omniture

Natsuko Shoji Daripada Été, Tokyo, ialah Penerima 2020 Anugerah Cef Pastri Terbaik Asia, Tajaan Valrhona

Asia’s 50 Best Restaurants 2020
2020-03-23 09:30 515

TOKYO, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Cef Jepun Natsuko Shoji daripada Été di Tokyo ialah pemenang tahun 2020 bagi Anugerah Cef Pastri Terbaik Asia, ditaja oleh Valrhona. Shoji akan diberi penghormatan sebagai sebahagian daripada anugerah tahunan Asia's 50 Best Restaurants kelapan. Lantaran sekatan perjalanan pada masa kini di Asia, acara tahun ini diadakan dalam bentuk upacara penyampaian anugerah maya, distrim di halaman Facebook dan saluran YouTube Asia's 50 Best Restaurants, bermula jam 4 petang (HK/SG; 5 petang JPN) pada hari Selasa, 24 Mac. 

Japanese chef Natsuko Shoji of Été in Tokyo is the 2020 winner of the Asia’s Best Pastry Chef Award, sponsored by Valrhona.
Japanese chef Natsuko Shoji of Été in Tokyo is the 2020 winner of the Asia’s Best Pastry Chef Award, sponsored by Valrhona.

 

Shoji memulakan kerjaya kulinari beliau di Florilège, yang kini tersenarai sebagai No.5 dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants 2019. Di bawah tunjuk ajar cef Florilège dan pemilik Hiroyasu Kawate, Shoji dinaikkan pangkat kepada jurumasak kedua. Pada tahun 2014 Shoji membuka Été (bermaksud 'musim panas' dalam Bahasa Perancis), sebuah restoran 'omakase' empat tempat duduk, eksklusif dan atas jemputan sahaja di kawasan kejiranan Shibuya Tokyo. 

Mengambil inspirasi daripada syarikat fesyen dan beg tangan berjenama, Cef Shoji menghasilkan barisan kek istimewa, termasuk kek strawberi beliau yang mendapat panduannya daripada cetakan Damier Louis Vuitton atau kek pic yang menonjolkan jahitan istimewa pada beg Matelassé Chanel. Memenuhi kepuasan dan berciri mewah, setiap kek mengandungi buah berharga Jepun dan dipersembahkan dalam kotak berwarna hitam yang direka menyerupai kotak barang kemas.

Pada bulan Disember, Éte berkembang menjadi premis yang lebih besar dan Shoji membuka restoran kepada orang awam, bagi membolehkan lebih ramai tetamu restoran menikmati hasil ciptaan buatan tangan beliau. Ruang baharu ini juga termasuk 'makmal kek' yang membolehkan pelanggan melihat cef pastri mereka hasil ciptaan beliau. 

William Drew, Pengarah Kandungan untuk Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Hasil ciptaan diinspirasikan fesyen oleh Natsuko Shoji menonjolkan sikap sukakan kesempurnaan, perhatian terhadap perincian dan wawasan kreatif beliau. Menerusi penghargaan beliau terhadap kebermusiman dan kualiti tanpa kompromi, kek dengan hias atas buah-buahan yang direka oleh cef ini merangkumkan kesenian hidangan masakan Jepun." 

Clémentine Alzial, Pengurus Besar Valrhona, berkata: "Sebagai seorang usahawan yang sentiasa mencabar status quo, yang didorong oleh kebermusiman dan berkongsi nilai kualiti dan keinginan untuk sempurna kami, Natsuko Shoji ialah seorang individu berwawasan yang kami beri penghormatan menerusi anugerah ini dengan amat berbangga sekali, mengangkat pastri ke tahap yang cemerlang."

Shoji mengikuti jejak langkah cef-cef pastri terkenal yang dahulunya pernah memperoleh penghargaan termasuk Fabrizio Fiorani (2019), Nicolas Lambert (2018), Kazutoshi Narita (2017), Cheryl Koh (2016), Hidemi Sugino (2015) dan Janice Wong (2014 dan 2013).  

Hubungan Media: 
CatchOn, A Finn Partners Company   
Emel: asias50best@finnpartners.com    
Telefon: +852-2566-8988   

 

 

 

Source: Asia’s 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Beverages Entertainment Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Retail Awards Trade show news