omniture

PressReader lancar COVID-19 News: Koleksi cerita harian percuma yang penting daripada syarikat penerbitan utama pastikan pembaca seluruh dunia kekal termaklum

PressReader Inc.
2020-03-23 07:21 3556

VANCOUVER, British Columbia, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Detik-detik yang tidak menentu boleh memberi tekanan buat ramai orang; namun begitu, mengakses berita yang berkualiti tidak seharusnya begitu. PressReader - platform akhbar dan majalah digital premium di dunia menyampaikan kandungan berita yang dipercayai melalui perkongsiannya bersama syarikat-syarikat penerbitan antarabangsa untuk memastikan pembacanya dimaklumkan dengan tepat dan mendapat maklumat yang mutakhir mengenai peristiwa semasa.

Memenuhi keperluan yang tinggi untuk berita berkualiti dan maklumat andal dalam waktu yang tidak menentu ini, PressReader melancarkan saluran baharu yang dikenali sebagai COVID-19, suapan berita dengan semua kisah terkini dari seluruh dunia, yang turut disediakan sebagai akhbar digital yang dikenali sebagai COVID-19 News pada platform tersebut. Akhbar digital dan saluran COVID-19 ini adalah unik kerana tiada sesiapa yang lain yang dapat menawarkan berita utama di dunia dari lebih 120 buah negara dalam 60 bahasa, semuanya pada satu tempat.

Kita hidup dalam dunia yang bersifat global dan saling berhubung. COVID-19 News benar-benar merupakan sumber maklumat unik, yang disediakan untuk semua orang yang ingin sentiasa dimaklumkan tentang apa yang berlaku bukan sahaja dalam komuniti tempatan mereka, tetapi juga di seluruh dunia. Saluran dan akhbar digital ini disediakan secara percuma dan mudah diakses pada aplikasi PressReader atau pressreader.com. Menggunakan teknologi pengagregatan dan pemperibadian kandungan canggih daripada PressReader, COVID-19 News menampilkan tajuk berita harian utama dan paling penting, analisis pakar, pada satu tempat yang mudah. Ia berita yang boleh dipercayai oleh pembaca, dengan kemas kini harian yang diperoleh daripada katalog luas PressReader daripada lebih 7,000 penerbitan.

PressReader mempunyai misi untuk menambah baik cara orang ramai mencari cerita yang penting dan orang ramai yang ingin dimaklumkan dengan kandungan yang berkualiti. Menerusi penciptaan COVID-19 News, PressReader bersama-sama rakan-rakan kongsi penerbitannya, menyediakan cara yang cepat, selamat dan percuma untuk pembaca di seluruh dunia bagi mendapatkan berita yang dipercayai dalam komuniti mereka dan di luar negara.

Latar Belakang PressReader 

PressReader mempunyai misi untuk menambah baik cara orang ramai mencari cerita yang penting buat mereka. Menerusi pejabat-pejabat di Vancouver, Dublin dan Manila, syarikat ini menyediakan platform semua-yang-boleh-anda-baca yang terbesar mencakupi akhbar dan majalah yang melaluinya orang ramai boleh mencari kandungan yang relevan dan dipercayai dari merata tempat di dunia serta membaca tajuk-tajuk global seperti The Guardian, The Independent, Los Angeles Times dan Le Figaro.

Menggunakan telefon, tablet atau komputer mereka, pembaca boleh melayari kandungan secara dalam talian atau memuat turun seluruh isu menggunakan aplikasi PressReader. Mereka boleh melanggan untuk akses terhad atau mendapatkan pengalaman penuh yang ditaja oleh salah satu daripada rakan kongsi jenamanya, perniagaan yang memanfaatkan platform kandungan premium bagi meningkatkan pengalaman pelanggan mereka – jenama-jenama sebutan ramai seperti British Airways, Turkish Airlines, Cathay Pacific, Air Canada, Marriott, Fairmont Hotels, Seabourn Cruise Lines, Princeton University dan New York Public Library.

Pertanyaan Media: Mike Twining, Pengarah, Pemasaran Perniagaan, T: +1.778.998.9575, E: mike@pressreader.com

Source: PressReader Inc.
Keywords: Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services