omniture

Penerima Siri-Z 2020 Baharu Pioneer Bawakan Audio Resolusi Tinggi dan Revolusi Skrin Besar untuk Setiap Kereta

Pioneer Electronics AsiaCentre
2020-03-23 16:00 688

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pioneer, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan empat penerima multimedia baharu: DMH-ZF9350BT, DMH-ZS9350BT, DMH-Z6350BT dan DMH-Z5350BT. Rangkaian baharu ini membawakan Hi-Res Audio, Alexa Auto, Wireless Apple CarPlay™ dan Android Auto™[1] kepada setiap pemandu, menawarkan prestasi audiovisual unggul dalam pakej yang diselaraskan dan moden.

DMH-ZF9350BT 1-DIN Pioneer Baharu
DMH-ZF9350BT 1-DIN Pioneer Baharu

"Pemandu hari ini terhubung secara mendalam dengan teknologi dan menuntut pengalaman berkualiti lebih tinggi. Sungguhpun begitu, perkakasan konvensional masih belum dapat menyaingi, seringkali mengorbankan kualiti untuk kemudahan," kata En. Ronald Lee, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. "Kami mereka bentuk penerima multimedia siri-Z baharu kami dengan ciri-ciri perkakasan audio dan perisian pantas bertaraf dunia agar semua orang dapat menikmati sepenuhnya hiburan mereka sambil kekal fokus pada perjalanan mereka."

Lebih Komited pada Skrin Besar dan Audio Resolusi Tinggi dengan DMH-ZF9350BT

Menerajui barisan siri-Z yang baharu ialah DMH-ZF9350BT, penerima 1-DIN dengan paparan 9-inci besar, dilengkapi dengan reka bentuk 'terapung' yang membolehkan pemandu melaras dan menjungkitkan skrin sentuh kapasitif True Colour 24-bit kepada pelbagai kedudukan ergonomik. Dengan Alexa Auto, Wireless Apple CarPlay, Android Auto dan aplikasi pelayar baharu di hujung jari mereka, pemandu kini dapat menikmati hiburan dalam-kereta dengan cara mereka, dengan kemewahan dan keselesaan yang utama dalam industri.

DMH-ZF9350BT direkabentuk dengan komponen audio berkualiti terbaik yang membolehkan main balik Hi-Res Audio dan menyokong format tak hilang seperti FLAC. Apabila dipasangkan dengan produk-produk Hi-Res Audio pelengkap seperti pembesar suara dan subwufer siri-Z Pioneer, pemandu boleh menikmati muzik kegemaran mereka dalam pentas bunyi yang lebih luas, bebas herotan, dengan ketepatan yang sangat jelas – dengan cara yang dihasratkan oleh artis. Hasil daripada perisian peningkatan audio penerima bunyi canggih daripada Pioneer, penyama grafik 13-jalur dan ciri-ciri penjajaran masa, pemandu boleh melaraskan dengan mudah pengalaman audio dalam-kereta mereka bagi mencapai trebel ringkas dan tepat serta bass mendalam yang mereka inginkan.

Hiburan Dalam-Kereta Bertaraf Dunia, Cara Anda

DMH-ZS9350BT 2-DIN Pioneer Baharu
DMH-ZS9350BT 2-DIN Pioneer Baharu

Pioneer juga telah membawakan ciri-ciri luar biasa yang sama ini kepada pelbagai faktor bentuk agar semua orang dapat menikmati pengalaman hiburan dalam-kereta yang bertaraf dunia. Meskipun pemandu sudah biasa dengan faktor bentuk tradisional boleh menantikan DMH-ZS9350BT dengan skrin 9-inci tetap - padanan sempurna untuk kereta dengan ruang slot dwi-DIN 9-inci, mereka yang lebih menggemari penerima kompak akan dapat menikmati paparan 6.8-inci DMH-Z6350BT. Turut disediakan ialah DMH-Z5350BT 2-DIN berorientasi nilai dengan skrin 6.8-inci, menawarkan Wired Apple CarPlay, Android Auto dan WebLink pada harga yang menarik.


DMH-ZF9350BT

DMH-ZS9350BT

DMH-Z6350BT

DMH-Z5350BT

Saiz

1-DIN

2-DIN

Paparan

Skrin Sentuh Kapasitif 'Reka Bentuk Terapung' 9-inci

Skrin Sentuh Kapasitif 9-inci

Skrin Sentuh Kapasitif 6.8-inci

Skrin Sentuh Berintangan 6.8-inci

Ciri-ciri Audio

Keupayaan Output Audio Resolusi Tinggi (192KHz / 24bit) & Sokongan FLAC natif

Bahagian Audio Khusus

3 X 4V RCA Pra-out
13-Jalur Penyama Grafik
Penjajaran Masa
Penerima Bunyi Canggih

Bahagian Audio Khusus

3 X 2V RCA Pra-out
13-Jalur Penyama Grafik
Penjajaran Masa

Penerima Bunyi Canggih

Ketersambungan

Bluetooth
(Berpasangan sehingga 5 Peranti)

USB, HDMI, AUX

Bluetooth
(Berpasangan sehingga 5 Peranti)

USB, AUX

Alexa Auto

Disokong (Hanya di India pada Mac 2020)

Tidak Disokong

Apple CarPlay

Tanpa Wayar & Berwayar

Berwayar

Android Auto

Berwayar

Input Kamera

Hadapan & Belakang

Hadapan & Belakang

Hadapan & Belakang

Belakang

Ciri-ciri lain

Fungsi Pelayar Baharu
Pengecasan Telefon Pintar Lebih Pantas (3A) melalui USB-C

Weblink

Penerima baharu ini akan disediakan di wakil jualan sah Pioneer pada suku kedua tahun 2020. Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda untuk maklumat lanjut.

Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1mD9JFmxjBIvIS04m4dYenZTdhHETeLYn?usp=sharing 

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

[1] Alexa Automotive hanya boleh didapati di India pada Mac 2020. Wireless Apple CarPlay hanya boleh didapati menerusi DMH-ZF9350BT, DMH-ZS9350BT dan DMH-Z6350BT.

Catatan tambahan:

I. Jangan gunakan sistem Pioneer anda semasa memandu sekiranya ia akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.

ii. Spesifikasi dan ciri-ciri produk mungkin berbeza mengikut kawasan. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil jualan sah Pioneer tempatan.

iii. Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja. 

iv. Alexa Auto hanya boleh didapati di India pada Mac 2020.

v. Apple CarPlay melalui sambungan USB tanpa wayar dan berwayar memerlukan iPhone 5 atau yang terkini yang beroperasi menggunakan iOS 7.1 atau lebih tinggi serta Lightning kepada kabel USB. Untuk maklumat ketersediaan di negara tertentu, sila kunjungi http://www.apple.com/ios/carplay/.

vi. Fungsi Bluetooth® memerlukan peranti didayakan Bluetooth yang serasi. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, atau mungkin terhad kepada peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

vii. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan penerima tersebut.

viii. Android Auto memerlukan peranti Android yang beroperasi menggunakan Android 5.0 (Lollipop) atau lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung pada negara anda dan model telefon. Sila kunjungi http://www.android.com/auto untuk maklumat lanjut.

ix. Berhubung USB Type-C™ - pemandu perlu menghubungkan telefon kepada penerima yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP hanya menggunakan CD-CU50, kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m) atau melalui kabel sambungan Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer. Dalam sesetengah keadaan, membuat sambungan dengan kabel USB Type-C konvensional mungkin tidak berfungsi.

x. Android dan Android Auto ialah tanda dagangan Google Inc. 

xi. Apple, iPod, iPhone, Siri, CarPlay dan logo CarPlay ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

xii. BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

xiii. WebLink ialah tanda dagangan berdaftar Abalta Technologies.

xiv. Alexa Auto, Alexa, Echo, Amazon dan semua terma dan logo berkaitan yang lain ialah tanda dagangan Amazon.com, Inc. atau sekutu-sekutunya.

xv. Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.PioneerCarEntertainment.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2731130-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2731130-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652756-1LOGO?lang=0

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Transportation New products/services