omniture

Merck Beri Kebenaran Paten A.S. untuk Teknologi CRISPR-Cas9 Asas

Merck
2020-05-11 22:32 216

-  Teknologi menyediakan lebih banyak alat untuk memerangi penyakit yang sukar dirawat

-  Perniagaan Life Science melesenkan secara aktif teknologi CRISPR-Cas9 untuk kegunaan terapeutik dan kegunaan lain

-  Komited terhadap penggunaan beretika teknologi penyuntingan genom 

DARMSTADT, Jerman, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa dua paten penyuntingan genom terbantu CRISPR-Cas9 telah dibenarkan di Amerika Syarikat. Kebenaran ini memberi peluang kepada Merck untuk menyokong para saintis dan penyelidik A.S. dalam usaha mereka untuk memajukan dan melindungi program pembangunan terapi gen. Syarikat ini sedang berbincang secara aktif untuk melesenkan teknologi asasnya bagi kegunaan terapeutik dan kegunaan lain dan mencari rakan kerjasama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk.

As a leading innovator of CRISPR genome-editing technology, Merck will license this technology to ensure that the full potential of the tool is realized, ethically and responsibly.
As a leading innovator of CRISPR genome-editing technology, Merck will license this technology to ensure that the full potential of the tool is realized, ethically and responsibly.

"Ini merupakan berita yang penting untuk penyelidik, memandangkan belahan dan integrasi DNA berasaskan CRISPR merupakan asas untuk banyak aplikasi penyuntingan genom dan boleh digunakan untuk membangunkan terapi diperibadikan," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Sebagai penginovasi yang terkemuka bagi teknologi CRISPR, kami akan melesenkan teknologi ini bagi memastikan potensi penuh alat berkuasa ini direalisasikan, secara bertanggungjawab dan beretika, dalam seluruh komuniti saintifik. Kami berharap dapat meneruskan kerja-kerja kami bersama rakan akademik dan industri bagi membawa inovasi kolektif terbaik kami untuk memerangi penyakit yang paling sukar ini dan meningkatkan kesihatan manusia."

Kebenaran terkini ini meliputi teknologi belahan dan integrasi CRISPR-Cas9 Merck yang membolehkan penyelidik untuk menggantikan mutasi berkaitan penyakit dengan jujukan bermanfaat atau berfungsi atau menghapuskan mutasi berkenaan, yang biasa disebut sebagai "knock in" (pemasukan) dan "knock out," (penyingkiran) kaedah-kaedah kritikal bagi penciptaan model penyakit dan pembangunan terapi gen.

Pemberian kebenaran ini menandakan paten CRISPR ke-25 dan ke-26 seluruh dunia yang menjadi milik Merck dan yang ketiga dan keempat di A.S. Syarikat ini mempunyai paten CRISPR yang diberikan di Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan dengan pemfailan paten berkaitan di Brazil, India dan Jepun.

Teknologi CRISPR ialah kecekapan utama untuk Merck, yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun dengan penyuntingan genom, mencakupi penemuan hingga pembuatan. Syarikat membangunkan teknologi dalam pelbagai aplikasi penyuntingan genom, termasuk penyingkiran gen, integrasi gen dan pustaka CRISPR untuk penyaringan genetik. Merck menerima paten A.S. pertamanya pada bulan Februari 2019 untuk teknologi proksi-CRISPR, yang menjadikan penyuntingan genom lebih cekap, fleksibel dan khusus.

Merck berpendapat bahawa kini tiba masanya untuk pemegang kepentingan harta intelek CRISPR yang utama berhimpun bagi memudahkan akses teknologi untuk syarikat-syarikat yang menjalankan penyelidikan berasaskan CRISPR melalui perjanjian pengumpulan paten. Merck dan The Broad Institute mengumumkan perjanjian kolaborasi mereka untuk pelesenan paten CRISPR pada bulan Julai 2019.

Syarikat mengiktiraf bahawa penyuntingan genom telah menghasilkan kemajuan besar dalam penyelidikan biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, potensi teknologi penyuntingan genom yang semakin berkembang telah menimbulkan kebimbangan saintifik, undang-undang dan masyarakat. Merck menyokong penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan standard etika dan undang-undang yang teliti. Merck telah menubuhkan Panel Penasihat Bioetika luar yang bebas, untuk memberi panduan penyelidikan yang melibatkan perniagaannya, termasuk penyelidikan mengenai atau penggunaan penyuntingan genom dan telah membangunkan, menentukan dan telus menerbitkan Prinsip Teknologi Penyuntingan Genom yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang menyakinkan untuk digunakan dalam aplikasi penyelidikan.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, syarikat ini berada di merata tempat. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1165781/CRISPRimage2020.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Patent Law