omniture

Tinjauan Ketua Eksekutif YPO Global Baharu mengenai Impak Perniagaan akibat COVID-19 Dapati Pemimpin Perniagaan Tumpu pada Fakta dan Perancangan Di Samping Menyebut Kesan tersebut Signifikan

YPO
2020-03-18 02:44 1015

Lebih 2,750 ketua eksekutif dari 110 negara menyumbang kepada topik perniagaan yang kritikal ini  

NEW YORK, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 29,000 ketua eksekutif dalam 130 buah negara, menjalankan satu tinjauan semua-ahli bagi mendapatkan gambaran mengenai impak perniagaan akibat COVID-19 dan memperoleh pemahaman tentang tindakan yang diambil oleh ketua eksekutif akibat daripada realiti perniagaan baharu ini.

Tinjauan Ketua Eksekutif YPO Global baharu ini, yang dijalankan pada 10-13 Mac 2020 dan menarik lebih 2,750 responden, mendapati bahawa kebanyakan ketua eksekutif telahpun mengalami kesan negatif akibat COVID-19 sekurang-kurangnya terhadap satu aspek dalam perniagaan mereka dan lebih ramai ketua eksekutif menjangkakan hal ini menjadi semakin buruk dalam tempoh enam bulan akan datang sebelum ia menjadi lebih baik. Dapatan tambahan yang penting termasuk:

  • Perjalanan perniagaan (87%), pembangunan perniagaan baharu (62%) dan pendapatan (58%) merupakan tiga bidang utama yang mana ketua eksekutif menyatakan kini mereka mengalami kesan yang paling besar akibat COVID-19.
  • Hampir semua pemimpin perniagaan (82%) menjangkakan penurunan pendapatan sepanjang enam bulan akan datang, namun begitu, setahun dari sekarang, lebih daripada separuh (54%) menjangkakan tiada kesan negatif terhadap pendapatan akibat COVID-19.
  • Sembilan puluh lima peratus pemimpin melaporkan mereka mengambil tindakan sebagai respons kepada COVID-19. Tindakan ini termasuk berkomunikasi lebih kerap dengan pekerja (68%), menerima pakai prosedur kesihatan dan keselamatan baharu (67%), membatalkan acara utama (64%) dan menghentikan perjalanan perniagaan (53%).
  • Ketua eksekutif, apabila ditanyakan mengenai nasihat terbuka mereka buat rakan pemimpin, berkongsi bahawa inilah masanya untuk bertenang, memberi tumpuan pada fakta, terus berkomunikasi dengan kerap bersama pekerja dan pemegang kepentingan utama yang lain, menjangkakan dan membuat rancangan untuk tempoh jangka masa pendek dan panjang serta menstabilkan rantaian bekalan.

Kaedah Tinjauan Ketua Eksekutif YPO Global mengenai Impak Perniagaan akibat COVID-19:  

Tinjauan Ketua Eksekutif YPO Global mengenai Impak Perniagaan akibat COVID-19 dijalankan oleh YPO dari 10-13 Mac 2020 melalui soal selidik dalam talian. Sejumlah 2,754 ahli YPO memberi respons kepada tinjauan tersebut. Ahli-ahli dalam sampel ini mewakili populasi YPO yang lebih besar, datangnya dari 110 buah negara berbeza dan berada dalam lingkungan umur dari 25-93 tahun. Kira-kira separuh daripada responden yang disoal selidik adalah dari Amerika Syarikat. Margin ralat pensampelan adalah lebih kurang 1.8 mata peratusan pada tahap keyakinan 95 peratus.

Latar Belakang YPO:  

YPO ialah komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 29,000 ketua eksekutif dalam 130 buah negara yang didorong oleh kepercayaan bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan kepimpinan yang penting pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang pendapatan tahunan sebanyak USD 9 trilion. Ahli-ahli YPO menginspirasikan dan menyokong satu sama lain melalui pembelajaran rakan sebaya dan pengalaman luar biasa dalam komuniti inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi ypo.org.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1065220/YPO_Logo.jpg

 

Source: YPO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Not for profit Survey, Polls & Research