omniture

Upacara Pecah Tanah Projek Sel Solar dan Sokongan Berprestasi Tinggi 30GW Tongwei Solar Telah Diadakan

Tongwei Group
2020-03-28 09:30 614

CHENGDU, China, 28 Mac 2020 /PRNewswire/ --Pada 25 Mac yang lalu, upacara pecah tanah untuk Projek Tapak Perindustrian Fotovolta Tongwei Solar telahpun diadakan di Bandar Baharu Huaizhou, Daerah Jintang, Chengdu, China.

Dengan jumlah pelaburan kira-kira sebanyak CNY 20 bilion, Projek Tapak Perindustrian Fotovolta Tongwei Solar akan membina projek sel solar dan sokongan berprestasi tinggi 30GW tahunan di Daerah Jintang, Bandar Raya Chengdu, China, dengan anggaran peningkatan nilai output kira-kira sebanyak CNY 70 bilion dan lebih 10,000 jawatan pekerjaan baharu. Projek Fasa I akan disiapkan menjelang akhir tahun 2020 dan memulakan proses pengeluaran pada awal tahun 2021. Dengan Projek Jintang sebagai perintis, Tongwei akan melaksanakan aplikasi 5G secara aktif dalam bidang internet perindustrian, menjadikan Projek Jintang sebagai model untuk industri pembuatan termaju 5G+ dan menggalakkan pembinaan bandar pintar hijau fotovolta berdasarkan senario pembuatan perindustrian Tongwei. 

Pembinaan Projek Tapak Perindustrian Fotovolta Tongwei Solar akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan tempatan untuk membina tapak pengeluaran utama di Chengdu yang tersebar ke barat China dan mengeksport produk fotovolta ke pasaran Eropah.

Source: Tongwei Group
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities