omniture

Trina Solar diiktiraf sebagai pengeluar modul "Pengamal Terbaik" buat enam kali berturut-turut

Trina Solar Co., Ltd
2020-05-29 00:57 501

CHANGZHOU, China, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, diiktiraf sebagai "Pengamal Terbaik" atas keandalan dan prestasi produk yang cemerlang antara pengeluar-pengeluar modul PV global oleh PV Evolution Labs (PVEL), makmal ujian bebas terkemuka untuk industri solar hiliran global.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada hanya dua pengeluar modul PV dengan jangkauan seluruh dunia yang memperoleh pengiktirafan buat kali keenam berturut-turut sejak designasi Pengamal Terbaik diwujudkan.

Pengiktirafan ini adalah berdasarkan keputusan daripada Program Kelayakan Produk (PQP), dipaparkan dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2020 yang dikeluarkan oleh PVEL, berikutan pemeriksaan kilang dalam 18 bulan sehingga ke tahun 2020. Dengan tumpuan untuk menilai prestasi modul PV dari segi kitaran terma, haba lembap, beban mekanikal dinamik, degradasi teraruh berpotensi, fail PAN dan sebagainya, PQP diwujudkan untuk mengiktiraf secara bebas pengeluar-pengeluar yang mengatasi pesaing mereka dalam kualiti dan ketahanan produk serta menyediakan pembeli peralatan PV dan pelabur loji janakuasa dengan data keandalan dan prestasi yang bebas dan tekal yang menyokong pengurusan pembekal yang berkesan.

Tristan Erion Lorico, ketua Perniagaan Modul PV di PVEL, berkata: "Prestasi terbaik yang tekal dalam Kad Skor Keandalan Modul PV PVEL menunjukkan komitmen pihak pengeluar terhadap kualiti produk. Apabila produk-produk baharu diperkenalkan, pengeluar-pengeluar perlu mematuhi piawaian kawalan kualiti yang ketat bagi mengekalkan tahap keandalan dan prestasi yang tinggi terhadap produk-produk mereka. Kami berbesar hati untuk mengiktiraf Trina Solar sebagai Pengamal Terbaik sekali lagi dan kami berharap dapat menguji produk-produk Trina pada masa akan datang tatkala syarikat ini terus menginovasi."

Yin Rongfang, naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar, berkata: "Sangat menggembirakan apabila dapat melihat Trina Solar diiktiraf sebagai Pengamal Terbaik buat kali keenam berturut-turut oleh pihak ketiga yang berwibawa seperti PVEL. Dengan pengetahuan teknikal selama lebih 20 tahun, Trina Solar komited terhadap kelestarian melalui penghantaran modul yang berkuasa tinggi, amat cekap dan berprestasi terbaik dengan kualiti serta keandalan yang terbukti.

"Kuasa PV menonjolkan penyelesaian dalam tempoh jangka panjang, stabil dan lestari. Kami berharap dapat menjadi pembekal pilihan untuk lebih ramai bakal rakan kongsi, menyediakan mereka dengan modul dengan keandalan yang tinggi dan berkuasa ultra tinggi seperti modul Vertex. Modul-modul berprestasi terbaik ini akan terus mempercepatkan penggunaan kuasa PV di seluruh dunia dengan meningkatkan lagi kos keseimbangan sistem dan kos elektrik teraras."

Pautan foto: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/067_4972_h_1.jpg
Kapsyen foto: Trina Solar diiktiraf sebagai Pengamal Terbaik buat kali keenam berturut-turut

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh untuk tenaga solar dan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar juga telah menjadi peneraju dalam dunia IoT (internet pelbagai benda) tenaga. Ia komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor yang baharu dan baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards Survey, Polls & Research