omniture

Berkeley Lights Umum Konsortium Penemuan Antibodi Patogen Baru Muncul Global (GEPAD) Serang COVID-19 dan Virus-virus Lain

Berkeley Lights
2020-03-27 00:20 819

Dengan kerjasama Vanderbilt University Medical Center, La Jolla Institute for Immunology dan Emory University, aliran kerja peneutralan virus pada platform Berkeley Lights sedang menjalani pembangunan yang dipercepatkan sebagai respons kepada wabak Coronavirus  

EMERYVILLE, California, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Berkeley Lights, Inc., mengumumkan Konsortium Penemuan Antibodi Patogen Baru Muncul Global (GEPAD) bersama ahli-ahli pengasas Dr. James Crowe dan Dr. Robert Carnahan di Vanderbilt University Medical Center, Dr. Erica Ollman Saphire di La Jolla Institute for Immunology dan Dr. Frances Eun-Hyung Lee di Emory University dengan tujuan untuk mempercepatkan penemuan antibodi peneutralan daripada sampel darah pesakit. Memproses sampel darah berharga dan sel yang lemah boleh menjadi suatu yang mencabar dengan menggunakan teknologi tradisional. Konsortium ini akan memanfaatkan platform Beacon Berkeley Lights untuk penemuan antibodi menggunakan darah daripada pesakit yang pulih sebagai asas kepada terapeutik, dengan COVID-19 sebagai sasaran pertama.

Tatkala penyelidik di seluruh dunia mencirikan dengan pantas virus SARS-CoV-2, keupayaan untuk menyaring sel B tunggal yang mengekspresikan antibodi peneutralan SARS-CoV-2 tetap menjadi suatu cabaran yang signifikan dan memakan masa. Tubuh badan mempunyai berbilion-bilion sel B. Selepas pesakit pulih daripada SAR-CoV-2, mereka menghasilkan banyak sel B yang khusus untuk virus tersebut; walau bagaimanapun, sesetengah sel B akan membuat antibodi yang hanya mengikat pada virus tetapi tidak bersifat melindungi. Maka, pencarian sel B khusus yang dapat menyingkirkan atau meneutralkan virus tersebut sangat jarang berlaku. Ia seperti mencari "jarum dalam jerami". Teknologi sedia ada hanya boleh mencari pengikat, bukan peneutral – maka penyelidik terpaksa menjujuk dan mengekspresikan semula antibodi daripada sel B tidak spesifik membuang banyak masa dan sumber. Sistem Beacon dan cerakinan peneutralan virus ini direka untuk menangani masalah ini dengan menyaring terus sel tunggal untuk fungsi peneutralan dalam sehari.

Matlamat utama Konsortium GEPAD adalah untuk membolehkan respons terapeutik yang paling pantas terhadap patogen baru muncul. Konsortium GEPAD memohon agar sesiapa yang berminat dalam aliran kerja peneutralan virus ini dan memajukan bantuan yang baharu untuk menghubungi dan menyertai mereka dalam membentuk halangan pertahanan di seluruh dunia terhadap penyakit yang disebabkan oleh patogen baru muncul. Ahli-ahli akan didayakan untuk menemui rawatan berpotensi dengan pantas menggunakan sampel darah dalam isipadu yang sedikit daripada pesakit yang sembuh—akut dan pulih. Konsortium berkenaan melelarkan dan meningkatkan aliran kerja peneutralan virus yang dilaksanakan pada platform Berkeley Lights dengan pantas dan berharap agar lebih banyak penyumbang akan tampil ke hadapan untuk mengambil bahagian dalam memerangi wabak ini dan lebih bersiap sedia menghadapi wabak yang seterusnya.

"Kami telah lama berusaha untuk mengkaji kapasiti antivirus antibodi yang dirembeskan oleh satu sel B manusia, namun begitu peralatan dan protokol untuk menjalankan kajian berkenaan tidak wujud. Menjalin kerjasama dengan Berkeley Lights untuk membangunkan pendekatan inovatif untuk tugasan biologi sel tunggal ini kini menjadi suatu kenyataan," kata Dr. James Crowe, MD, Pengarah Vanderbilt Vaccine Center.

"Kami telah membangunkan medium kelangsungan hidup yang khusus untuk sel plasma dan membayangkan penggunaannya untuk pemilihan pendahuluan pantas bagi antibodi monoklon sasaran yang jarang dijumpai," kata Dr. Lee. "Berkeley Lights bersama-sama konsortium ini akan menjadikan kaedah ini suatu kenyataan untuk antibodi peneutralan COVID-19. Kami berharap agar usaha ini dapat membantu dalam pandemik ini untuk menyelamatkan nyawa."

"Terdapat peluang di sini untuk menggerakkan sesuatu yang dapat melindungi pekerja barisan hadapan atau merawat mereka yang telah dijangkiti dengan pantas," jelas Dr. Saphire. "Vaksin masih belum tersedia lagi. Menyediakan beberapa imuniti segera menggunakan antibodi dapat menyelamatkan nyawa buat mereka yang belum divaksin atau tidak boleh divaksin, atau sekiranya vaksin yang akan terhasil akhirnya tidak dapat melindungi sepenuhnya."

"COVID-19 merupakan satu ancaman yang serius terhadap kesihatan kita, cara hidup kita dan ekonomi dunia," kata Dr. Eric Hobbs, Ketua Pegawai Eksekutif Berkeley Lights. "Kami komited untuk melakukan peranan kami dengan membangunkan cerakinan dan aliran kerja yang boleh digunakan oleh penyelidik dan pembangun terapeutik untuk menemui antibodi yang menjadi kunci kepada rawatan dengan pantas."

Latar Belakang Vanderbilt University Medical Center
Vanderbilt University Medical Center (VUMC) ialah salah sebuah pusat perubatan akademik yang terbesar di negara ini. Sebagai sebahagian daripada perusahaan penyelidikannya, melalui perkongsian bersama Vanderbilt University School of Medicine, Vanderbilt Vaccine Center mengambil bahagian dalam program Platform Perlindungan Pandemik (P3) Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) AS, satu perjanjian kerjasama selama lima tahun untuk membangunkan rawatan antibodi pelindung yang boleh disegerakan untuk penyedia penjagaan kesihatan dalam tempoh 60 hari selepas wabak penyakit virus berlaku di merata tempat di dunia.

Latar Belakang La Jolla Institute for Immunology 
La Jolla Institute for Immunology dikhususkan untuk memahami kerumitan dan kehebatan sistem imun agar kita dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut bagi menggalakkan kesihatan manusia dan mencegah pelbagai jenis penyakit. Sejak penubuhannya pada tahun 1988 sebagai sebuah organisasi penyelidikan bukan untuk untung yang bebas, Institut ini telah melakar pelbagai kemajuan yang menjurus ke arah matlamatnya: life without disease® (kehidupan tanpa penyakit).

Latar Belakang Emory University
Emory University ialah salah sebuah universiti penyelidikan yang terkemuka di dunia. Misinya adalah untuk mencipta, mengekalkan, mengajar dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan demi berbakti kepada umat manusia. Usaha Emory diterajui oleh Dr. Lee daripada Bahagian Pulmonari, Alahan, Rawatan Kritikal & Tidur, Lowance Center for Human Immunology dan Emory Vaccine Center. Beliau menyumbang kaedah-kaedah kultur yang dibangunkan di dalam makmal beliau yang meningkatkan kelangsungan hidup sel B dan sel plasma dengan ketara, seterusya dapat memudahkan pengasingan sel yang amat sukar ditemui yang menghasilkan antibodi yang diingini. Hasil kerja Dr. Lee disokong oleh NIH, Lowance Center, Gates Foundation dan Georgia Research Alliance.

Latar Belakang Berkeley Lights
Di Berkeley Lights, kami berpendapat sel adalah hebat! Sel berupaya menghasilkan penawar untuk penyakit, gentian untuk pakaian, tenaga dalam bentuk biobahan api dan protein makanan untuk nutrisi. Maka, persoalannya ialah, sekiranya alam semula jadi berupaya menghasilkan produk yang kita perlukan dengan cara yang boleh diskalakan, mengapa kita tidak melaksanakan perkara ini dengan lebih giat lagi? Jawapannya adalah dengan penyelesaian yang terdapat pada hari ini, sukar untuk melaksanakannya. Masa yang lama diperlukan untuk mencari sel yang betul untuk tugasan tertentu, dengan kos wang yang tinggi, dan sekiranya anda telah memilih titisan sel suboptimum, ia memberi hasil proses yang amat rendah. Berkeley Lights mempunyai penyelesaian lengkap untuk mencari sel terbaik dengan menyaring dan memulihkan sel individu secara fungsian untuk penemuan antibodi, pembangunan titisan sel, analisis sel T dan biologi sintetik. Teknologi proprietari kami termasuk platform Beacon® dan Lightning™ mempercepatkan kadar anda boleh menemui dan membangunkan produk berasaskan sel dalam tempoh yang singkat dengan kos yang rendah berbanding kaedah-kaedah penyelidikan konvensional dan legasi. Menggunakan alatan dan penyelesaian kami, saintis-saintis boleh mencari sel terbaik, kali pertama mereka mencarinya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.berkeleylights.com.

Sistem Beacon dan Lightning Berkeley Lights serta instrumen Culture Station adalah:

Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja. Bukan untuk digunakan dalam prosedur diagnostik.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1078159/Berkeley_Lights_Logo.jpg

 

 

Source: Berkeley Lights
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Public Safety Future Events