omniture

Syarikat Pembelajaran Mesin Revolusioner Kenal Pasti Dua Rawatan Sesuai untuk Jenis Kanser Payudara Sukar Diubati

Pattern Computer
2020-04-14 20:27 677

Pattern Computer terima keputusan makmal kebangsaan positif untuk calon-calon ubatan terapi gabungan menyasarkan kanser payudara seakan-basal

REDMOND, Washington, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Pattern Computer®, Inc. telah menerima pengesahan daripada Lawrence Berkeley National Laboratory bahawa kombinasi terapi ubatan yang dikenal pasti olehnya menggunakan sistem penemuan pola pembelajaran mesin proprietarinya berkesan untuk membunuh tumor kanser payudara malignan. Khususnya, pasukan Pattern Computer memilih untuk menyasarkan pada kanser payudara seakan-basal atau "negatif tigaan" kerana ia mewakili 15-20% daripada pesakit kanser payudara, agresif dan tidak mempunyai ubat-ubatan yang berkesan. Untuk butiran teknikal selanjutnya, sila ke https://www.patterncomputer.com/news/lbnl/.

"Kami berasa amat teruja dengan dua keputusan pengesahan bio dua tahap yang baru diterima oleh kami untuk calon-calon terapi gabungan kami, yang ditapis oleh kami untuk ubat-ubatan yang telahpun diluluskan oleh FDA secara individu atau dalam proses mendapat kelulusan. Ini merupakan projek pertama kami dalam bidang bioteknologi dan kami mengharapkan banyak kejayaan yang akan datang sepanjang jalan bagi membangunkan rawatan untuk penyakit kanser ini dan juga kanser dan penyakit lain," kata Mark R. Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif Pattern Computer.

Dua rawatan terapi berjaya menyelesaikan ujian organoid in vitro akhir di Lawrence Berkeley National Laboratory, menunjukkan "interaksi sinergistik yang signifikan" dalam membunuh sel-sel tumor malignan, dengan "kesan buruk yang rendah atau tiada" secara statistik ke atas sel-sel sihat. Dengan keputusan ini, Pattern Computer akan meneruskan ke fasa ujian praklinikal yang seterusnya.

"Kami faham bahawa keputusan kami masih agak awal; oleh itu, kami mengambil langkah-langkah seterusnya dengan teliti dan berhati-hati," kata Anderson, "namun begitu, kami didorong oleh pengesahan biologi yang dapat dilihat oleh kami setakat ini daripada model pengkomputeran kami dalam bidang ini. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Lawrence Berkeley National Labs untuk mengesahkan dapatan ini."

Pattern Computer, sebuah syarikat baharu di kawasan Seattle, menggunakan Pattern Discovery EngineTM proprietarinya untuk menyelesaikan masalah yang paling penting dan sukar diubati dalam bidang perniagaan dan perubatan. Teknik-teknik matematik proprietari syarikat dapat menemui pola yang rumit dalam data peringkat amat tinggi yang telah terlepas daripada pengesanan oleh sistem-sistem yang lebih besar.

Meskipun syarikat kini mengaplikasikan platform pengkomputerannya terhadap bidang penemuan ubatan yang mencabar, ia turut melakukan penemuan pola untuk rakan-rakan kongsi dalam beberapa sektor lain termasuk penyelidikan bioperubatan tambahan, sains bahan, pembuatan aeroangkasa, perubatan veterinar, operasi trafik udara dan kewangan.

UNTUK PELANGGAN DAN RAKAN KONGSI, HUBUNGI:

UNTUK WAWANCARA, HUBUNGI:

Nick Psyhogeos

Denyse Hudson

425.829.0467

360.298.0658

inquiry@patterncomputer.com

denyse@patterncomputer.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1143036/Pattern_Computer_Logo.jpg

 

Source: Pattern Computer
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Data Analytics