omniture

Sai Life Sciences Sertai Projek 'COVID Moonshot' Global

Sai Life Sciences
2020-05-08 11:39 944

HYDERABAD, India, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah sebuah Organisasi Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CDMO) yang berkembang paling pantas di India, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan projek COVID Moonshot yang bertujuan untuk menghasilkan calon ubat antivirus yang berkesan terhadap COVID-19. Dengan sumbangan perkhidmatan pasukan Ahli Kimia Perubatan dan infrastruktur sokongan, Sai Life Sciences akan membantu mensintesis dan memprofilkan analog untuk NCE dan sebatian lain yang diketahui sebelum ini yang diuji untuk virus-virus lain.

Sai Life Sciences joins the global ‘COVID Moonshot’ project
Sai Life Sciences joins the global ‘COVID Moonshot’ project

PostEra, sebuah syarikat bioteknologi yang mengkhusus dalam pembelajaran mesin untuk penemuan ubatan, menerajui inisiatif ini. Bersama-sama mereka ialah pakar-pakar terkemuka dalam bidang penemuan ubat-ubatan pengkomputeran, sintesis kimia dan cerakinan biokimia. Dalam tempoh tiga bulan sejak ia bermula pada Februari tahun ini, pasukan ini telahpun mengenal pasti lebih 60 'serpihan' yang disahkan melalui eksperimen yang menyasarkan dengan berkesan protein penting yang dikaitkan dengan COVID-19. Kini ia telahpun dibuka untuk inisiatif pendanaan awam bagi mempercepatkan pembangunan calon ubat berpotensi daripada serpihan ini dan menerima lebih 4,000 penyerahan daripada penyumbang di seluruh dunia.

Mengalu-alukan Sai Life Sciences ke dalam konsortium ini, Ketua Pegawai Eksekutif PostEra, Aaron Morris, berkata, "Kami amat bersyukur atas sumbangan Sai Life Sciences untuk projek ini. Mereka membantu mengambil idea sumber orang ramai yang paling menyakinkan daripada platform Moonshot dan menukarkan idea ini menjadi realiti kimia. Kemurahan hati seperti ini memberi kami harapan bahawa projek yang inovatif ini dapat mencapai sesuatu yang menjadi perintis dalam pencarian kami untuk antivirus COVID yang berkesan."  

Mengulas mengenai penyertaannya dalam projek ini, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences, Krishna Kanumuri, berkata, "Kami berbesar hati untuk menyertai inisiatif global yang penting ini. Pendekatan konsortium untuk mencari rawatan buat pesakit dalam memerangi COVID-19 merupakan usaha yang wajar dilakukan dan sesuatu yang benar-benar selari dengan tujuan kami untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi mempercepatkan penyelesaian untuk menambah baik kehidupan."

Sepanjang dua dekad yang lalu, Sai Life Sciences telah membina portfolio perkhidmatan Penemuan NCE pada asas platform sintesis kimia yang mantap. Hari ini, syarikat ini menawarkan syarikat-syarikat bioteknologi dan farmaseutikal perintis dengan spektrum penuh perkhidmatan Penemuan daripada ID Sasaran & Pengesahan sehingga IND, selain daripada suit keupayaan mantap dalam pembangunan NCE dan pembuatan cGMP.

Latar Belakang Sai Life Sciences

Sai Life Sciences ialah CDMO khidmat penuh yang didorong oleh wawasan untuk menyokong pelancaran 25 ubat baharu menjelang tahun 2025. Ia bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi perintis di seluruh dunia, mempercepatkan penemuan, pembangunan dan pembuatan molekul kecil yang rumit. Sebuah CDMO bidang khusus, Sai Life Sciences menyediakan set program pembangunan NCE yang pelbagai, tekal memberi nilai berdasarkan kualiti dan kesambutannya. Hari ini, ia bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal besar yang terkemuka, selain beberapa syarikat farmaseutikal & bioteknologi bersaiz kecil dan sederhana. Sai Life Sciences ialah syarikat milik persendirian dan disokong oleh pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. www.sailife.com

Untuk maklumat lanjut

Sriram Gopalakrishnan
contact@sailife.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1164629/Sai_Life_Sciences_COVID_Moonshot.jpg 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg

 

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Joint ventures New products/services