omniture

Shanghai Electric Dermakan 40,000 Topeng Muka kepada Loji Kuasa Terma Wassit di Iraq

Shanghai Electric
2020-03-27 19:34 764

BAGHDAD, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group, pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi penjanaan kuasa dan peralatan perindustrian, hari ini mengumumkan bahawa ia mendermakan 40,000 keping topeng muka jenis pembedahan kepada pekerja Loji Kuasa Terma Wassit Shanghai Electric, stesen janakuasa yang terbesar seumpamanya di Iraq, sebagai respons kepada wabak COVID-19. 

"Situasi wabak bertambah baik secara beransur-ansur di dalam China, namun bilangan kes masih melonjak di Iraq dan tempat-tempat lain di Timur Tengah," kata Bian Changzheng, Penasihat Komersial Kedutaan Cina di Iraq.

Pasukan bantuan perubatan Cina di Loji Kuasa Terma Wassit di Iraq
Pasukan bantuan perubatan Cina di Loji Kuasa Terma Wassit di Iraq

 

Pasukan bantuan perubatan Cina di Loji Kuasa Terma Wassit di Iraq 

Seramai 372,757 orang di 167 buah negara dan wilayah telah disahkan dijangkiti oleh COVID-19 setakat ini. Wilayah-wilayah utama di Iraq telah mengambil keputusan untuk menutup sempadan mereka, termasuk Erbil dan Sulaymaniyah manakala wilayah-wilayah lain mengenakan perintah berkurung (lockdown) hampir sepenuhnya sebagai langkah berjaga-jaga. Loji Kuasa Terma Wassit telah melaksanakan beberapa langkah pengurusan dan kawalan risiko jangkitan di lapangan bagi melindungi kakitangan semasa bekerja di lapangan sejak Januari tahun ini.

"Pandemik ini telah memberi tekanan yang belum pernah berlaku terhadap sistem kesihatan di seluruh rantau ini dan Kedutaan Cina di Iraq menyediakan bantuan perubatan dengan membiayai bahan-bahan pencegahan wabak dan memindahkan pakar-pakar perubatan ke Iraq," Bian membuat kenyataan semasa satu lawatan bersama pakar-pakar perubatan Chinese Red Cross ke Loji Kuasa Terma Wassit bagi tujuan pencegahan, pemeriksaan dan panduan wabak. "Syarikat-syarikat Cina telah mengambil langkah-langkah agresif untuk mengekalkan kawalan terhadap coronavirus serta mengekalkan tahap kesihatan dan keselamatan pekerja tempatan."

Terletak di wilayah Wassit, bahagian tengah Iraq, selatan bandar Kut dan kira-kira 120km tenggara Baghdad, loji Wassit mempunyai empat unit dengan kapasiti penjanaan sebanyak 330MW setiap satu dan dua unit dengan kapasiti 610MW setiap satu. Dengan kesemua enam unit disambungkan ke grid dan beroperasi secara komersial pada tahun 2015, loji ini kini menyediakan output keseluruhan sebanyak 56 juta kilowatt jam (kWj) setiap hari, menyumbang sebanyak 30% daripada penjanaan kuasa negara Iraq dan 70% daripada penggunaan kuasa Baghdad pada waktu puncak.

Shanghai Electric telah melaksanakan penyelesaian "EPC + O & M" dengan memimpin dalam kedua-dua operasi dan penyelenggaraan loji kuasa ini. Bagi memastikan produktiviti dan keberkesanan projek, syarikat ini mereka bentuk dan mengeluarkan semua peralatan utama loji tersebut termasuk dandang, turbin wap, penjana dan pemeluwap, selain memudahkan 150 pekerja Iraq dengan latihan praktikal yang bertujuan untuk mempersiapkan mereka untuk mengendalikan dan menyelenggara loji ini.

"Dengan memanfaatkan momentum positif projek, loji ini ditubuhkan seiring dengan pemuliharaan ekologi dan pembangunan ekonomi. Ia juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial rantau ini, dengan Shanghai Electric komited untuk membantu masyarakat setempat dengan meningkatkan pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan gaya hidup keseluruhan rantau ini," kata He Zhuang daripada Shanghai Electric, pengurus projek Loji Kuasa Terma Wassit.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) terlibat terutamanya dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada perniagaan tenaga baharu termasuk pembuatan dan penjualan turbin angin serta komponen selain peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih, termasuk pembuatan dan penjualan peralatan kuasa terma, penghantaran kuasa dan peralatan pengagihan; peralatan perindustrian, termasuk pengeluaran dan penjualan lif serta motor elektrik; dan industri perkhidmatan moden, termasuk perjanjian kontrak bagi pembinaan loji penjanaan kuasa, projek-projek penghantaran dan pengagihan kuasa, serta perniagaan-perniagaan lain.

Pautan Berkaitan
www.shanghai-electric.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760574-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760574-1-LOGO?lang=0

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:60127.SS Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility