omniture

Cipla Meterai Perjanjian Pelesenan Dengan Gilead Perluas Akses untuk Rawatan COVID-19

Cipla
2020-05-15 11:11 69

MUMBAI, India, 15 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Cipla Limited (BSE: 500087) (NSE: CIPLA EQ) (dan selanjutnya dirujuk sebagai "Cipla") hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pelesenan bukan eksklusif dengan Gilead Sciences, Inc. bagi tujuan pembuatan dan pengedaran ubat percubaan Remdesivir, yang telah diberikan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA) bagi merawat pesakit COVID-19. Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada usaha Cipla untuk meningkatkan akses global kepada rawatan yang menyelamatkan nyawa untuk pesakit yang terkesan oleh pandemik ini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Cipla akan dibenarkan untuk mengeluarkan produk API dan Siap ini dan memasarkannya dalam 127 negara termasuk India dan Afrika Selatan di bawah nama jenama Cipla sendiri. Cipla akan menerima kepakaran pembuatan daripada Gilead Sciences, Inc. untuk mengeluarkan produk API dan Siap pada skala komersial. Jejak geografi dan komersial Cipla yang luas akan membantu menjadikan terapi ini boleh diakses kepada lebih ramai pesakit dan pasaran.

Menurut penjejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan telah melebihi paras empat juta di seluruh dunia.

EUA akan memudahkan penggunaan Remdesivir yang lebih luas bagi merawat pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan simptom-simptom teruk COVID-19. EUA adalah berdasarkan data yang tersedia daripada dua percubaan klinikal global – kajian Fasa 3 dikawal plasebo terhadap pesakit yang mengalami simptom-simptom sederhana hingga teruk COVID-19 oleh US National Institute for Allergy and Infectious Diseases dan kajian Fasa 3 global Gilead yang menilai Remdesivir terhadap pesakit dengan penyakit yang teruk. Beberapa percubaan klinikal tambahan sedang dijalankan bagi menghasilkan lebih banyak data berhubung keselamatan dan keberkesanan Remdesivir sebagai rawatan berpotensi untuk COVID-19. Remdesivir terus menjadi ubat percubaan yang masih belum diluluskan oleh FDA.

Mengulas mengenai perkongsian ini, En. Umang Vohra (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Global, Cipla Limited) berkata, "Ketika dunia berhadapan dengan krisis COVID-19, penting agar kami berkolaborasi dan memerangi virus ini bersama-sama. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Gilead untuk tujuan ini dan membawa rawatan ini kepada pesakit merentas negara-negara selepas mendapat kelulusan kawal selia yang diperlukan. Di Cipla, usaha berterusan kamilah yang memastikan agar tiada pesakit yang dinafikan akses kepada rawatan yang menyelamatkan nyawa. Perkongsian kami bersama Gilead menonjolkan komitmen tidak berbelah bahagi ini dan merupakan langkah yang penting ke arah menyelamatkan berjuta-juta nyawa setap hari yang terjejas oleh pandemik ini."

Latar Belakang Cipla 

Ditubuhkan pada tahun 1935, Cipla ialah sebuah syarikat farmaseutikal global yang memberi tumpuan pada pertumbuhan yang tangkas dan mampan, generik kompleks dan mengukuhkan portfolio dalam pasaran asal kami di India, Afrika Selatan, Amerika Utara dan juga pasaran dikawal selia serta baru muncul yang utama. Kekuatan kami dalam segmen respiratori, anti-retroviral, urologi, kardiologi, anti-jangkitan dan CNS telahpun diketahui. Sebanyak 46 tapak pengeluaran kami di seluruh dunia mengeluarkan lebih 50 bentuk dos dan lebih 1,500 produk menggunakan platform teknologi canggih bagi menampung lebih 80 pasaran kami. Cipla tersenarai di tempat ketiga yang terbesar dalam bidang farmaseutikal di India (IQVIA MAT Mar'20), ketiga terbesar dalam pasaran persendirian farmaseutikal di Afrika Selatan (IQVIA MAT Mar'20) dan merupakan antara pengusaha generik yang paling banyak dikeluarkan di A.S. Selama lebih lapan dekad, melakukan perubahan terhadap pesakit telah menginspirasikan setiap aspek kerja Cipla. Tawaran perubahan paradigma kami bagi terapi anti-retroviral tigaan dalam HIV/AIDS pada nilai kurang daripada satu dolar sehari di Afrika pada tahun 2001 diiktiraf secara meluas kerana telah menyumbang untuk membawa keterangkuman, kebolehcapaian dan kemampuan untuk menjadi pusat pergerakan HIV. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pendekatan kemanusiaan Cipla terhadap penjagaan kesihatan dalam mencapai tujuannya untuk 'Menjaga Kehidupan' ('Caring for Life') serta hubungan komuniti yang berakar umbi di mana sahaja ia berada menjadikannya sebagai rakan kongsi pilihan oleh badan kesihatan global, rakan setara dan semua pemegang kepentingan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cipla.com, atau klik di TwitterFacebookLinkedIn.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/947146/Cipla_Logo.jpg  

 

 

 

Source: Cipla
Related Stocks:
Bombay:500087 Bombay:CIPLA.BO India:CIPLAEQ India:EQCIPLA OTC:CPLFY OtherOTC:CPLFY
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Public Interest