omniture

MORE Health Lancar Penilaian Kendiri Coronavirus COVID-19

MORE Health
2020-03-25 00:48 620

SAN MATEO, California, 25 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 24 Mac 2020, MORE Health, sebuah syarikat teleperubatan rentas sempadan yang beribu pejabat di Silicon Valley, melancarkan alat penilaian kendiri ulung yang disediakan secara percuma untuk COVID-19 dalam enam bahasa di covid19.morehealth.com.

Penilaian Kendiri COVID-19 MORE bersama-sama dibangunkan oleh sepasukan pakar penyakit berjangkit A.S. dan antarabangsa termasuk Dr. Gary Schoolnik, bekas Ketua Penyakit Berjangkit di Stanford Hospital dan Profesor Perubatan di Stanford University serta Profesor Wang Yan, Timbalan Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit di Peking University First Hospital. Dr. Schoolnik telah lama berbakti untuk penyelidikan dan rawatan penyakit berjangkit di A.S. serta seluruh dunia. Kini, beliau  merawat pesakit-pesakit COVID-19 di Amerika Syarikat. Profesor Wang Yang telah mengkhusus dalam amalan penyakit berjangkit klinikal selama lebih 20 tahun dan beliau mempunyai pengalaman langsung dalam merawat pesakit-pesakit yang menghidap COVID-19 dan membantu kakitangan perubatan secara jarak jauh di Wuhan, Hubei yang mengalami jangkitan COVID-19 teruk.

Penilaian kendiri ini dapat membantu membimbing pengguna untuk menentukan sekiranya mereka perlu berehat di rumah atau memandu ke lokasi ujian yang ditetapkan; ia dapat membantu pengguna menentukan sekiranya mereka patut membuat panggilan 911 atau menghubungi pakar perubatan rawatan asas mereka bagi mendapatkan bantuan. Alat MORE Health dapat mengurangkan kerisauan dan panik dalam kebanyakan orang yang mana mereka tidak perlu menjalani ujian dan juga dapat menyaring individu yang mungkin dijangkiti dalam jumlah yang besar dan dalam masa yang sama mengurangkan beban terhadap sistem penjagaan kesihatan dan membantu mengenal pasti pesakit-pesakit yang berisiko tinggi dengan pantas.

Bagi meluaskan akses, MORE Health menjadikan penilaian kendiri percuma sepenuhnya kepada pengguna dan hospital di seluruh dunia bagi membantu mereka menyesuaikan sistem diagnosis dan rawatan hierarki mereka sendiri. Laman sesawang ini tidak mempunyai iklan dan ia tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi.

Latar Belakang MORE Health
Lama sebelum wabak bermula, MORE Health membantu pakar-pakar perubatan Cina dengan membolehkan mereka menggunakan platform kami untuk berunding dengan pakar-pakar perubatan terkemuka di hospital-hospital AS yang utama. Dari masa ke masa, MORE Health menyempurnakan platformnya melalui pengalaman praktikal menerusi kes-kes dan penambahbaikan teknologi. MORE Health kini merupakan peneraju dalam bidang teleperubatan rentas sempadan. Ia juga mempunyai keupayaan mantap dalam diagnosis yang disokong oleh kecerdasan buatan dan ia telah membangunkan program-program diagnostik kecerdasan buatan untuk pesakit-pesakit yang menghidap kanser paru-paru. Ketahui lebih lanjut di www.morehealth.com, atau hubungi mereka di hello@morehealth.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/596627/MORE_Health_Logo.jpg

Source: MORE Health
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet New products/services Data Analytics