SINGAPURA, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Apabila data diproses, disusun dan dipersembahkan dalam konteks yang diberikan, ia menjadi maklumat bermakna yang dapat memajukan kehidupan harian kita. Ketua Pegawai Digital Toshiba, Taro Shimada berkongsi lebih lanjut bagaimana Toshiba Data Corporation, yang baru ditubuhkan pada tahun 2020, bertujuan untuk meneroka kemungkinan bagi memanfaatkan data harian untuk merealisasikan faedah-faedah yang ketara buat masyarakat.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202005.shtml
'
Bermula Dengan Data 1.0 kepada Data 2.0
Menurut anggaran oleh IDC (International Data Corporation), jumlah keseluruhan data di dunia akan bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dari tahun 2018 hingga 2025 - kenaikan data yang benar-benar mendadak hanya dalam tempoh tujuh tahun. Pertumbuhan ini juga dijangka berterusan. Toshiba percaya bahawa jumlah data yang terhasil daripada dunia fizikal - perkara-perkara seperti peralatan perkilangan dan sistem pengangkutan - akan jauh melebihi data yang terhasil dalam perniagaan siber.
Menerusi penawaran dan penglibatan oleh syarikat dalam sistem titik jualan (POS), jentera perindustrian dan infrastruktur sosial, Toshiba boleh mentranskripsikan data daripada dunia fizikal, memasukkannya ke dalam ruang siber dan kemudian menggabungkan data baharu ini dengan data siber yang sudah sedia ada bagi mencipta sesuatu yang bernilai.
Syarikat ini memberi tumpuan untuk mengumpulkan data tingkah laku pengguna dalam dunia fizikal dan dengan kebenaran mereka atau setelah menjadikan data ini tanpa nama, menyerahkan semula nilai yang dihasilkan kepada pengguna. Pelbagai penyedia perkhidmatan dapat menyediakan tawaran pelanggan yang berbeza mengikut data yang dikumpulkan.
Satu contoh ialah 'Smart Receipt' ('Resit Pintar') yang dibangunkan oleh Toshiba TEC Corporation, sistem Smart Receipt yang mendigitalkan resit kertas yang akan diterima oleh pelanggan apabila mereka membuat bayaran di kedai-kedai. Bergantung pada sejauh mana ia diaplikasikan, ia juga dapat digunakan sebagai mekanisme untuk vitalisasi serantau.
Toshiba Data sedang mempertimbangkan untuk menawarkan sokongan pengurusan kepada institusi-institusi perubatan. Melalui jalinan kerjasama dengan penyedia-penyedia yang lain, Toshiba berhasrat untuk membantu institusi-institusi perubatan menganalisis data pesakit dan mengenal pasti pelbagai penyakit pra-simptomatik bagi tujuan pemantauan kesihatan. Dalam menangani cabaran, Toshiba Data komited untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan semua pihak mendapat manfaat daripada data.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200512/2801537-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200512/2801537-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200512/2801537-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200512/2801537-1-d?lang=0