omniture

Bangunan Empire State Dan iHeartMedia Terus Beri Inspirasi Dengan Pertunjukan Muzik-Diiringi-Lampu Baharu Dimulakan Dengan Himpunan Lagu Ikonik Daripada The Beatles

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-04-10 22:35 1246

Pertunjukan cahaya bermula pada hari Sabtu, 11 April pada waktu Tengah Malam

NEW YORK, 10 April 2020 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) dan iHeartMedia hari ini mengumumkan rehat hujung minggu untuk Bandar Raya New York -- pertunjukan cahaya muzik-diiringi-lampu tengah malam rock and roll yang menampilkan "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (Reprise)" dan "A Day in the Life" The Beatles, ditampilkan buat julung kali pada hari Sabtu, 11 April dan Ahad, 12 April jam 12:00 tengah malam. Q104.3 iHeartMedia, New York's Classic Rock, juga boleh didapati pada aplikasi iHeartRadio, akan menyiarkan lagu-lagu secara langsung sewaktu lampu-lampu menara ESB yang terkenal di dunia memainkan pertunjukan serba baharu yang direka dan dilaksanakan oleh artis pencahayaan yang menetap di bandar raya tersebut, Marc Brickman. ESB dan iHeartMedia akan meneruskan pertunjukan tengah malam istimewa tersebut pada setiap hujung minggu semasa perintah berada di rumah dikenakan.

"Sesetengah orang perlukan rehat, peluang untuk menyanyi sekuat hati dan menghilangkan tekanan pada minggu tersebut. Kami menggalakkan semua orang yang berada di rumah, Penggerak Balas Pertama dan orang ramai di serata dunia untuk melihat ke luar dan merasai detik keseronokan," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT.

"Dalam waktu-waktu seperti ini, penting agar penduduk New York untuk terus bersatu hati serta menyokong dan memberi galakan kepada satu sama lain," kata Tom Poleman, Ketua Pegawai Pengaturcaraan untuk iHeartMedia. "Kami teruja untuk memberikan bandar kami yang berdaya tahan ini dengan sesuatu untuk dinanti-nantikan pada hujung minggu ini memandangkan kami sekali lagi bekerjasama dengan bangunan yang paling ikonik di New York menerusi pertunjukan muzik-diiringi-lampu yang disegerak, kali ini melalui stesen rock klasik New York kami, Q104.3."

Selain daripada pertunjukan cahaya baharunya, ESB akan meneruskan program setiap malamnya:

  • Denyut nadi Bandar Raya New York sebagai solidariti dan sokongan kepada lebih 1 juta orang di 180 negara yang terjejas akibat COVID-19
  • Kilauan setiap jam dengan warna-warna penggerak balas pertama bagi memberi penghormatan kepada petugas kecemasan yang sungguh berani yang berada di barisan hadapan dalam perjuangan ini. Warna-warna ini termasuk warna kuning, biru, merah, putih, hijau dan kelabu untuk penghantar, penguat kuasa undang-undang, pegawai pemulihan, anggota bomba, paramedik dan anggota tentera daripada komuniti kita yang telah mempertaruhkan nyawa mereka bagi pihak kita semua
  • Pertunjukan muzik-diiringi-lampu Empire State of Mind Alicia Keys 9:00 malam pada setiap malam dengan kerjasama iHeartMedia dan Z100. Setiap malam, Elvis Duran memulakan pertunjukan cahaya SECARA LANGSUNG dengan mengaitkan diri dan menyanjungi wira di barisan hadapan. Jangan lupa untuk menyertai perbualan dengan menghantar video di media sosial #EmpireStateBuilding dan #iHeartNewYork
  • Detik kegelapan selama lima minit terus menyusuli pertunjukan jam 9:00 malam bagi memperingati mereka yang telah terkorban dalam pandemik global ini dan mereka yang berdukacita atas kehilangan mereka.

Pertunjukan ini akan turut distrim melalui video buat semua secara langsung melalui Earthcam di https://www.esbnyc.com/earthcam-empire-state-building, Facebook.com/Q1043 dan Facebook.com/EmpireStateBuilding.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio perniagaan.

Latar Belakang iHeartMedia New York
iHeartMedia New York memiliki dan mengendalikan WHTZ-FM, WKTU-FM, WAXQ-FM, WWPR-FM, WLTW-FM dan WOR-AM. iHeartMedia (NASDAQ: IHRT) ialah syarikat audio nombor satu di Amerika Syarikat, mendekati sembilan daripada 10 warga Amerika setiap bulan – dan dengan satu perempat daripada satu bilion pendengar bulanan, mempunyai capaian yang lebih besar berbanding mana-mana syarikat media lain di A.S. Kedudukan kepimpinan syarikat dalam audio melangkaui pelbagai platform termasuk lebih daripada 850 stesen siaran langsung dalam lebih 150 pasaran; radio digital melalui perkhidmatan digital iHeartRadio  yang disediakan merentas lebih daripada 250 platform dan 2,000 peranti; melalui golongan berpengaruhnya yang ke udara; sosial; persembahan muzik langsung ikonik berjenama; dan audio siar sebagai penerbit audio siar komersial #1. iHeartMedia juga menerajui industri audio dalam analitik, menyasarkan dan atribusi untuk rakan pemasarannya dengan produk SmartAudio, menggunakan data daripada kumpulan penggunanya yang besar. Kunjungi iHeartMedia.com untuk maklumat lanjut tentang syarikat. 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IHRT NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Entertainment Real Estate Future Events