SINGAPURA, 2 April, 2020 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber, menyambut Minggu Perlindungan Siber Dunia sulungnya dengan mendedahkan bahawa 42% syarikat mengalami peristiwa kehilangan data yang mengakibatkan berlakunya masa henti pada tahun lalu. Bilangan yang tinggi itu berkemungkinan disebabkan oleh hakikat bahawa walaupun hampir 90% membuat sandaran untuk komponen IT yang menjadi tanggungjawab mereka untuk melindunginya, hanya 41% yang membuat sandaran setiap hari – membuatkan banyak perniagaan mempunyai lompong data berharga yang tersedia bagi tujuan pemulihan.
Angka-angka yang didedahkan dalam Tinjauan Minggu Perlindungan Siber Dunia 2020 Acronis menggambarkan realiti baharu bahawa strategi dan penyelesaian tradisi terhadap perlindungan data tidak lagi dapat menyaingi keperluan IT moden dalam kalangan individu dan organisasi. Atas sebab inilah Acronis telah memperluaskan Hari Sandaran Sedunia -- cuti tahunan yang disambut pada 31 Mac sebagai peringatan untuk membuat sandaran data -- kepada Minggu Perlindungan Siber Dunia.
Tinjauan tahunan ini, yang dilengkapkan oleh hampir 3,000 orang, mengukur tabiat perlindungan oleh pengguna di seluruh dunia:
Dapatan ini menekankan kepentingan pelaksanaan strategi perlindungan siber termasuk membuat sandaran untuk data anda beberapa kali sehari dan mengamalkan peraturan sandaran 3-2-1.
Perlindungan Siber Ubah Permainan – Dan Permainan Turut Berubah
Sejumlah penipuan siber berkaitan COVID-19 yang memuncak telahpun dikesan di Asia sejak 2 minggu lalu -- in China, Vietnam, Korea Selatan dan banyak lagi. Singapura menjadi salah satu yang paling terdedah sebagai sebuah negara. Baik tajaan kerajaan mahupun pekerja bebas – tidak berlaku pengurangan dari segi mereka yang ingin mengeksploitasi ketakutan dan kekacauan yang disebabkan oleh pandemik global ini.
Dengan serangan siber yang semakin meningkat, sandaran tradisi disasarkan oleh penjenayah siber dan tidak lagi mencukupi untuk melindungi data, aplikasi dan sistem – tinjauan oleh kami menunjukkan bahawa pergantungan kepada sandaran sahaja untuk kelangsungan perniagaan sebenar adalah terlalu berbahaya:
Bagi menjamin perlindungan yang lengkap, sandaran yang selamat harus menjadi sebahagian daripada pendekatan perlindungan siber komprehensif sesebuah organisasi, termasuk perlindungan daripada perisian tebusan, pemulihan bencana, keselamatan siber dan alatan pengurusan. Pendekatan yang disepadukan secara mendalam ini turut menangani Lima Vektor Perlindungan Siber, memberikan keselamatan, kebolehcapaian, privasi, ketulenan dan keselamatan (SAPAS) untuk semua data, aplikasi dan juga sistem.
Cadangan Minggu Perlindungan Siber Dunia
Sama ada anda bimbang akan fail peribadi atau kelangsungan perniagaan syarikat anda, Acronis mempunyai lima cadangan ringkas bagi menjamin perlindungan yang pantas, cekap dan selamat untuk beban kerja anda:
Ketahui lebih lanjut bagaimana anda dapat melindungi data anda di: https://www.acronis.com/en-us/blog/posts/celebrating-final-world-backup-day
Baca lebih lanjut mengenai keputusan tinjauan Minggu Perlindungan Siber Dunia 2020 di sini: https://www.acronis.com/en-us/blog/posts/results-are-cyber-protection-week-2020-survey
Latar Belakang Acronis
Acronis menetapkan standard untuk perlindungan siber melalui sandaran inovatifnya, anti-perisian tebusan, pemulihan bencana, storan dan penyelesaian penyegerakan dan perkongsian fail perusahaan. Dipertingkatkan oleh teknologi perlindungan aktif berasaskan AI yang memenangi anugerah, pengesahaslian data berasaskan rantaian blok dan seni bina awan-hibrid yang unik, Acronis melindungi semua data dalam sebarang persekitaran - termasuk fizikal, maya, awan, beban kerja mudah alih dan aplikasi - semuanya pada kos yang rendah dan boleh diramal.
Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, Acronis kini mempunyai lebih 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih 5.5 juta pengguna peribadi dan 500,000 perniagaan, termasuk 100% syarikat Fortune 1000. Produk Acronis disediakan melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih 30 bahasa.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200331/2764984-1LOGO?lang=0