omniture

Semakin Ramai HNWI Cina Cari Pelan B Dengan Kerakyatan melalui Pelaburan Daripada St Kitts and Nevis, Lapor Pakar

CS Global Partners
2020-05-15 08:00 114

LONDON, 15 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Semakin ramai warga Cina bertanyakan mengenai kerakyatan melalui pelaburan (CBI), dengan Persekutan St Kitts and Nevis dilihat menjadi pilihan yang jelas bagi pasaran. Dalam episod baharu audio siar Pelan B oleh CS Global Partners penasihat yang beribu pejabat di London, pakar dalam pasaran Cina menjelaskan mengenai trend imigrasi semasa dan keutamaan untuk pelabur Cina. St Kitts and Nevis menjadi pilihan utama bagi mereka yang tercari-cari kerakyatan kedua, hasil kelebihan pengalaman negara ini selama 36 tahun, usaha wajar yang andal dan keupayaan untuk memproses permohonan dalam 45 hingga 60 hari.

Vicky Ma, Pengurus pasukan Pemasaran China di CS Global Partners di London – yang diberikan mandate oleh kerajaan St Kitts and Nevis untuk mempromosikan Program Kerakyatan melalui Pelaburannya di seluruh dunia – berkata firma ini telah mengendalikan sejumlah pertanyaan yang tinggi daripada ejen-ejen yang memberi nasihat kepada HNWI Cina. Beliau mencadangkan agar pelabur mencari kerakyatan kedua sebagai Pelan B, satu langkah jaminan semasa berlakunya krisis bagi memberi lebih kebebasan.

"Walaupun masih belum jelas apakah kesan jangka panjang daripada krisis COVID-19 yang mungkin terjadi, dalam tempoh jangka pendek, kami menyaksikan peningkatan minat dari China," kata Cik Ma. "Di CS Global Partners, kami dapat melihat dengan jelas permintaan dan pertanyaan daripada ejen serta pelanggan Cina. Saya berpendapat bahawa alasan perubahan ini adalah kerana lebih ramai individu bernilai bersih tinggi dan lebih ramai pelanggan Cina mula menyedari bahawa amat penting buat mereka mempunyai Pelan B, bagi menghadapi semua krisis dan mengatasi ketidaktentuan. Dalam masa yang sama, mereka inginkan jaminan. Program CBI merupakan jawapan yang tepat untuk Pelan B. Ia dapat memberikan mereka lebih banyak pilihan dan peluang untuk menangani krisis dan juga mendapat lebih mobiliti dan kebebasan."

Dari segi penyelesaian imigrasi pelabur yang menjadi pilihan pasaran Cina masa kini, Cik Ma percaya bahawa tawaran daripada Caribbean menonjol setakat ini. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kelayakan mereka dan faedah-faedah yang bertahan lebih lama.

"Bagi pelabur Cina, terdapat banyak kelebihan mendapat kerakyatan kedua daripada negara-negara Caribbean. Pertama, St Kitts and Nevis sangat terkenal dan amat popular di China pada masa kini. Tambahan pula, program Caribbean telah menjalankan usaha wajar amat ketat yang memberikan program ini ciri keselamatan dan memberi keyakinan kepada negara berkenaan untuk mengesahkan bahawa mereka menerima pemohon yang bagus kualitinya. Pelabur Cina meletakkan kepentingan dan perhatian yang tinggi terhadap keandalan dan kepercayaan, maka penting untuk memilih program yang stabil dan selamat."

Pakar London berkata bahawa St Kitts and Nevis ialah salah satu daripada tiga pilihan teratas yang paling banyak ditanya oleh pelabur Cina. Pelabur melihatnya sebagai penyelesaian yang boleh dipercayai, kalis kesilapan dan cekap untuk kerakyatan kedua.

"Daripada semua program CBI, bagi saya program Caribbean adalah amat popular pada masa kini di China, seperti St Kitts and Nevis […] yang ditubuhkan pada tahun 1984. Sebagai negara pertama yang melaksanakan kerakyatan melalui pelaburan, St Kitts and Nevis diiktiraf oleh industri sebagai Piawaian Platinum. Mereka turut menyediakan ciri Proses Permohonan Dipercepatkan, yang dikenali sebagai pilihan AAP. Ini dapat membantu pelanggan mendapat kelulusan pada dasarnya dalam tempoh 60 hari."

Pilihan dana kekal sebagai laluan paling pantas mendapat kerakyatan daripada St Kitts and Nevis. Perdana Menteri Timothy Harris memperkenalkan Dana Pertumbuhan Mampan dua tahun lalu, yang mana pemohon membuat sumbangan sekali sahaja kepada dana kerajaan. Ini dapat meningkatkan ketelusan dan mempercepatkan proses. Setelah diluluskan, penduduk St Kitts and Nevis boleh melakukan perjalanan tanpa memerlukan visa ke lebih 150 negara dan wilayah, dengan Menteri Luar Mark Brantley kerap mengumumkan lebih banyak perjanjian pengecualian visa.

pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel New products/services Survey, Polls & Research Legal Services