omniture

QuadTalent Kumpul lebih US$20j dalam Siri A, dipimpin oleh Gaorong Capital

QuadTalent
2020-06-10 11:34 2403

SHENZHEN, China, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ -- QuadTalent, penyedia penyelesaian transformasi digital, telah menutup pusingan pembiayaan Siri-A bernilai US$21 juta yang dipimpin oleh Gaorong Capital, dengan anggaran nilaian pasca-wang hampir sebanyak US$200 juta. QuadTalent ditubuhkan pada Ogos 2019 oleh Dr. Wanli Min, bekas Ketua Saintis Kecerdasan Mesin Alibaba Cloud. Syarikat ini menyediakan teknologi data berorientasikan nilai dan penyelesaian transformasi digital kepada pelanggan perusahaan dalam industri-industri yang kritikal dari segi sosial.

Min berkelulusan Ph.D dalam bidang Statistik daripada University of Chicago dan tamat pengajian Gifted Youth Program daripada University of Science and Technology of China pada usia 19 tahun. Sebelum menubuhkan QuadTalent, beliau memegang jawatan-jawatan penyelidikan dan pengurusan kanan di firma-firma teknologi dan institusi-institusi penyelidikan terkenal termasuk IBM, Google dan Alibaba. Pada Jun tahun lalu, Min menubuhkan dana ekuiti persendirian intrinsik-teknologi, North Summit Capital. Dana tersebut dan QuadTalent bekerjasama erat di bawah model "teknologi + modal", yang mana kedua-duanya meneroka dan menemui potensi penciptaan-nilai dalam industri-industri tradisional intensif-nilai dan data bagi mencipta peluang-peluang pelaburan.

Tidak seperti produk SaaS (Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan) B2B biasa yang menawarkan fungsi-fungsi generik, QuadTalent menyesuaikan penyelesaian teknologi termaju bagi menangani keadaan penggunaan berimpak tinggi yang mana algoritma AI dan pengkomputeran awan dapat membantu mengeksploitasikan aset data demi menyerlahkan nilai yang besar. Bagi mencetuskan kesan sedemikian, QuadTalent menyediakan tawaran 'Penyelesaian-sebagai-satu-Perkhidmatan B4B' imersif yang merangkumi perundingan dan pelaksanaan transformasi digital, menyelaraskan keutamaan perniagaan yang strategik dengan pencapaian serta hala tuju teknologi yang berorientasikan nilai.

Sejak tahun 2015, pasukan utama QuadTalent berjaya menyerahkan lebih 100 projek transformasi digital dalam 8 industri, membantu pelanggan menjana pendapatan sebanyak beberapa bilion RMB. Dengan memanfaatkan pengalaman luas yang berkenaan, QuadTalent telahpun meluaskan penyelesaian digital inovatif dalam industri-industri termasuk pembuatan, peruncitan, bandar pintar, infrastruktur kritikal dan logistik. Syarikat ini turut berusaha untuk mengukuhkan kehadiran melangkaui China dan telah terlibat secara aktif dalam perbincangan pelanggan di Eropah, Timur Tengah dan APAC. Min berkata, "Pada dekad yang lalu, pelbagai inovasi dipacu-teknologi muncul di China, menerajui pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan di seluruh negara. Ia memberi harapan buat aplikasi terobosan berkenaan mengurangkan kemelesetan pasca pandemik bagi lebih banyak negara."

Setakat ini, pasukan pengasas QuadTalent telah mengumpulkan sepasukan pakar teknologi dan penyelidikan gunaan yang utama dalam industri ini. Ketua Pegawai Teknologi mempunyai pengalaman seni bina platform selama 20 tahun, sewaktu beliau mereka bentuk platform e-dagang Alibaba. Ketua Pegawai Data merupakan pakar aplikasi Data Raya dan AI dengan sedekad pengalaman dalam mengemudi inisiatif transformasi digital dan menyampaikan penyelesaian pintar dipacu-data merentas industri-industri. Ketua Saintis Algoritma berkelulusan PhD dalam penyelidikan dan pengoptimuman operasi daripada Imperial College London. Menerusi jawatan terdahulu beliau, beliau pernah memimpin pasukan R&D untuk sebuah perniagaan runcit bagi mengoptimumkan rantaian blok secara automatik dengan AI, seraya dapat menjimatkan berjuta-juta kos operasi.

Komitmen Gaorong terhadap Siri A QuadTalent memperlihatkan minat yang semakin meningkat daripada pasaran modal terhadap penembusan teknologi ke dalam industri-industri tradisional. "Gaorong Capital mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai trend industri dan pengalaman rentas sektor yang luas," kata Min. "Dengan visi dan ideologi yang dikongsi bersama, kolaborasi kami terjalin secara semula jadi."

En. Bin Yue, pengasas bersama dan Rakan Pengurusan daripada Gaorong mengulas, "Sains dan teknologi merupakan daya penggerak yang penting terhadap pertumbuhan produktiviti dan kemajuan masyarakat. Kami percaya bahawa QuadTalent sudah bersiap sedia untuk menunaikan janji tersebut – pasukan pengasasnya mempunyai pengalaman yang utama dalam industri dan kelebihan teknologi yang tidak dipertikaikan. Kami menyanjungi pasukan pengasas yang cukup berani untuk mencari Kawasan Belum Pernah Diteroka. Oleh itu, kami merupakan rakan yang bersedia dalam usaha mereka untuk memberi kesan yang mendalam ke atas industri-industri dan komuniti kami."

Pelaburan ini turut membawa sinar keyakinan yang amat diperlukan terhadap industri tradisional yang tenggelam dalam pesimisme suatu krisis – tatkala bakat-bakat dan sumber-sumber bertaraf dunia beralih daripada Silicon Valley dan Wall Street ke tanah ladang, barisan pengeluaran dan lebuh raya, harapan juga turut mengalami peralihan ini.

Latar Belakang QuadTalent

QuadTalent, penyedia penyelesaian transformasi digital, ditubuhkan pada Ogos 2019 bagi menerajui penembusan teknologi data dan digital ke dalam industri-industri tradisional intensif-data yang meliputi pertanian, pembuatan, peruncitan, logistik dan penjagaan kesihatan. Firma ini menyediakan tawaran 'Penyelesaian-sebagai-satu-Perkhidmatan' imersif yang mencakupi perundingan strategi digital sehinggalah kepada pelaksanaan, penghasilan produk dan penggunaan aplikasi dipacu data dan AI bagi mendorong penciptaan nilai yang ketara. Disarikan daripada lebih 100 projek transformasi digital yang mencakupi pelbagai industri, kaedah DT proprietari QuadTalent menyediakan perlindungan yang kuat untuk inisiatif-inisiatif transformasi merentas sektor-sektor. Dengan seni bina boleh skala yang disokong dengan modul-modul yang amat boleh digunakan semula, Sistem Operasi Pintar QuadTalent menyokong penyampaian tersuai yang pantas di samping menjamin kualiti tinggi yang tekal.  

http://www.quadtalent-intl.com/

Dr. Wanli Min Bio

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif North Summit Capital dan QuadTalent Technology, Dr. Min ialah seorang pakar yang terkemuka dalam kecerdasan industri dan inovasi perniagaan yang dikuasakan oleh teknologi data serta matematik. Beliau mempelopori strategi 'teknologi + modal' bagi mempercepatkan transformasi digital dalam pelbagai industri bermula daripada e-dagang kepada pembuatan serta bandar pintar.

Dr. Min menerima Ph.D. dalam bidang statistik daripada The University of Chicago dan B.S daripada University of Science & Technology of China. Bidang penyelidikan beliau melibatkan kebarangkalian, proses stokastik, analisis siri masa, pembelajaran mesin, trafik pintar dan pemprosesan isyarat. Beliau berkhidmat sebagai penyelidik di IBM T.J. Watson Research Center, IBM Singapore dan Google sebelum menyertai Alibaba pada tahun 2013. Kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Saintis Kecerdasan Mesin untuk Alibaba Cloud, Dr. Min mengambil tanggungjawab dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi penyelesaian kecerdasan data. Pada tahun 2017, Dr. Min dinamakan oleh Forbes sebagai ahli teknologi terkemuka yang memacu revolusi AI China dan turut dilantik dalam jawatankuasa penasihat strategi AI generasi seterusnya di bawah Kementerian Sains dan Teknologi China.

Untuk Pertanyaan Media:

Rania Li
rania.li@northsummitcapital.com 
+1(647)968 8860

Source: QuadTalent
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Data Analytics