omniture

Syarikat-syarikat Asia di Tempat Kedua di Dunia bagi Pelaburan Teknologi Baru Muncul manakala London ialah Hab Teknologi Baru Muncul Eropah

Tech Nation
2020-03-18 02:14 5280

- China kekal sebagai pasaran pelaburan teknologi kedua terbesar di dunia

- Syarikat-syarikat Asia di tempat kedua di dunia bagi pelaburan dalam teknologi baru muncul

- Pelabur-pelabur Asia mencari peluang di UK: 21% pelaburan teknologi UK adalah daripada pelabur-pelabur Asia pada tahun 2019

LONDON, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Tech Nation, platform pertumbuhan untuk pemimpin teknologi, mendedahkan penemuan pada hari ini berhubung sektor-sektor teknologi UK dan Asia dalam Laporan Tech Nation tahunannya.

China kekal sebagai pasaran pelaburan teknologi kedua terbesar di dunia

AS terus menerajui dunia dalam pelaburan teknologi untuk satu tahun lagi. Pada tahun 2019, sebanyak £81.9bn dikumpul oleh syarikat-syarikat teknologi AS. China mengikuti rapat untuk jumlah pelaburan mencecah £32.2bn dan seterusnya UK sebanyak £10.1bn.

Pelaburan ke dalam syarikat-syarikat teknologi UK meningkat sebanyak 44% berbanding tahun 2018, walau bagaimanapun, pelaburan menurun sebanyak 20% di AS berbanding pada tahun 2018, manakala di China pelaburan menurun sebanyak 65%.

Pelaburan Teknologi Baru Muncul

London merupakan bandar raya Eropah yang terkemuka bagi pelaburan dalam teknologi baru muncul sebanyak £4bn antara tahun 2015 dan 2019. Beijing dan Shanghai menjadi peneraju di Asia bagi bagi pelaburan dalam teknologi baru muncul, masing-masing sebanyak £10bn dan £2bn. San Francisco menjadi peneraju secara global dengan bandar raya tersebut menarik pelaburan modal usaha niaga sebanyak £16bn dalam teknologi baru muncul dari tahun 2015 hingga 2019.

Hampir separuh daripada jumlah pelaburan ke dalam Asia dibuat ke arah pembangunan AI sebanyak £15.56bn. Pelaburan teknologi yang dibuat dalam Beijing (menyumbang sebanyak 38% daripada semua pelaburan modal usaha niaga di Asia) memberi tumpuan pada pembangunan AI, robotik dan keselamatan siber, manakala di Shanghai (menyumbang sebanyak 9% daripada jumlah pelaburan teknologi Asia), ia memberi tumpuan semata-mata pada pembangunan AI.

Di Singapura (5%) pelaburan memberi tumpuan pada AI dan rantaian blok, di Tokyo (3%) pelaburan memberi tumpuan pada robotik manakala di Seoul (2%) pelaburan memberi tumpuan pada AI dan rantaian blok. Bandar Raya Ho Chi Minh (2%) hanya menerima pelaburan untuk pembangunan teknologi rantaian blok.

Kolaborasi Teknologi UK & Asia

Sebanyak £4.9bn dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat teknologi UK oleh pelabur-pelabur AS dan Asia pada tahun 2019, menyumbang sebanyak 45% daripada semua pelaburan yang dibuat dalam teknologi UK. 21% daripada pelaburan ini datangnya daripada pelabur-pelabur Asia. Sebagai contoh, Greensill menerima $800 juta daripada Softbank manakala Oaknorth menerima $400 juta daripada Softbank dan Clermont Group Singapura.

Ini merupakan penunjuk kesihatan yang kuat untuk syarikat-syarikat unikorn UK pada masa kini dan akan datang serta ekonomi UK, melihatkan 30 syarikat teknologi dibiayai luar negeri teratas di UK telah mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan di UK.

Pada tahun 2019, sebanyak 118 urus janji Modal Usaha Niaga disempurnakan di Asia oleh pelabur-pelabur UK. Entrepreneur First merupakan pelabur UK tunggal yang terbesar dengan 24 urus janji. 21 daripada urus janji ini dibuat untuk syarikat-syarikat Singapura seperti Hydroleap, sebuah perniagaan teknologi bersih yang mengumpul dan membersihkan air, yang mengumpul sebanyak £1.54 juta dan SensorFlow, sebuah perniagaan teknologi bersih yang mengurus tenaga untuk hotel-hotel yang mengumpul sebanyak £25 juta.

Gerard Grech, Ketua Eksekutif, Tech Nation, mengulas: "Asia terus menerobos sempadan apabila melibatkan usaha menginovasi teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan siber. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan beberapa pengasas teknologi dan pelabur yang terbaik di seluruh benua ini, mengasaskan pengkhususan teknologi UK yang semakin berkembang tatkala kami melihat pelaburan dalam sektor teknologi UK meningkat, iaitu naik 44% pada tahun 2019 berbanding tahun 2018."

Source: Tech Nation
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Survey, Polls & Research