omniture

Minerva Wujudkan Tahun Cendekiawan Melawat Sokong Pelajar Antarabangsa

Minerva Schools at KGI
2020-03-16 09:58 4685

Beri sokongan untuk mereka yang menerima kesan oleh visa, sekatan perjalanan atau isu-isu lain bagi tahun akademik 2020-21   

SAN FRANCISCO, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Minerva Schools di Keck Graduate Institute (KGI) mengumumkan tahun Cendekiawan Melawat bagi membolehkan pelajar-pelajar yang telah diterima masuk ke universiti-universiti yang amat selektif dan menggunakan Bahasa Inggeris untuk memulakan pengajian mereka tanpa gangguan. Sebagai respons kepada cabaran terkini yang berkaitan dengan COVID-19, sekatan visa dan kebimbangan global yang lain, banyak kolej dan universiti terkemuka akan digesa untuk menangguhkan, menunda dan membatalkan pendaftaran pelajar-pelajar dari negara-negara yang terjejas.

Tahun Cendekiawan Melawat Minerva ditujukan untuk pelajar-pelajar yang telah diterima masuk ke kolej atau universiti terkemuka, namun menghadapi cabaran pendaftaran untuk berada di kampus bagi tahun akademik 2020–21. Bagi memulakan pengajian mereka pada musim luruh tahun 2020, Cendekiawan Melawat boleh mendaftarkan diri dalam empat kursus Tahun Asas Minerva secara jarak jauh. Minerva Schools merupakan sebahagian daripada KGI, yang diakreditasi oleh Western Association of Schools and Colleges Senior College and University Commission (WSCUC). Oleh yang demikian, kredit kursus mungkin dapat dipindahkan ke institusi-institusi pendidikan tinggi yang lain. Yuran pengajian dan bayaran setahun penuh untuk program Cendekiawan Melawat di Minerva hanya berjumlah $15,950.

"Kursus-kursus tahun pertama Minerva diwujudkan untuk memperkukuhkan setiap pelajar. Kurikulum asas kami memberi tumpuan untuk membangunkan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, selain belajar dan berlatih kedua-dua komunikasi serta interaksi yang berkesan," jelas Ben Nelson, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Minerva. "Kami memikirkan dalam-dalam tentang pelajar-pelajar antarabangsa, memandangkan lebih 80% daripada badan pelajar Minerva adalah dari luar AS. Tahun Cendekiawan Melawat diwujudkan untuk memastikan agar pelajar-pelajar antarabangsa lain yang bersiap sedia untuk menghadapi kesukaran kurikulum tidak dipaksa untuk memendekkan pembelajaran mereka semasa detik-detik yang tidak menentu ini. Model akademik Minerva jelas mampu menyokong pelajar-pelajar ini dengan pengalaman kelas yang benar-benar direka semula dan didayakan fungsi jarak jauh ini." 

Kursus-kursus Minerva bukan sahaja amat ketat, namun persekitaran pembelajaran maya Forum™ menawarkan arahan yang amat menarik, secara langsung dan berasaskan video tanpa memerlukan bilik darjah fizikal. Kaedah Pembelajaran Aktif Sepenuhnya yang didayakan oleh Forum tersebut termasuk seminar-seminar berasaskan perbincangan segerak yang diajar oleh profesor-profesor yang hebat dan berpengalaman dalam setiap sesi kelas. Cendekiawan Melawat akan mengambil empat kursus yang sama, diajar oleh fakulti Minerva, yang perlu diambil oleh mahasiswa-mahasiswa tahun pertama di Minerva Schools.

Tahun Cendekiawan Melawat diwujudkan untuk akses dalam talian secara jarak jauh untuk kurikulum tahun pertama sahaja. Kehadiran tidak termasuk komponen kediaman atau pengalaman yang lazim untuk program sarjana muda Minerva dan tidak menunjukkan kemasukan ke dalam program ijazah sarjana muda Minerva Schools. Tahun Cendekiawan Melawat Minerva menerima pendaftaran bermula pada 12 Mac 2020.

Latar Belakang Minerva Schools di KGI
Minerva Schools di KGI menawarkan pengalaman universiti yang dicipta semula untuk pelajar-pelajar yang paling bijak dan paling bermotivasi di dunia. Program-programnya menawarkan kurikulum antara bidang dengan piawaian akademik yang ketat; sebuah fakulti yang berjaya, berpengalaman dalam sains pembelajaran; dan merupakan platform pembelajaran interaktif yang dibina dengan teknologi canggih. Minerva membawakan pendidikan sastera dan sains yang luar biasa untuk pemimpin dan penginovasi masa depan merentas disiplin. Minerva Schools di KGI ditubuhkan pada tahun 2013 bersama Keck Graduate Institute (KGI) — sebuah institusi diakreditasi Western Association of Schools and Colleges Senior College and University Commission (WSCUC) — dengan kerjasama Minerva Project. Pewujudan rintis Minerva Schools di KGI diperincikan dalam buku Building the Intentional University: Minerva and the Future of Higher Education (MIT Press).

Untuk maklumat lanjut hubungi Junko Green di pr@minerva.kgi.edu

Source: Minerva Schools at KGI
Keywords: Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications