omniture

VVDN dan STL Umum Kolaborasi Strategik untuk Reka Bentuk, Bangunkan dan Hasilkan Penyelesaian 5G

VVDN Technologies
2020-04-16 11:29 1298

GURUGRAM, India, 16 April 2020 /PRNewswire/ -- VVDN, sebuah syarikat kejuruteraan, awan dan pembuatan produk hujung-ke-hujung yang lengkap dipilih oleh STL (NSE: STRTECH), penyepadu yang terkemuka dalam industri bagi rangkaian data, sebagai rakan kongsi kejuruteraan dan ODM untuk pembangunan beberapa Produk dan Penyelesaian 5G asli.

VVDN_STL
VVDN_STL

Perkhidmatan Reka Bentuk & ODM VVDN menggabungkan pengalaman rangkaian dan telekomunikasi selama lebih 13 tahun untuk kejuruteraan, pembuatan dan sokongan produk hujung-ke-hujung. Makmal dan Pusat Kecemerlangan (CoE) VVDN menawarkan kepakaran dalam domain 5G termasuk RAN 5G, RF 5G, Awan/Digital 5G termasuk Pengaturan Penghirisan Rangkaian, Perkhidmatan oRAN/cRAN/ vRAN dan sebagainya.

STL ialah penyepadu yang terkemuka dalam industri bagi rangkaian data, dengan keupayaan utama dalam penyelesaian sambungan optik dan pinggir mudah alih maya. STL berusaha ke arah memperkasa Pengendali Rangkaian Mudah Alih untuk membina rangkaian yang terbaik dalam kelas dan membolehkannya untuk membina talian dawai tetap terbuka, terpisah dan awan natif serta rangkaian akses mudah alih 5G.

Dengan pengalaman VVDN dalam pembuatan radio dan tumpuan STL terhadap penyelesaian pinggir, kedua-dua syarikat akan menyumbang idea, mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian inovatif secara kolektif bagi menyokong infrastruktur kritikal untuk 5G. Penyelesaian ini akan membolehkan pengendali di seluruh dunia untuk mengurus berbilang keadaan penggunaan pelaksanaan dengan masa dibawa ke pasaran yang lebih pantas.

Puneet Agarwal, Pengasas Bersama dan Presiden Kumpulan Tanpa Wayar, VVDN Technologies berkata, "Perkongsian bersama STL ini penting untuk VVDN dan dibuat pada waktu yang tepat tatkala VVDN membuat pelaburan yang signifikan dalam bidang kejuruteraan 5G. Matlamatnya adalah untuk menyediakan platform 5G yang lengkap, bersepadu dan disahkan terlebih dahulu untuk Sel Kecil & RU Makro serta menyediakan produk yang lengkap kepada STL. Kejuruteraan & pembuatan kami dilengkapi sepenuhnya untuk mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian Radio 5G yang akan membantu STL mempercepatkan pelaksanaan 5G."

Dr.Badri Gomatam, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, STL berkata, "Kolaborasi bersama dengan VVDN bertujuan untuk memajukan evolusi sel kecil 5G seterusnya menyokong pengendali telekomunikasi dalam misi mereka untuk melancarkan rangkaian 5G. Selain itu, dengan pendekatan "Dibuat di India" asli terhadap Unit Radio 5G, STL bermatlamat untuk menyasarkan pengendali di seluruh dunia dan memberi tumpuan pada perusahaan swasta untuk pelaksanaan 5G berskala luas."

Latar Belakang VVDN: 

VVDN ialah sebuah syarikat Kejuruteraan & Pembuatan Produk yang memberi tumpuan untuk mereka bentuk & mengeluarkan produk-produk hujung-ke-hujung merentas beberapa vertikal teknologi (5G & DC, Visi, Perangkaian & Wi-Fi, IOT, Pertahanan, Awan & Aplikasi).

Untuk maklumat lanjut mengenai VVDN, sila kunjungi http://www.vvdntech.com

Latar Belakang STL - Sterlite Technologies Ltd: 

STL ialah penyepadu yang terkemuka dalam industri bagi rangkaian data.

Untuk maklumat lanjut mengenai STL, sila kunjungi https://www.stl.tech/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1155108/VVDN_STL.jpg

Contact:
Hubungan Media: 
Anushree Mittal 
anushree.mittal@vvdntech.in  
+91-9619903712 

 

Source: VVDN Technologies
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Joint ventures New products/services