omniture

International Maritime Industries Sempurnakan "Penyelenggaraan, Pembaikan & Baik Pulih (MRO)" ARO-2003 (SAR201) Dengan ARO Drilling

International Maritime Industries (IMI)
2020-03-27 00:33 794

Kontrak membolehkan IMI membina keupayaan di Kerajaan Arab Saudi dan perkukuhkan lagi perkongsian strategiknya dengan ARO Drilling.

DHAHRAN, Arab Saudi, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- International Maritime Industries (IMI) hari ini mengumumkan penyempurnaan projek MRO ARO-2003 (SAR201) dengan ARO Drilling (ARO); kontraktor penggerudian luar pesisir bertaraf dunia yang memiliki, mengendalikan dan mengurus sekumpulan rig angkut naik dengan spesifikasi tinggi dan premium di Arab Saudi. ARO-2003 (SAR201) ialah rig angkut naik rekaan "Baker Marine" yang kini beroperasi untuk Saudi Aramco di Teluk Arab. Projek ini dipimpin oleh IMI di Dammam Shipyard.

International Maritime Industries completes the “Maintenance, Repair & Overhaul (MRO)” of the ARO-2003 (SAR201) with ARO Drilling
International Maritime Industries completes the “Maintenance, Repair & Overhaul (MRO)” of the ARO-2003 (SAR201) with ARO Drilling

"Penyempurnaan projek yang membuahkan hasil ini mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara ARO Drilling, IMI dan Dammam Shipyard selain menyumbang kepada pembangunan industri setempat. IMI berbesar hati kerana dapat menyiapkan projek ini untuk ARO tepat pada masanya dan dengan selamat. Kami berharap agar sekali lagi dapat menyokong ARO dalam masa terdekat." Darren Macdonald, Ketua Pegawai Operasi IMI, Zon A & D.

Mengulas mengenai projek ini, Thomas Schlueter, Pengarah Projek, ARO, berkata: "ARO komited untuk meningkatkan kehadiran kami di rantau ini dan kami berasa gembira kerana berjaya menyiapkan ARO-2003 (SAR201), mengikut jadual, dan yang paling penting dengan selamat. Penganugerahan projek ini kepada IMI membolehkan kami untuk menggunakan keupayaan pembuatan tempatan; bagi menyokong objektif pengubahsuaian kumpulan kami."

International Maritime Industries, terletak di The King Salman Complex for International Maritime Industries & Services di Ras Al-Khair, Arab Saudi, akan menjadi kemudahan maritim berkhidmat penuh yang terbesar di MENA. Apabila bangunan ini siap, kapasiti tahunan kemudahan ini adalah empat (4) rig luar pesisir baru dibina dan lebih 43 kapal baru dibina termasuk VLCC, selain daripada menservis lebih daripada 260 produk maritim. Operasi pengeluaran utama dijangka bermula menjelang akhir tahun 2020 dengan kemudahan ini mencapai kapasiti pengeluaran penuhnya menjelang tahun 2022. International Maritime Industries ialah satu usaha sama antara Saudi Aramco, Lamprell, Bahri dan Hyundai Heavy Industries.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1137717/International_Maritime_Industries.jpg

 

Source: International Maritime Industries (IMI)
Keywords: Maritime/Shipbuilding Mining Mining/Metals Transportation New products/services