omniture

Kennedy Lewis Investment Management Ambil Dik Blewitt sebagai Rakan Kongsi, Ketua Peluang Taktikal

Kennedy Lewis Investment Management LLC
2020-04-15 22:33 1250

NEW YORK, 15 April 2020 /PRNewswire/ -- Kennedy Lewis Investment Management LLC ("Kennedy Lewis"), pengurus kredit oportunistik yang terkemuka, mengambil J. Richard "Dik" Blewitt sebagai Rakan Kongsi dan Ketua Peluang-peluang Taktikalnya.

En. Blewitt menyertai Kennedy Lewis daripada GSO Capital Partners, satu bahagian dalam Blackstone, yang mana beliau merupakan Pengarah Urusan yang memberi tumpuan pada pelaburan kewangan dan kredit berstruktur. Semasa berada di Blackstone, En. Blewitt merupakan Pengurus Portfolio Kanan untuk Carador Income Fund PLC, serta ahli Jawatankuasa Pelaburan Kredit Berstruktur Global untuk perniagaan Kredit Cecair firma berkenaan. Sebelum menyertai Blackstone pada tahun 2014, En. Blewitt merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Bersama Pasukan Aset Disekuritikan di Blackrock serta Rakan Kongsi yang bertanggungjawab terhadap Produk Pensekuritian dan Insurans untuk R3 Capital Hedge Fund. Sebelum Blackrock mengambil alih R3 pada tahun 2009, En. Blewitt merupakan Ketua Pensekuritian di Lehman Brothers Global Principal Strategies. En. Blewitt dahulunya merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pengedaran Global untuk Kumpulan Produk Berstruktur Global di Bank of America Securities dan sebelum itu pernah bekerja di J.P. Morgan dalam Kewangan Berstruktur. En. Blewitt berkelulusan B.S. dalam bidang Kewangan daripada Lehigh University dan MBA dalam Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa daripada Stern School of Business di New York University.

Darren Richman, Pengasas Bersama Kennedy Lewis, berkata, "Saya dan Dik bekerjasama secara langsung selama bertahun-tahun di GSO dan saya berasa gembira kerana Kennedy Lewis akan mendapat manfaat daripada kepakaran kewangan dan pelaburan berstruktur beliau yang tiada tandingan, terutamanya apabila kami berusaha untuk memanfaatkan peluang baru muncul yang terdapat dalam pasaran hari ini."

David Chene, Pengasas Bersama Kennedy Lewis, turut menambah, "Kami berasa bangga dengan adanya Dik sebagai Rakan Kongsi Kennedy Lewis terbaharu. Kepakaran dan kreativiti Dik selama bertahun-tahun dalam pasaran berstruktur dan korporat akan membantu mendorong Kennedy Lewis maju ke hadapan apabila kami memanfaatkan peluang-peluang pasaran taktikal."

Latar Belakang Kennedy Lewis

Kennedy Lewis ialah pengurus kredit oportunistik yang ditubuhkan pada tahun 2017 oleh David K. Chene dan Darren L. Richman. Firm ini mengkhusus dalam situasi dipacu peristiwa yang mana pemangkin dapat merungkaikan nilainya. Strategi ini memberi tumpuan khususnya pada segmen-segmen tertekan (stressed) dan cemas (distressed) daripada pasaran-pasaran kredit korporat dan berstruktur di Amerika Utara dan Eropah. 

Carly Causey
212-782-3491
carly.causey@klimllc.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1155028/Kennedy_Lewis_Logo.jpg  

Source: Kennedy Lewis Investment Management LLC
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements