omniture

Saintis Chromatic Technologies Sertai Perjuangan Menentang Virus COVID-19

CTI Chromatic Technology
2020-04-14 22:00 894

American Thermal Instruments Pinjamkan Kepakaran Mereka

COLORADO SPRINGS, Colorado, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Chromatic Technologies Inc. (CTI) telah menjalin kerjasama dengan American Thermal Instruments (ATI) di Dayton, Ohio, untuk menyumbang teknologi suhu, pengacauan dan pengesahan boleh cetak baharu secara percuma untuk melindungi semua ubat COVID-19 baharu.


Tatkala saintis-saintis dunia tergesa-gesa untuk mencari vaksin dan terapi bagi merawat COVID-19, terdapat satu lagi kumpulan saintis yang bekerja sama kerasnya untuk melindungi ubat-ubatan dan menghantar ubat-ubatan ini dengan selamat kepada pesakit dan - - di samping itu - - memerangi pemalsu.

"Sebaik sahaja ubat COVID-19 dihasilkan, ia perlu diedarkan dengan selamat di seluruh dunia dan mesti bertahan daripada risiko pembekuan, pendedahan kepada haba, kerosakan akibat matahari (UV), pengubahan dan pemalsuan," kata Lyle Small, ketua pegawai eksekutif CTI. "Dunia membelanjakan banyak wang untuk memusnahkan coronavirus dalam garis masa yang singkat. Hal ini hanya meningkatkan lagi risiko dan CTI mempunyai penyelesaian mudah untuk semua cabaran keberkesanan yang berkaitan ini," sambung Small.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tujuh daripada 10 ubat yang paling laris terjual di dunia rosak akibat suhu beku, termasuk vaksin untuk influenza dan pneumonia.

"ATI telahpun bekerjasama dengan berpuluh-puluh syarikat farmaseutikal dan kami melancarkan program ini dengan gigih bagi menyokong semua usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) COVID-19 serta pelancaran mereka," kata Randall Lane, ketua pegawai eksekutif ATI.

Matlamat CTI dan ATI adalah untuk melindungi sekurang-kurangnya 100 juta unit ubat yang diedarkan kepada pegawai penjagaan kesihatan. Sumbangan oleh CTI mempunyai nilai yang bersamaan dengan US$5 juta.

Imej resolusi tinggi dan keterangan gambar disediakan di https://www.ctiinks.com/newsroom.

CTE ialah pembekal yang terbesar di dunia bagi teknologi perubahan warna pintar dan khusus yang bertindak balas kepada suhu, cahaya dan tekanan. CTI ditubuhkan pada tahun 1993 dan mengeksport ke 55 negara merupakan kemudahan pengeluaran diperakui ISO9001/2015. Teknologi dakwat CTI terdapat di seluruh dunia dalam banyak produk yang paling dikenali dalam pasaran pengguna dan profesional.

Ditubuhkan pada tahun 1981, American Thermal Instruments mengeluarkan penyelesaian pemantauan suhu tersuai untuk industri-industri yang memerlukan sistem yang paling tepat dan boleh diukur termasuk farmaseutikal, perubatan, makanan, minuman dan perindustrian.

Syarikat-syarikat farmaseutikal boleh menghubungi CTI di (719) 592-1557 atau inquire@ctiinks.com untuk mendapatkan sampel, maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan segera. Laman sesawang utama: www.ctiinks.com.

Chromatic Technologies Inc. is a worldwide supplier to some of the most recognizable brands in today’s marketplace.The company was founded in 1993 by engineering science senior Lyle Small in his dormitory room at Cornell University in Ithaca, New York.
Chromatic Technologies Inc. is a worldwide supplier to some of the most recognizable brands in today’s marketplace.The company was founded in 1993 by engineering science senior Lyle Small in his dormitory room at Cornell University in Ithaca, New York.

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1153923/CTI_Vaccine_freeze_alert.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1153924/Recd_6_30_17.jpg

 

 

Source: CTI Chromatic Technology
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals