omniture

CGTN: Memperingati golongan profesional perubatan yang telah pergi akibat coronavirus

CGTN
2020-04-08 00:04 607

BEIJING, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- Novel coronavirus yang tidak diketahui dan tidak mengenal belas kasihan ini setakat ini telah mengakibatkan kehilangan beribu-ribu orang kehilangan anggota keluarga mereka yang dikasihi di China. Perpisahan ini bukan bermakna berpisah selama-lamanya. CGTN meneroka dengan terperinci kehidupan mereka yang telah meninggal dunia akibat coronavirus sejak wabak ini bermula.

 

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=EoRj_StxMms

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai doktor-doktor ini dan mangsa-mangsa lain novel coronavirus di China, kunjungi halaman peringatan interaktif CGTN.

Liu Yang tidak pernah terfikir bahawa pertemuan bersama bapa beliau ini, walaupun bertemu dari jauh, adalah buat kali yang terakhir. Bapa beliau, Liu Zhiming, seorang pakar neurologi yang ternama, meninggal dunia pada 18 Februari setelah dijangkiti oleh novel coronavirus.

Liu merupakan pengarah Wuhan Wuchang Hospital, yang dikhususkan oleh kerajaan perbandaran Wuhan pada 21 Januari sebagai salah sebuah hospital untuk merawat pesakit yang dijangkiti oleh novel coronavirus atau disyaki dijangkiti virus tersebut. "Beliau menelefon saya, meminta saya untuk menyiapkan beberapa helai pakaian untuk beliau. Kata beliau, beliau terlalu sibuk untuk pulang ke rumah. Ketika itu, saya rasa beliau sukar bernafas," kata isteri beliau, Cai Liping, seorang ketua jururawat ICU di Wuhan Third Hospital.

Seorang yang kuat bekerja, beliau bekerja syif selama tiga hari berturut-turut bagi menukarkan sebahagian daripada hospital tersebut menjadi wad pengasingan yang mula menerima pesakit yang dijangkiti pada 23 Januari. Itulah hari apabila Wuhan dikenakan perintah berkurung dan juga hari Liu didiagnosis dengan COVID-19.

Beliau telah dimasukkan ke hospital pada hari berikutnya dan tidak lama kemudian menggunakan ventilator, hanya bercakap melalui telefon bersama Cai, yang mempunyai jadual yang sibuk bagi merawat kes-kes COVID-19 yang teruk. Di akhir hayat beliau, beliau menolak untuk diintubasi, menurut Hong Yi, setiausaha jawatankuasa disiplin Wuchang Hospital. "Beliau bimbang pasukan beliau akan turut dijangkiti."

Pada hari beliau meninggal dunia, terdapat 431 orang pesakit COVID-19 di hospital beliau. Beliau merupakan pengarah hospital pertama yang diketahui meninggal dunia akibat daripada coronavirus.

Selain daripada golongan profesional perubatan kanan yang berada di barisan hadapan dalam pertarungan menentang COVID-19, terdapat doktor-doktor muda yang baru memulakan kerjaya mereka seperti Xia Sisi, seorang ahli gastroenterologi di Hospital Union Jiangbei Wuhan. Beliau meninggal dunia akibat jangkitan pada lewat Februari lalu. Rakan-rakan setugas berkata beliau mungkin telah dijangkiti pada bulan Januari, apabila beliau merawat seorang pesakit warga emas yang telah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti novel coronavirus.

Lima hari kemudian, beliau demam dengan suhu mencecah 38.9 darjah Celsius dan berasa sesak di dada beliau. Beliau dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. Ketika beliau merasakan beliau akan didiscaj dan kembali ke barisan hadapan selepas simptom-simptom beliau mula reda beberapa hari kemudian, keadaan beliau semakin merosot. Suami beliau, Wu Shilei, seorang pakar bedah di Wuhan Pu'ai Hospital, bergegas ke bilik kecemasan pada awal pagi 7 Februari lalu. Jantung beliau berhenti berdegup. Doktor-doktor melakukan intubasi dan menyedarkan semula Xia selepas memberi sokongan ECMO kepada beliau, kemudian memindahkan beliau ke sebuah hospital yang pakar dalam rawatan rapi. Namun begitu, beliau tetap berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia pada 23 Februari.

Ketika pulang ke rumah, Wu tidak dapat menerima kematian isteri beliau. "Kami telah berjanji untuk berjuang di barisan hadapan bersama-sama apabila beliau pulih." Beliau tidak tahu apa yang patut dikatakan kepada anak lelaki mereka yang berumur dua tahun. "Jiabao percaya ibunya masih bekerja di hospital."

Setakat ini, sekurang-kurangnya 46 ahli profesional perubatan di China telah meninggal dunia berkaitan dengan wabak coronavirus. Antara mereka ada yang mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad manakala yang lain baru sahaja memulakan misi mereka untuk membantu orang lain. Li Wenliang, seorang pakar oftalmologi yang berkongsi laporan pesakit pada Disember lalu yang memaklumkan rakan sekelas sekolah perubatan beliau mengenai coronavirus, meninggal dunia pada usia 34 tahun. Song Yunhua, seorang doktor di sebuah pusat kesihatan komuniti, telah dilanggar oleh sebuah motosikal selepas bertugas selama berjam-jam untuk menyaring pesakit bagi mengesan virus tersebut. Beliau berusia 46 tahun.

Ramai daripada doktor-doktor ini mungkin terdedah kepada coronavirus dari penghujung tahun 2019 hingga bulan Januari lalu, sewaktu virus baharu tersebut baru sahaja diketahui umum. Golongan profesional perubatan telah menemui pesakit yang mungkin dijangkiti COVID-19 sebelum ia dikenal pasti sebagai strain coronavirus yang berbeza, maka mereka telah mengenakan peralatan perlindungan dan mengikuti prosedur yang sesuai untuk menangani penyakit berjangkit tahap rendah. Sedikit pun mereka tidak mengetahui bahawa mereka telah terdedah dengan virus yang serius lagi misteri yang akan berkembang menjadi pandemik global beberapa bulan kemudian.

Doktor-doktor ini mengekalkan keprofesionalan dan keprihatinan yang utuh terhadap rakan-rakan setugas dan pesakit-pesakit mereka pada waktu-waktu yang paling getir. Semangat mereka disemai dalam diri mereka yang beraspirasi untuk mengikuti jejak langkah mereka, seperti Liu Yang, yang kini merupakan pelajar perubatan tahun pertama di sekolah perubatan yang sama bapa beliau Liu Zhiming menamatkan pengajian.

Untuk melihat artikel asal, klik DI SINI.

CGTN lancar halaman peringatan interaktif
CGTN lancar halaman peringatan interaktif

 

Video - https://cdn5.prnasia.com/202004/CGTN/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200406/2769385-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-logo?lang=0

 

Source: CGTN
Keywords: Health Care/Hospital Publishing/Information Service Public Interest