omniture

Merck Sokong Jenner Institute Capai Kejayaan Pertama dalam Pembuatan Vaksin Covid-19

Merck
2020-04-14 21:22 788

- Platform pembuatan yang dibangunkan baru-baru ini membolehkan pembuatan berskala besar

- Pasukan bersama mengurangkan masa pembangunan proses kepada dua bulan daripada setahun – satu langkah kritikal untuk pembuatan vaksin Covid-19 secara besar-besaran

- "Kami telah membawa masa depan pembuatan vaksin ke masa kini," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science

DARMSTADT, Jerman, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, serta Jenner Institute hari ini mengumumkan bahawa Jenner Institute telah meletakkan asas untuk pengeluaran berskala besar calon vaksin Covid-19, ChAdOx1 nCoV-19.

Merck is partnering with The Jenner Institute in the institute's efforts to develop a safe and effective vaccine for Covid-19
Merck is partnering with The Jenner Institute in the institute's efforts to develop a safe and effective vaccine for Covid-19

Dengan pesakit-pesakit yang direkrut untuk percubaan klinikal vaksin ini, pembangunan pantas proses pembuatan yang berskala besar merupakan satu langkah kritikal bagi menyediakannya dengan cepat dan selamat dari makmal kepada pesakit.

"Kami telah membawa masa depan pembuatan vaksin ke masa kini," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Ini merupakan satu langkah penting dalam merawat Covid-19 dan penyakit-penyakit lain yang memberi kesan kepada kesihatan awam global. Usaha ini merupakan satu kejayaan penting dalam perjalanan pembangunan pembuatan vaksin, tatkala ujian klinikal terus berkembang maju."

Memanfaatkan usaha terdahulu oleh Merck telah memberi kelebihan yang mantap untuk rancangan peluasan pembuatan calon vaksin Covid-19 oleh Jenner. Membangunkan proses pembuatan itu sendiri biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun, namun begitu dalam masa hanya dua bulan, Merck menyokong pasukan Jenner dan rakan usaha sama mereka bagi menilai platform pembuatan sedia ada untuk digunakan dengan calon vaksin baharu dan menambah baik langkah-langkah proses yang kritikal.

Sepanjang dua tahun yang lalu, kolaborasi Merck dengan Jenner Institute telah membawa kepada pembangunan platform pantas yang boleh diskala yang mengikuti amalan pembuatan yang baik dan menggunakan teknologi boleh guna untuk platform adenovirus Institut berkenaan. Sementara usaha awal dibangunkan dengan calon vaksin rabies, platform ini kemudiannya disahkan dengan binaan adenovirus berbeza yang bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan dan pembuatan vaksin akan datang. Kepantasan ialah cabaran yang utama apabila menghadapi wabak baharu seperti pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi ini. Organisasi-organisasi berkenaan mula mengumumkan perkongsian mereka untuk membangunkan proses pembuatan vaksin yang lebih mantap dan boleh diskala pada April 2018.

"Dalam tempoh waktu yang belum pernah terjadi sebelum ini, pasukan Jenner Institute telah dapat membangunkan proses skala pembuatan 10-liter berdasarkan platform yang dihasilkan sebelum ini bersama Merck, bagi mempersiapkan kami untuk pusingan usaha peluasan yang seterusnya," kata Dr. Sandy Douglas, ketua projek peluasan pembuatan vaksin di Jenner Institute. "Kolaborasi industri, seperti kolaborasi kami bersama Merck, memperlihatkan nilai yang dibawa oleh usaha-usaha ini dalam mempercepatkan respons kami terhadap wabak dan pandemik serta menyediakan vaksin yang menyelamatkan nyawa dengan pantas bagi memberi manfaat kepada populasi global."

Latar Belakang Jenner Institute

Jenner Institute ditubuhkan pada November 2005 untuk membangunkan vaksin inovatif terhadap penyakit global utama. Ia memberi tumpuan secara unik kepada penyakit manusia dan haiwan ternakan serta menguji pendekatan vaksin baharu selari dalam spesies-spesies berbeza. Tema utamanya ialah penyelidikan translasi yang melibatkan pembangunan dan penilaian pantas peringkat awal vaksin baharu dalam percubaan klinikal.

Institut ini mempunyai aktiviti-aktiviti penyelidikan yang melibatkan lebih 30 Penyelidik Jenner yang mengetuai kumpulan penyelidikan utama yang mencakupi penyelidikan dan pembangunan vaksin manusia dan veterinar. Penyelidik-penyelidik Institut ini bersama-sama membentuk salah satu aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor bukan untung yang terbesar dalam vaksinologi.

Penyelidik-penyelidik Jenner Institute, melalui sokongan banyak pemberi dana, membangunkan calon-calon vaksin baharu terhadap penyakit berjangkit global yang utama. Vaksin baharu terhadap malaria, tuberkulosis dan HIV kini sedang menjalani percubaan lapangan di negara-negara sedang membangun. Penyelidikan ini juga sedang dijalankan untuk vaksin haiwan ternakan terhadap penyakit kaki dan mulut, influenza avian, tuberkulosis bovin dan penyebab-penyebab utama kerugian ekonomi yang lain.

Institut ini merupakan satu perkongsian antara University of Oxford dan Pirbright Institute serta merupakan pengganti Edward Jenner Institute for Vaccine Research terdahulu. Institut ini disokong oleh Jenner Vaccine Foundation, sebuah badan amal berdaftar UK dan dinasihatkan oleh Lembaga Penasihat Saintifik Jenner Institute.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck terdapat di mana-mana sahaja. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1153996/Vaccine_collaboration.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries