SHANGHAI, 4 April 2020 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, penyedia terkemuka dunia untuk modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan modul RG500Q-EA 5G NR sudah sedia dipasarkan secara komersial dan kini boleh mula dikeluarkan kepada pelanggan seluruh dunia mulai sekarang. Dengan modem Qualcomm® Snapdragon™ X55 5G, modul RG500Q-EA ideal untuk pelbagai aplikasi IoT bagi pengguna dan dalam perindustrian, termasuklah penghala perniagaan, get laluan kediaman, peralatan premis pelanggan (CPE), MiFi, IoT industri (IIoT), komputer riba industri, PDA, pengawasan video, papan tanda digital, penstriman 4K/8K secara langsung dan banyak lagi kegunaan yang memerlukan jalur lebar yang sangat tinggi.
Quectel RG500Q-EA menyokong jalur lebar sub-6GHz utama serta liputan rangkaian LTE-A dan WCDMA seluruh dunia, lalu membenarkan pelanggan menggunakan penyelesaian IoT mereka dengan sangat lancar dalam rantau Asia-Pasifik, Eropah, dan Asia Barat. Ciri-ciri utama lain bagi RG500Q-EA termasuklah:
"Kami sangat teruja kerana RG500Q-EA kini sudah sedia untuk penggunaan komersial kerana ia mencerminkan kepimpinan kami yang berterusan dalam teknologi 5G. Langkah ke hadapan ini ialah satu pencapaian tinggi kerana kami dapat mempercepatkan dan mempermudahkan penyediaan aplikasi 5G ke seluruh dunia," kata Patrick Qian, Ketua Pegawai Eksekutif Quectel. "Sebagai pemimpin dalam inovasi IoT, kami telah menawarkan modul 5G dengan prestasi wayarles terbaik dalam industri serta rekaan yang mudah untuk digabungkan."
Sebagai perintis inovasi IoT, Quectel merupakan salah satu vendor pertama yang menawarkan modul 5G NR dan memiliki portfolio 5G yang mendahului pasaran, meliputi teknologi sub-6GHz dan mmWave, disediakan dalam faktor bentuk LGA dan M.2 agar dapat memenuhi permintaan untuk pelbagai aplikasi IoT.
Teks penuh boleh didapati di laman web Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/quectel-5G-sub-6GHz-module-becomes-available-for-mass-deployment.htm
Latar Belakang Quectel:
Quectel merupakan penyedia terkemuka dunia untuk modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk meluas, dan merangkumi teknologi wayarles terkini seperti 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular yang profesional, Quectel menawarkan perkhidmatan sehenti bagi modul selular IoT. Produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuklah pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan wayarles, perindustrian, penjagaan kesihatan, pertanian, dan pemantauan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut: www.quectel.com, LinkedIn, Facebook dan Twitter.
Hubungi: Ashley, +86-551-6586 9386*8016, media@quectel.com