omniture

CAS Siar Set Data Akses Terbuka bagi Sebatian Bahan Kimia Antivirus Bantu Kajian dan Analisis COVID-19

CAS
2020-04-03 08:00 1036

COLUMBUS, Ohio, 3 April 2020 /PRNewswire/ -- CAS, sebuah divisyen Persatuan Kimia Amerika yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat sains, sedang bekerjasama dengan organisasi penyelidikan dan teknologi seluruh dunia untuk menangani cabaran rumit akibat wabak COVID-19. Bagi menyahut seruan untuk bertindak daripada Pejabat Polisi Sains dan Teknologi Rumah Putih dan pemimpin teknologi seluruh dunia, CAS baru-baru ini menyiarkan set data akses terbuka bagi sebatian kimia yang diketahui mempunyai potensi antivirus untuk membantu aktiviti penyelidikan, pelombongan data, dan analisis.

Set Data Sebatian Calon Antivirus COVID-19 CAS yang baharu mengandungi hampir 50,000 sebatian kimia yang dihimpunkan daripada CAS REGISTRY® dan terbukti mempunyai potensi antivirus seperti yang dilaporkan dalam jurnal saintifik ataupun memiliki struktur yang mirip bahan antivirus yang diketahui. Metadata yang berkaitan seperti CAS Registry Number®, ciri-ciri fizikal, dan jadual perkaitan bagi setiap sebatian turut disediakan. Set data ini adalah antara himpunan pertama bagi sebatian kimia yang dihasilkan Institut Allen bagi Set Data Penyelidikan Terbuka COVID-19 AI, CORD-19, dan boleh dimuat turun terus daripada CAS.

"Saya sangat berterima kasih kepada para penyelidik dan profesional penjagaan kesihatan yang sedang berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi COVID-19. CAS komited sepenuhnya untuk mempergunakan sumber, teknologi, dan kepakaran kami dalam apa sahaja cara untuk membantu mereka mengatasi cabaran ini dan menyelamatkan nyawa," kata Manuel Guzman, Presiden CAS. "Set data awal ini, yang dihimpunkan oleh para saintis kami, akan membolehkan penyelidik dan teknologi baru muncul seperti AI untuk menemui hubung kait baharu antara kajian kimia yang pernah diterbitkan dan diharapkan dapat mempercepatkan rawatan bagi penyakit ini. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada pasukan projek yang boleh mempergunakan sumbangan data atau perkhidmatan tambahan ini dalam usaha melawan COVID-19."

Vaksin COVID-19 yang diluluskan dan boleh diedarkan dengan meluas mungkin akan mengambil masa lebih setahun untuk dihasilkan, oleh itu kebanyakan kajian terapeutik jangka masa pendek dibuat bagi terapi antivirus yang boleh mengurangkan simptom dan mempercepatkan penyembuhan. Himpunan sebatian antivirus yang diketahui dan berpotensi yang dihasilkan oleh CAS ini mengandungi maklumat tentang molekul-molekul yang mungkin boleh digunakan sebagai rawatan jangka masa pendek, seandainya ia terbukti berkesan melawan COVID-19.   

Latar Belakang CAS
CAS, sebuah divisyen Persatuan Kimia Amerika yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat sains, bekerjasama dengan organisasi penyelidikan & pembangunan seluruh dunia bagi menyediakan maklumat untuk membantu mereka merancang, menginovasi, melindungi inovasi mereka, dan meramalkan cara peluang dan pasaran baharu bakal berevolusi. Penyelidik sains, profesional paten, dan pemimpin industri seluruh dunia merentasi sektor kerajaan, akademik, dan komersial bergantung kepada penyelesaian dan perkhidmatan kami untuk merangka penemuan serta strategi. Manfaatkan kandungan kami yang tiada tandingan, teknologi yang khusus, serta kepakaran kami yang unggul untuk memberikan kelebihan kepada organisasi anda daripada segi maklumat. Dengan pengalaman selama lebih 110 tahun, tiada orang lain yang lebih arif tentang maklumat sains selain CAS. Ketahui lebih lanjut di www.cas.org.

Hubungan Media:
Tina Tomeo
cas-pr@cas.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1029755/CAS_Logo.jpg

Source: CAS
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control