omniture

Versi antarabangsa Tencent Meeting lancar dalam talian di lebih 100 pasaran, tawarkan pengguna mesyuarat percuma sehingga 300 peserta

Tencent Cloud
2020-03-23 19:20 691

Tencent Meeting sokong pengguna global dalam bekerja dari rumah

SHENZHEN, China, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Tencent Meeting, aplikasi mesyuarat video berasaskan awan, telah memainkan peranan aktif dalam pertempuran melawan wabak dengan melancarkan versi aplikasi antarabangsa. Sehingga 20 Mac, versi antarabangsa telah tersedia dalam talian di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Singapura, India, Thailand, Jepun, Hong Kong (SAR China) dan Macau (SAR China), di mana pengguna boleh mencari VooV Meeting dan memuat turun aplikasi daripada App Store dan Google Play. Tencent Meeting membolehkan anda menjadi tuan rumah persidangan dalam talian dengan sehingga 300 peserta pada satu masa secara percuma.

Lori Wu, naib presiden Tencent Awan, berkata, "Dengan jumlah kes COVID-19 baharu yang meningkat di luar China, kami berharap dapat menyediakan pengguna kami di negara-negara dan rantau lain dengan keupayaan untuk bekerja dari jarak jauh. Tatkala kami menuju ke hadapan, kami merancang untuk melancarkan perkhidmatan di seluruh dunia, yang mematuhi peraturan tempatan."

Versi antarabangsa Tencent Meeting lancar dalam talian di lebih 100 pasaran, tawarkan pengguna mesyuarat percuma sehingga 300 peserta
Versi antarabangsa Tencent Meeting lancar dalam talian di lebih 100 pasaran, tawarkan pengguna mesyuarat percuma sehingga 300 peserta

 

Tencent Meeting, aplikasi persidangan audio dan video yang dibangunkan oleh Tencent Cloud, dikeluarkan pada akhir Disember 2019. Dalam tempoh dua bulan pelancaran, aplikasi ini telah menjadi salah satu aplikasi persidangan video yang paling banyak digunakan di China dengan pengguna aktif setiap hari melebihi 10 juta.

Pada akhir bulan Januari apabila COVID-19 berlaku di China, Tencent Meeting menyediakan ciri yang membolehkan persidangan dalam talian dengan sehingga 300 hadirin pada satu masa secara percuma, untuk membantu melawan wabak. Dalam tempoh ini, sejumlah besar organisasi menggunakan Tencent Meeting sebagai alat untuk telekerja, sementara institusi pendidikan menggunakan platform ini untuk mengendalikan program pengajaran dan latihan jarak jauh dalam talian mereka.

Untuk memenuhi permintaan yang pesat oleh pengguna semasa wabak itu, Tencent Meeting memperluaskan sumber pengkomputerannya setiap hari dan menggunakan sumber tambah untuk meningkatkan kapasiti dengan menambahkan lebih 1 juta teras CPU ke rangkaian, dengan jumlah tambahan lebih 100,000 CVM dalam tempoh lapan hari, menetapkan rekod baharu dalam sektor pengkomputeran awan China.

Pada pertengahan bulan Mac, kadar pengeluaran semula dan pekerja yang kembali ke tempat kerja telah dipercepatkan, dengan puluhan ribu syarikat dan agensi kerajaan menjadikan Tencent sebagai sebahagian daripada etika kerja baharu mereka. Mendaftar masuk, membida, menjalankan temuduga, menjalankan kelas latihan dan amalan kerjasama lain semua berlaku dalam awan, menandakan kemunculan dan pengukuhan trend baharu dalam kaedah tempat kerja berfungsi.

Untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat di pejabat awan, Tencent Meeting terus meningkatkan fungsi dan perkhidmatan utama, melancarkan 14 kemas kini dalam tempoh 40 hari. Tencent Meeting akan terus dioptimumkan untuk menyediakan pengguna di seluruh dunia dengan perkhidmatan persidangan HD berasaskan awan yang lancar, selamat dan boleh dipercayai yang membolehkan pengguna menjadi tuan rumah atau menyertai mesyuarat dengan mudah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200321/2756251-1?lang=0

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services