H3C menerima era transformasi digital
BEIJING, 25 April 2020 /PRNewswire/ -- Menerusi pembangunan 5G, IoT, AI, awan dan teknologi canggih yang lain, transformasi digital mempercepatkan evolusi kaedah-kaedah operasi masyarakat. Bahkan, IDC meramalkan bahawa menjelang tahun 2022, ekonomi digital akan menyumbang sebanyak 60% daripada ekonomi dunia keseluruhan. Dengan kesan global wabak COVID-19, keperluan untuk transformasi digital dan pintar sebagai suatu cara hidup telah menjadi lebih daripada keutamaan penting untuk H3C.
H3C, peneraju dalam penyelesaian digital, mengadakan NAVIGATE 2020 dalam talian bertema "Smart-Volution" mulai 20 hingga 25 April ini. H3C melancarkan secara rasminya AI baharu dalam Semua strategi kecerdasan dan memperkenalkan Projek Otak Digital H3C 2020. Di samping itu, ia juga melancarkan beberapa produk dan teknologi inovatif yang berkaitan dengan platform digital pintar selain memanfaatkan penyelesaian bersepadu bagi membantu industri-industri mengatasi dengan lebih baik dan mencapai tahap transformasi pintar yang lebih tinggi.
Cadangan strategi kecerdasan baharu ini memperlihatkan pandangan dan pemikiran baharu oleh H3C terhadap revolusi pintar global. "Dengan pembangunan pesat dalam ekonomi digital global, permintaan terhadap transformasi digital dalam pelbagai negara terus berkembang," tegas Gary Huang, Presiden Jabatan Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C. "Kami percaya bahawa industri digital global mempunyai potensi pembangunan yang besar dan ini memerlukan penyertaan daripada lebih banyak perusahaan yang berupaya untuk menginovasi teknologi digital dan pintar. Kami akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kami sendiri, merebut peluang pasaran, menyediakan nilai transformasi digital yang terbaik untuk pelanggan kami di dalam dan luar negara serta menjadi pendorong yang penting untuk transformasi pintar global."
Pada tahun 2019, H3C menembusi pasaran luar negara dengan jenama bebas namanya sendiri, membantu negara-negara mempercepatkan transformasi digital mereka. Kini, ia telah membangunkan perniagaan dalam tujuh pasaran luar negara (Malaysia, Thailand, Indonesia, Pakistan, Rusia, Kazakhstan dan Jepun) serta menembusi industri-industri teras dengan keadaan dan keperluan akses yang tinggi, termasuk kewangan, pembawa dan kerajaan.
Hasilnya, H3C akan mempercepatkan pengembangan pasaran luar negaranya. "Pasaran antarabangsa akan menjadi titik pertumbuhan utama untuk perniagaan masa depan H3C. Dalam tiga hingga lima tahun akan datang, H3C akan terus mengoptimumkan susun atur sistem saluran globalnya, meningkatkan penyertaannya secara aktif dalam pasaran antarabangsa dan memudahkan transformasi digital lebih ramai pelanggan luar negara bermula daripada reka bentuk peringkat tinggi kepada pelaksanaan teknologi melalui penyelesaian bersepadu hujung-ke-hujung yang utama dalam industri," kata Gary Huang.
Berdasarkan keadaan pasaran luar negara yang pelbagai, H3C akan menjadikan strategi kecerdasannya sebagai panduan dan menggunakan Projek Otak Digitalnya bagi mempromosikan dan membenamkan dengan kukuh pencapaian inovatifnya serta amalan teknologi ke dalam industri-industri teras setempat. Ia akan mencipta penyelesaian digital yang lengkap bersama rakan kongsinya dan menyokong pembinaan digital pelbagai negara melalui kapasiti kukuhnya untuk mengintegrasikan AI, data raya dan pengkomputeran awan, berkembang bersama ekosistem industri global.
Latar Belakang H3C
H3C ialah peneraju industri bagi penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan kami yang paling dipercayai dalam usaha mereka ke arah inovasi perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, mencakupi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, sekuriti dan domain berkaitan serta menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif termasuk pengkomputeran awan, data raya, kesalinghubungan, sekuriti maklumat, keselamatan baharu, Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, selain perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.
Untuk maklumat lanjut mengenai H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/
Ikuti berita terkini H3C di LinkedIn
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200423/2784816-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200423/2784816-1-b?lang=0