti Ming pada tahun 1515, telah berkembang menjadi salah satu daripada lapan jenama utama Baijiu dan 500 perusahaan pengeluar terkemuka China. Gujing Gong Baijiu dibangunkan menggunakan "teknik Jiu Yun Jiu", "teknik penyulingan tertua yang wujud di dunia" seperti yang disahkan oleh Guinness World Records. 

Cerah, manis dan halus, minuman keras ini menawarkan rasa yang seimbang dengan sentuhan aroma orkid. Jenama ini dinilai pada RMB 147 bilion (21 bilion USD) pada 2019, dengan pendapatan tahunan RMB 10 bilion (1.4 bilion USD) pada tahun 2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2749280-1?lang=0

Source: Gujing Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers