omniture

HUAWEI CLOUD dan Kementerian Kesihatan Malaysia Bersama-sama Bantu Hospital Sungai Buloh Sediakan Penyelesaian AI untuk Perangi Pandemik COVID-19

HUAWEI CLOUD
2020-04-13 08:18 5304

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Malaysia telah berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyumbang penyelesaian Diagnosis terbantu-AI Huawei Cloud kepada Hospital Sungai Buloh bagi memperkasa kakitangan perubatan tempatan dengan keupayaan AI dengan menyediakan penyelesaian AI untuk analisis imej CT terhadap pesakit yang mungkin dijangkiti COVID-19.

Sistem analisis imej perubatan kuantitatif terbantu-AI Huawei Cloud, yang digunakan untuk membantu mengendalikan keadaan COVID-19 di seluruh dunia, boleh menganalisis beratus-ratus imej CT dalam beberapa saat, mengesan lesi dengan tepat dan para doktor kini dapat memberi keputusan diagnosis hanya dalam satu minit. Huawei Cloud bekerjasama dengan HY medical (syarikat baharu berpangkalan di Beijing yang menumpu pada pengimejan perubatan melalui kecerdasan buatan) untuk membangunkan platform AI. Platform AI telah dilatih dengan lebih 4,000 data imej pesakit COVID-19 yang telah disahkan dan boleh berfungsi sebagai "doktor super". Ia boleh menganalisis kontur pneumonia yang disyaki daripada imej DICOM Dada CT dan memberi kebarangkalian sama ada ia menunjukkan jangkitan COVID-19, kepada pakar radiologi sebagai rujukan untuk membantu mereka menyaring kes-kes yang disyaki dan membuat diagnosis yang sesuai.

Ini disusuli dengan pengumuman global pada minggu lalu bahawa Huawei Cloud akan menyediakan perkhidmatan AI dan awan percuma sebagai sebahagian daripada pelan tindakan antarabangsanya untuk memerangi pandemik yang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Di hospital, Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia berkongsi pandangan beliau, "Pandemik ini telah mencetuskan satu permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk perkhidmatan kesihatan digital di seluruh dunia. Kini, lebih daripada biasa, warga Malaysia terdorong untuk melangkah ke platform ini bagi menerima pakai penyelesaian transformasi digital bagi melangkah ke hadapan dan hasilnya, dapat mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka. Ini merupakan teknologi AI canggih yang digunakan dalam industri penjagaan kesihatan perubatan bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan penduduk Malaysia. Memanfaatkan perkhidmatan awan teras, penyelesaian kami membolehkan pengesanan dan diagnosis awal COVID-19 dibuat agar hospital-hospital dapat mengenal pasti dengan pantas pesakit-pesakit yang dijangkiti untuk menjalani kuarantin awal dan memberi rawatan awal serta melawan implikasi jangkitan dengan lebih berkesan."

"Mereka yang berada di barisan hadapan dihadapkan dengan cabaran yang semakin meningkat saban hari dan meskipun Kerajaan berupaya untuk memberi tindak balas kepada keperluan, kami memerlukan sumber dan sokongan tambahan bagi membendung jangkitan ini. Bagi pihak Hospital Sungai Buloh, kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kami kepada Huawei Malaysia atas peralatan ini yang akan membantu menyelamatkan nyawa, dengan banyak mengurangkan risiko jangkitan dan membolehkan kakitangan perubatan melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan lebih cepat," kata Dr Yun Sii Ing, Pakar Perunding Radiologi Klinikal, Ketua Jabatan, Hospital Sungai Buloh.

Semasa berlangsungnya majlis penyerahan di Kementerian Kesihatan Putrajaya semalam, Datuk Seri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan, turut mengucapkan terima kasih beliau kepada Huawei dengan berkata, "Dalam era teknologi, kecerdasan buatan ialah pencapaian hebat yang seterusnya untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan Huawei Cloud bermurah hati memberi tawaran untuk melengkapkan kami dengan alat diagnostik terbantu-AI untuk imbasan CT, yang saya faham telahpun dipasang di Hospital Sungai Buloh, salah satu barisan hadapan pertempuran utama kami. Di samping itu, menyedari kepentingan fungsi ketersambungan, Huawei juga membantu dalam meningkatkan keupayaan Wi-Fi di pusat kami di Sungai Buloh melalui Wi-Fi 6."

Penyelesaian Diagnosis terbantu-AI Huawei Cloud dan kejayaannya dalam menawarkan diagnosis yang lebih pantas akan membantu membuka laluan untuk teknologi yang inovatif dan akan meningkatkan perkhidmatan perubatan di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Penyelesaian ini bertujuan untuk memberi nilai lebih besar kepada industri ini, yang akhirnya menyumbang kepada pembangunan sebuah negara digital.

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan mampan bagi membantu organisasi-organisasi berkembang dalam dunia pintar.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements