omniture

Sasol Lancar Penyelesaian Berkesan Kos untuk Pasaran Minyak dan Gas: TERRAVIS PI

Sasol Limited
2020-04-16 23:12 1121

HOUSTON, 16 April 2020 /PRNewswire/ -- Kecekapan pengeluaran lebih tinggi, kos lebih rendah: Sasol, syarikat bahan kimia dan tenaga melancarkan siri produk baharu TERRAVIS PI untuk pasaran minyak dan gas di seluruh dunia.

TERRAVIS PI ialah satu alternatif kepada pilihan operasi minyak mentah parafinik berat yang mahal, khususnya di persekitaran yang lebih sejuk. Produk-produk dalam siri TERRAVIS PI baharu dapat meningkatkan keteraliran minyak mentah, lalu dapat mengurangkan kos pelarut, penebatan, utiliti dan penyingkiran mekanikal.

"Dengan siri produk TERRAVIS PI, kami menumpukan perhatian pada dua sifat minyak mentah yang penting: tegasan alah, jumlah tekanan yang diperlukan untuk mengubah bentuk keteraliran minyak mentah secara kekal dan takat curah, suhu di bawah paras minyak mentah kehilangan ciri-ciri alirannya," jelas Dr. Silke Hoppe, Ketua Pembangunan Pasaran Berbeza di Sasol Performance Chemicals. "Produk TERRAVIS PI kami dapat mencapai pengurangan tegasan alah sehingga 97% dan pengurangan takat curah sehingga 35 C° dalam pelbagai jenis minyak mentah parafinik."

"Pasukan inovasi kami telah mencipta pakej penyelesaian yang pelbagai ini untuk menyediakan pelanggan kami dengan kit alatan yang dapat memenuhi semua keperluan rawatan parafin mereka," tambah Silke Hoppe. "Sasol telahpun mencapai kejayaan yang hebat dalam ujian prestasi menerusi salah satu minyak mentah berlilin Brazil yang paling bermasalah."

Latar Belakang Sasol: 

Sasol ialah sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga bersepadu yang bertaraf global. Kami memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman kami untuk menyepadukan teknologi dan proses sofistikated ke dalam kemudahan operasi berskala dunia kami. Kami mendapatkan sumber, mengeluarkan dan memasarkan pelbagai jenis aliran produk bernilai tinggi dengan selamat dan mampan dalam 31 negara, mencipta nilai unggul buat pelanggan kami, pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain.

Dikeluarkan oleh: 

Alex Anderson, Pengurus Kanan: Komunikasi Luar Kumpulan
Talian terus: +27 (0) 10 344 6509; Mudah alih: +27 (0) 71 600 9605
alex.anderson@sasol.com 

Matebello Motloung, Pengurus: Perhubungan Media Kumpulan
Talian terus: +27 (0) 10 344 9256; Mudah alih: +27 (0) 83 773 9457
matebello.motloung@sasol.com

Torsten Titze, Pengurus Komunikasi Kimia Prestasi
Talian terus: +49 40 63 684 1434
Torsten.Titze@de.sasol.com

Source: Sasol Limited
Related Stocks:
Berlin:SAOA Dusseldorf:SAOA Frankfurt:SAOA Munich:SAOA NYSE:SSL OTC:SASOF Stuttgart:SAOA
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Gas Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities New products/services