omniture

Lima Jenama Global Haier bakal Berkongsi Pentas Sama di Pameran Canton ke-127 Bawakan Penyelesaian Kediaman Pintar Terkini kepada Pelanggan Global

Haier Smart Home
2020-06-16 07:50 340

QINGDAO, China, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia, Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), mengumumkan bahawa lima jenama utamanya, Haier, GE Appliances (AS), Candy (Itali), AQUA (Jepun) dan Fisher & Paykel (Australia/New Zealand), akan hadir di Pameran Canton maya kali ke-127 untuk mempamerkan penyelesaian kediaman pintar generasi seterusnya yang disepadukan dengan IoT. Bermula dari kilang-kilang Haier ke bilik pameran yang berpangkalan di serata dunia, Haier akan memanfaatkan platform digital untuk memperkenalkan penaiktarafan kepada produk yang direka bentuk bagi mencapai ekosistem pintar senario penuh.

 

Pameran Canton ke-127 akan menggunakan format dalam talian serba baharu yang padat dengan penyelesaian jarak jauh untuk promosi produk, pemadanan dan rundingan perniagaan. Haier turut mempercepatkan transformasi digital untuk memindahkan ruang pengalaman pintarnya ke platform dalam talian dengan pelancaran Haier Smart Home App pada tahun 2019.

Bersama-sama rakan kongsi, pelanggan dan pengguna ekosistem global Haier, Haier bersedia untuk mengundang hadirin bagi menyaksikan penyelesaian kediaman pintar dengan fungsi luas yang diwujudkan bagi mewujudkan ekosistem serba guna dan saling hubung bagi memenuhi keperluan pengguna termasuk memasak, tempat tinggal, pakaian dan hiburan.

"Haier telah mengusahakan perkhidmatan digital selama bertahun-tahun. Pameran Canton maya merupakan peluang yang sempurna bukan sahaja untuk mempersembahkan penyelesaian kediaman pintar kami tetapi juga dapat berhubung dengan pelanggan," kata Qingfu Zhang, Naib Presiden Haier Overseas Electric Appliances Corp., "Dengan platform dalam talian kami dan pasukan siaran profesional, Haier menyasarkan untuk membawa penonton ke arah visi masa depan di mana IoT memberi kuasa kepada seluruh ekosistem kediaman pintar."

Sorotan utama kedua pameran berkenaan adalah lima jenama global Haier, iaitu Haier, GE Appliances (AS), Candy (Itali), AQUA (Jepun), Fisher & Paykel (Australia/New Zealand), akan berkongsi pentas yang sama untuk membawa portfolio produk yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna di negara dan wilayah yang berbeza.

Selama bertahun-tahun, Haier, bersama-sama sub-jenamanya, telah bertapak kukuh dalam pasaran global hasil daripada kapasiti inovasi dan penyelidikan & pembangunan (R&D) yang mantap. Haier juga mendemonstrasikan daya tahan yang kuat dalam pasaran global meskipun terdapatnya halangan ekonomi yang dibawa oleh pandemik ini. Pada suku pertama tahun 2020, Haier telah mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran luar negaranya dengan mencapai peningkatan jualan sebanyak 31%.

"Dengan penyelesaian kediaman pintar dan perkhidmatan setempat kami, kami komited terhadap visi kami untuk membawa kehidupan yang mesra alam dan sihat untuk isi rumah di seluruh dunia. Bermula dengan R&D dan reka bentuk kepada pembuatan dan perkhidmatan selepas jualan, Haier telah menerima pakai pendekatan bertumpu pelanggan bagi membawa lebih nilai kepada pelanggan kami," kata Zhang.

Latar Belakang Haier 

Ditubuhkan pada April 1989, Haier Smart Home Co., Ltd. (dahulunya Qingdao Haier Co., Ltd., Shanghai: 600690) ialah pembuat perkakas rumah yang terkemuka di dunia. Syarikat ini mempunyai tujuh jenama bertaraf dunia termasuk Haier, Casarte, Leader, GE Appliances-AS, Fisher & Paykel-New Zealand, AQUA-Jepun dan Candy-Itali.

Menurut Senarai Kedudukan Jenama Perkakas Utama Global 2020 Euromonitor International, jumlah jualan runcit Haier bagi perkakas isi rumah besar tersenarai di tempat pertama di peringkat dunia selama 11 tahun berturut-turut. Haier Smart Home juga merupakan sebuah syarikat Fortune Global 500.

Haier Smart Home memberi tumpuan pada penambahbaikan yang berterusan terhadap pengalaman pengguna yang terbaik bagi tujuan menyediakan pengguna dengan penyelesaian kediaman pintar, mencipta pengalaman kehidupan pintar senario-penuh serta menawarkan pilihan reka bentuk dan fungsi yang disesuaikan untuk dan oleh pengguna.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/

Video - https://cdn5.prnasia.com/202006/haier/video.mp4

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Shanghai:600690
Related Links:
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events