omniture

CFA Institute Tangguh Peperiksaan Jun

CFA Institute
2020-03-21 00:25 797

NEW YORK, 21 Mac 2020 /PRNewswire/ -- CFA Institute, persatuan profesional pengurusan pelaburan global, mengumumkan bahawa ekoran krisis kesihatan awam global yang disebabkan oleh wabak Novel Coronavirus (COVID-19), organisasi ini telah membuat keputusan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk menangguhkan pentadbiran Peperiksaan Program CFA Jun 2020 di seluruh dunia.

"Kami tidak dapat menyatakan secara berlebih-lebihan kesan amat besar yang dibawa oleh coronavirus terhadap keluarga, masyarakat, perniagaan, pasaran kewangan dan ekonomi global," kata Margaret Franklin, CFA, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CFA Institute. "Ketika pandemik ini terus menjadi bertambah buruk, tanpa kepastian bila ia akan reda, kami mengambil keputusan ini dengan hati yang berat dan dalam masa yang sama mengetahui bahawa ia demi kepentingan semua pemegang saham kami."

Calon-calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada bulan Jun akan dipindahkan ke salah satu daripada dua pentadbiran peperiksaan akan datang. CFA Institute kini sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia untuk menentukan dengan tepat tarikh dua pentadbiran akan datang akan diadakan; namun demikian, peluang paling awal adalah pada bulan Disember 2020 untuk semua peringkat. Calon-calon akan dibenarkan untuk memilih tarikh akan datang yang diingini.

"Kami mempunyai beratus-ratus ribu calon di serata dunia dan kami tahu berapa banyak masa yang telah diperuntukkan oleh mereka sebagai persiapan untuk peperiksaan bulan Jun," kata Franklin. "Kami mengucapkan terima kasih kepada calon-calon kami atas kesabaran mereka ketika kita semua mengharungi krisis kesihatan awam yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Peperiksaan Program CFA pertama telah dijalankan pada tahun 1963. CFA Institute menawarkan pusat ujian di 193 buah bandar dalam 95 buah negara berbeza. Setakat 12 Mac 2020, iaitu tarikh tutup pendaftaran, lebih 245,000 calon global mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai penangguhan tersebut, sila kunjungi https://www.cfainstitute.org/en/about/press-room/cfa-institute-coronavirus

CFA Institute  

CFA Institute ialah persatuan profesional pelaburan global yang menetapkan standard untuk kecemerlangan dan kelayakan profesional. Organisasi ini merupakan pejuang tingkah laku beretika dalam pasaran pelaburan dan merupakan sumber ilmu pengetahuan yang disegani dalam komuniti kewangan global. Kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang mana kepentingan pelabur diutamakan, pasaran berfungsi secara terbaik dan ekonomi berkembang. Terdapat lebih daripada 170,000 pemegang carter CFA di seluruh dunia dalam 162 pasaran. CFA Institute mempunyai sembilan buah pejabat di serata dunia dan terdapat 158 persatuan ahli tempatan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.cfainstitute.org atau ikuti kami di Twitter di @CFAInstitute dan Facebook.com/CFAInstitute.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/878098/CFA_Institute_Logo.jpg

Source: CFA Institute
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news Future Events