omniture

Odette di Singapura Raih Tempat No.1 bagi Asia's 50 Best Restaurants untuk Tahun Kedua Berturut-turut

Asia’s 50 Best Restaurants 2020
2020-03-24 20:25 539

SINGAPURA, 24 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Senarai Asia's 50 Best Restaurants 2020 telah diumumkan dalam sebuah acara maya yang distrim di seluruh wilayah ini pada hari Selasa, 24 Mac. Senarai 2020 termasuk tujuh penyertaan baharu, dengan Jepun menjadi negara dengan perwakilan terbaik yang mempunyai 12 buah restoran.

Odette in Singapore secures No.1 Spot in Asia’s 50 Best Restaurants for second consecutive year. (PRNewsfoto/Asia’s 50 Best Restaurants 2020)
Odette in Singapore secures No.1 Spot in Asia’s 50 Best Restaurants for second consecutive year. (PRNewsfoto/Asia’s 50 Best Restaurants 2020)

William Drew, Pengarah Kandungan untuk Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Kami, semestinya mengalami detik-detik yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam sektor restoran di seluruh Asia. Saat ini menjadi lebih penting daripada sebelum ini untuk menyokong restoran di seluruh benua ini dalam pemulihannya, bagi mengiktiraf pencapaian satu sama lain sepanjang 12 bulan yang lalu dan menyiarkan pesanan perpaduan."

Odette di Singapura memperoleh penghormatan tertinggi bagi tahun kedua, mengekalkan dua gelaran iaitu Restoran Terbaik di Asia dan Restoran Terbaik di Singapura.

Anugerah Negara Individu:

Jepun

Den (No.3) mengekalkan gelaran Restoran Terbaik di Jepun manakala La Cime (No.10) di Osaka mempunyai dua sebab untuk berasa bangga. Selain mendaki empat anak tangga, cef restoran tersebut, Yusuke Takada, merupakan penerima bagi Inedit Damm Chefs' Choice Award yang diundi rakan setara bagi tahun ini.

Pendatang baharu dalam senarai tersebut termasuk restoran-restoran Tokyo Ode (No.35) dan Inua (49). 

Cef-cef Jepun turut diberi penghormatan dalam kategori-kategori anugerah individu. Yoshihiro Murata daripada restoran Kikunoi di Kyoto merupakan penerima Anugerah Ikon American Express tahun ini manakala Natsuko Shoji daripada Été merangkul Anugerah Cef Pastri Terbaik Asia, ditaja oleh Valrhona.

Rantau Besar China 

Restoran Hong Kong The Chairman (No.2) meraih gelaran Restoran Terbaik di China, yang ditaja oleh Cinco Jotas.

Hong Kong mempunyai lapan buah restoran dalam senarai tersebut, termasuk Amber (No.31), pemenang 2020 bagi Anugerah Restoran Mampan, ditaja oleh Beronia. Anugerah ini disampaikan kepada restoran tersebut dengan penarafan tanggungjawab alam sekitar dan sosial tertinggi, sebagaimana yang ditentukan oleh rakan kongsi audit 50 Best, Food Made Good Global. 

Cef André Chiang mempunyai sebuah restoran baharu dalam senarai tersebut dalam bentuk Sichuan Moon di Wynn Palace, Macau. Ditampilkan julung kali di tempat No.23, Sichuan Moon merangkul Anugerah Penyertaan Baharu Tertinggi, ditaja oleh Legle.

Mume (No.18) mengekalkan gelaran Restoran Terbaik di Taiwan, ditaja oleh Dalmore, untuk tahun kedua manakala JL Studio, penerima 2019 bagi Miele One To Watch Award, menyertai senarai ini di tempat No.26.

Thailand 

Sühring (No.6) memperoleh gelaran yang diidamkan iaitu Restoran Terbaik di Thailand buat julung kalinya. Tujuh penyertaan oleh Thailand termasuk pendatang baharu 80/20, ditampilkan julung kali di tempat No.47. 

Sorn mendaki 32 anak tangga ke tempat No.16 tahun ini, menjadikan restoran Bangkok tersebut sebagai penerima 2020 bagi Anugerah Pendaki Tertinggi, ditaja oleh Aspire Lifestyles. 

Singapura

Di Singapura, cef Björn Frantzén's Zén membuat penampilan sulung yang dramatik dalam senarai tersebut di tempat No.28. Sebuah institusi menjamu selera mewah di Singapura sejak tahun 1994, Les Amis (No.11) merupakan pemenang tahun ini bagi Gin Mare Art of Hospitality Award yang berprestij.

Korea Selatan

Korea Selatan membawakan tiga buah restoran ke dalam senarai 2020, termasuk penyertaan kali pertama Hansikgonggan (No.34), diketuai oleh Cho Hee-sook, yang dinamakan sebagai Cef Wanita Terbaik Asia 2020. Mingles (No.14) yang popular memegang gelarannya sebagai Restoran Terbaik di Korea buat tahun kelima berturut-turut.

Serantau 

Ministry of Crab di Colombo (No.30) dinamakan sebagai Restoran Terbaik di Sri Lanka manakala Locavore (No.37) di Bali meraih gelaran Restoran Terbaik di Indonesia.                                                                              

Indian Accent (No.13) dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik di India buat tahun keenam manakala Bukhara memasuki semula senarai tersebut di tempat No.45. Masque di Mumbai merupakan pemenang bagi tahun 2020 untuk Miele One To Watch Award.

Pemenang-pemenang negara lain termasuk

Toyo Eatery

(No.44), memenangi gelaran

Restoran Terbaik di Filipina

untuk tahun kedua.

generated by system

HUBUNGI: CatchOn, A Finn Partners Company, Emel: asias50best@finnpartners.com, telefon: +852 2566 8988 

Source: Asia’s 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Art Entertainment Restaurants Retail Supermarkets Awards Survey, Polls & Research