omniture

ASTM International Sediakan Akses Awam kepada Piawaian Digunakan Untuk COVID-19

ASTM International
2020-03-26 16:14 812

W. CONSHOHOCKEN, Pennsylvania, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Organisasi piawaian global ASTM International menyediakan akses awam tanpa kos kepada suit dengan dua dozen piawaian penting yang digunakan dalam pengeluaran dan pengujian peralatan perlindungan diri bagi memerangi kecemasan kesihatan awam COVID-19 (coronavirus).

Dalam usaha untuk menyokong pengeluar, makmal ujian, golongan profesional penjagaan kesihatan dan orang awam, piawaian yang disediakan meliputi peralatan perlindungan diri termasuk topeng muka, pakaian labuh perubatan, sarung tangan dan pensanitasi tangan.

"ASTM International komited untuk menyokong penyedia penjagaan kesihatan, pengeluar, makmal dan pihak-pihak lain dalam usaha mereka untuk menangani pandemik global ini," menurut Katharine Morgan, presiden ASTM International. "Menyediakan akses mengikut piawaian ini tanpa sebarang kos akan membantu syarikat-syarikat mengeluarkan produk-produk ini bagi memahami tuntutan keselamatan, kualiti dan prestasi yang diperlukan, demi membantu dunia kita untuk berfungsi dengan lebih baik."

Suit piawaian yang disediakan termasuk kaedah ujian, spesifikasi prestasi dan terminologi. Ia dibangunkan dan diselenggarakan oleh jawatankuasa ASTM International untuk pakaian dan peralatan perlindungan diri (F23), tekstil (D13), getah (D11), pestisid, antimikrob dan agen kawalan alternatif (E35) serta peranti dan bahan perubatan dan pembedahan (F04) dan juga disediakan di sini untuk akses awam.

Sila kunjungi www.cdc.gov dan www.who.int untuk maklumat lanjut dan cadangan berkisarkan coronavirus.

Latar Belakang ASTM International
Komited untuk memenuhi keperluan masyarakat global, ASTM International memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan keselamatan orang awam, keyakinan pengguna dan kualiti hidup keseluruhan. Kami menyepadukan piawaian konsensus – dibangunkan dengan keahlian antarabangsa pakar-pakar teknikal sukarela kami – dan perkhidmatan yang inovatif bagi memperbaiki kehidupan… Membantu dunia kita untuk berfungsi dengan lebih baik.

Pertanyaan Media: Dan Bergels, tel +1.610.832.9602; dbergels@astm.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/153355/astm_international_logo.jpg

 

Source: ASTM International
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Paper/Forest Products/Containers