omniture

Chainalysis Sertai Smart Contract Security Alliance

Smart Contract Security Alliance
2020-05-13 00:14 79

SAN FRANCISCO, 13 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Chainalysis, syarikat analisis rantaian blok, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Smart Contract Security Alliance (SCSA), satu kolaborasi mantap pemimpin-pemimpin industri yang mencadangkan piawaian dan garis panduan keselamatan untuk rantaian blok. Chainalysis, yang menyediakan teknologi penyelidikan dan pematuhan untuk perniagaan mata wang kripto, institusi kewangan dan agensi kerajaan, akan menyediakan kepimpinan pemikiran dipacu data menerusi perikatan untuk perniagaan bagi memahami dengan lebih baik risiko serta peluang yang berkaitan dengan jenayah dan pasaran mata wang kripto.

Chainalysis, the blockchain analysis company, today announced its partnership with the Smart Contract Security Alliance (SCSA), an established collaboration of industry leaders that recommend security standards and guidelines for the blockchain.
Chainalysis, the blockchain analysis company, today announced its partnership with the Smart Contract Security Alliance (SCSA), an established collaboration of industry leaders that recommend security standards and guidelines for the blockchain.

"Kami berusaha untuk membina standardnya," kata Richard Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp, pemimpin dalam keselamatan rantaian blok yang memulakan SCSA. "Dari masa ke masa, lebih banyak syarikat akan menyertai SCSA dan menyediakan bahagian kod serta dasar mereka; pandangan mengenai jenayah mata wang kripto daripada syarikat analisis rantaian blok yang terkemuka merupakan penambahan yang dialu-alukan untuk kepakaran keselamatan rantaian blok mendalam SCSA."

"Chainalysis wujud untuk membina kepercayaan dalam rantaian blok dan salah satu daripada strategi kami untuk melakukannya adalah dengan menunjukkan ketelusannya dengan menawarkan pandangan mengenai aktiviti mata wang kripto," kata Jason Bonds, Ketua Pegawai Hasil, Chainalysis. "Kami teruja untuk menyertai SCSA bagi mencetuskan lagi kesedaran mengenai penggunaan dan penyalahgunaan mata wang kripto."

Chainalysis KYT, alat pematuhannya, membolehkan perniagaan mata wang kripto dan institusi kewangan untuk memantau sejumlah besar aktiviti mata wang kripto dan mengenal pasti transaksi yang berisiko tinggi. Chainalysis Reactor, alat penyelidikannya, membantu agensi penguatkuasaan undang-undang menyelidik lebih lanjut kegiatan jenayah seperti penipuan, pemerasan dan pengubahan wang haram melalui rantaian blok. Chainalysis Kryptos membantu institusi kewangan menilai peluang baharu dan menavigasi risiko dalam mata wang kripto berdasarkan butiran Kenali Pelanggan Anda (Know Your Customer, KYC) dan data rantaian blok yang paling dipercayai dalam industri.

Kajian Chainalysis merangkumi laporan Jenayah Kripto 2020 yang dipaparkan dalam Wall Street Journal, The New York Times, Forbes, Fortune dan Bloomberg.

Organisasi-organisasi ahli Smart Contract Security Alliance bekerjasama untuk menerbitkan setiap artikel. Chainalysis akan membantu memperluaskan badan himpunan artikel ini bagi tujuan panduan dan standard industri jangka panjang. Mereka turut bergabung dengan Fujitsu R&D Center, NRI Secure, MythX, Blockgeeks, Layer X, National University of Singapore Crystal Centre School of Computing dan Quantstamp.

Lebih lanjut di SmartContractSecurityAlliance.com

Latar Belakang Chainalysis
Chainalysis ialah syarikat analisis rantaian blok yang menyediakan data dan analisis kepada agensi kerajaan, bursa dan institusi kewangan merentas 40 negara. Alat penyelidikan dan pematuhan, pendidikan serta sokongan kami mewujudkan ketelusan dalam rantaian blok agar pelanggan kami dapat terlibat secara yakin dengan mata wang kripto. Disokong oleh Accel, Benchmark dan nama-nama terkemuka yang lain dalam modal usaha niaga, Chainalysis membina kepercayaan dalam rantaian blok. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.chainalysis.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1165615/Chainalysis_Press_release_3__1.jpg

 

Source: Smart Contract Security Alliance
Keywords: Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Blockchain