omniture

Ketika Memerlukan, IMA Sediakan Akses Percuma kepada Banyak Sumber untuk Bukan Ahli selama 90 Hari

Institute of Management Accountants (IMA)
2020-04-09 11:29 1448

SINGAPURA, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan akauntan dan ahli profesional kewangan dalam bidang perniagaan, ingin membantu mereka yang dalam profesion perakaunan dan kewangan untuk mengatasi pergolakan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Oleh itu, IMA menjadikan banyak sumber pendidikan dan perangkaian yang berharga disediakan secara percuma kepada bukan ahli selama 90 hari.

Tatkala semua organisasi dan profesion terus menangani pandemik COVID-19 bersama-sama, IMA memberi tumpuan kepada keselamatan komuniti globalnya yang terdiri daripada ahli, sukarelawan dan kakitangan IMA menyediakan pelbagai sumber, kebanyakannya disediakan tanpa sebarang kos, termasuk produk pembelajaran terpilih, penerbitan dan sumber kerjaya serta perangkaian kepada bukan ahli.

"Semasa berlakunya pandemik ini, yang memberi kesan tragis kepada kehidupan dan mata pencarian, penting agar IMA melakukan tugasnya dengan menawarkan akses percuma selama 90 hari kepada sumber pendidikan dan perangkaian," kata Jeff Thomson, CMA, CSCA, CAE, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, IMA. "Kita perlu percaya bahawa terdapat tanda-tanda bahawa kesukaran ini akan berakhir dan kita akan menjadi lebih kuat sekiranya kita komited untuk menjadi individu dan organisasi yang menimba ilmu, dan pendidikan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami."

Sumber-sumber IMA yang disediakan termasuk pelbagai webinar secara langsung dan kursus dalam talian, kebanyakannya menawarkan kredit Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) NASBA. Beberapa sumber yang paling berharga termasuk IMA Data Analytics & Visualization Fundamentals Certificate™ yang baharu dan IMA Strategy and Competitive Analysis Learning Series®, yang akan disediakan secara percuma sehingga 30 April ini. IMA turut menawarkan Alat Penilaian CareerDriver®    yang dapat membantu individu menilai kemahiran mereka dan membuat rancangan pembangunan bagi merapatkan jurang kemahiran menggunakan lebih daripada 1,000 sumber IMA.

Golongan profesional juga akan mendapat akses kepada myIMA Network, satu rangkaian global yang terdiri daripada ahli-ahli profesional perakaunan dan kewangan, berserta lebih 300 cawangan dan majlis yang menyediakan perkhidmatan IMA di peringkat tempatan. Kepimpinan pemikiran IMA termasuk penerbitannya, audio siar dan artikel, selain daripada bahan-bahan persediaan untuk calon-calon CMA® (Certified Management Accountant) juga boleh diakses. Ahli-ahli akademik akan mendapat sumber bilik darjah/pengajaran yang disediakan untuk kegunaan mereka. Ahli-ahli akademik yang mendaftar sebagai ahli-ahli profesional akan menerima kes-kes IMA Educational Case Journal (IECJ) berserta nota pengajaran atas permintaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai IMA dan sumber yang disediakan selama 90 hari akan datang, sila kunjungi https://www.imanet.org/career-resources/free-access-to-ima-resources-for-90-days?ssopc=1.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues