omniture

Menuju Tanpa Kontak Ekoran COVID-19

FORCS
2020-06-17 04:11 471

SINGAPURA, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Keadaan pandemik semasa yang berlaku di seluruh dunia telah diketahui selok belok oleh ramai orang. Tidak diragukan lagi bahawa bandar-bandar utama pada tahap ini, sesetengahnya masih dikenakan perintah berkurung sementara yang lain membuka semula ekonomi mereka secara perlahan-lahan, melancarkan inisiatif digital dan mendorong transaksi tanpa kontak. Menurut Forbes, penggunaan trafik dalam rangkaian mudah alih dan tetap telah menyaksikan kenaikan mendadak daripada 30% hingga 50%. Data ini menunjukkan bahawa orang ramai akan perlu memanfaatkan telekomunikasi demi menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dalam menjalani kehidupan, bekerja dan membeli belah secara dalam talian.

Dalam perniagaan FORCS, bilangan carian untuk borang pintar, e-Borang dan e-Tandatangan melonjak sejak bermulanya wabak coronavirus. Semakin banyak syarikat beralih ke saluran dalam talian, menggunakan borang elektronik untuk berkomunikasi bersama pelanggan mereka, mendapatkan kelulusan dan meneruskan transaksi perniagaan. Pelanggan FORCS dalam industri perbankan dan insurans kini memaksimumkan penyelesaian untuk memperoleh kelebihan maksimumnya, yang membolehkan mereka untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan cekap tanpa perlu bertemu mereka secara bersemuka.

Kajian terkini oleh Accenture menunjukkan bahawa COVID-19 akan mengubah masa depan tingkah laku pengguna secara kekal. Industri-industri peruncitan serta makanan dan minuman terjejas paling teruk, yang memaksa pemilik untuk merombak model perniagaan mereka untuk terus berniaga. Penghantaran makanan tanpa kontak dan membeli belah dalam talian telah menjadi norma baharu buat ramai pihak. Dalam industri-industri, syarikat-syarikat beradaptasi untuk menggabungkan sistem awan dan penyelesaian digital dengan pantas untuk bertindak balas terhadap perubahan tingkah laku pengguna. Bank-bank memperkenalkan kaedah baharu untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan mereka bersama pelanggan dengan menggabungkan sentuhan manusia dengan penyelesaian digital dan melayani pelanggan dari jarak yang selamat dari segi sosial.

Kerajaan di kesemua negara memainkan peranan yang amat penting bagi menyokong perniagaan dan rakyatnya. Sebilangan besar daripadanya telah memperkenalkan pakej bantuan kewangan untuk bertindak balas terhadap kesan ekonomi. Kerajaan-kerajaan ini menyeru syarikat-syarikat untuk membangunkan infrastruktur digital mereka untuk berubah secara digital sepenuhnya.

Carian di Google Trends menunjukkan trend menaik orang ramai yang mencari transformasi digital dan penyelesaian tanpa kontak. Memandangkan data dan trend mencerminkan peralihan yang sedang berlaku dari segi tingkah laku pengguna, perniagaan yang masih lagi bergantung pada konsep fizikal dan proses menggunakan kertas dianjurkan untuk menerima pakai penyelesaian digital untuk bertahan semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi ini.

Walaupun sebelum berlakunya pandemik ini, pembangunan teknologi pengisian borang menggunakan suara sedang dijalankan dalam hala tuju produk FORCS. Ciri baharu ini menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan bagi mengekstrak data yang relevan daripada perbualan lazim untuk mengisi borang elektronik. Disediakan pada peranti-peranti seperti tablet, telefon pintar dan komputer meja, FORCS menyasarkan untuk membawa pengisian borang tanpa kontak ke tahap seterusnya untuk perniagaan mahupun orang ramai.

Selain berkembang dalam organisasi FORCS, mereka juga komited untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih indah dengan memperbaiki kehidupan orang ramai. Setiap tahun, FORCS menyumbangkan 1% daripada keuntungan mereka kepada badan amal dan memulakan kempen seperti penanaman pokok dan menghantar brikuet kepada golongan miskin dan gelandangan semasa musim sejuk. Susulan daripada wabak coronavirus, Park Mi Kyung, Ketua Pegawai Eksekutif FORCS, juga merupakan Pengerusi Korea Women's Venture Association (KOVMA), mengambil bahagian dalam Flower Relay Campaign (satu inisiatif oleh KOVMA) untuk menyokong petani bunga dan pemilik perniagaan kecil-kecilan yang mengalami waktu yang sukar.

Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan FORCS telah menyaksikan peningkatan potensi perniagaan mereka selepas menerima pakai e-Borang Pintar. Secara keseluruhan, FORCS melihat banyak peluang untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia mempercepatkan transformasi digital, membawa kemudahan yang lebih besar terhadap bagaimana orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan membeli belah; kini, cara tanpa kontak dan tanpa kehilangan sentuhan manusia.

FORCS 

FORCS menyediakan penyelesaian e-Borang Perusahaan dan Pelaporan yang terbaik dalam kelas kepada organisasi-organisasi.

Ditubuhkan pada tahun 1995, kami telah membantu lebih daripada 4,000 pelanggan daripada industri-industri dalam melakukan transformasi secara digital dengan jayanya melalui teknologi tanpa kertas proprietari kami. Selama lebih 20 tahun, kami telah mendorong penggunaan teknologi tanpa kertas di Korea, lantas memenangi gelaran "Peneraju Pasaran". Bank, syarikat insurans, agensi kerajaan, hospital, firma kejuruteraan dan sebagainya mengalami pertumbuhan produktiviti dan pengurangan kos yang ketara setelah menerima pakai penyelesaian kami.

Hari ini, operasi kami mencakupi seluruh Asia dan Eropah, dengan pejabat-pejabat terletak di Korea (Ibu Pejabat), Belgium, Jepun serta Singapura dan kini bekerjasama dengan lebih 50 rakan niaga. Tersenarai awam di KOSDAQ pada tahun 2015, kami menyasarkan untuk membawa transformasi tanpa kertas kepada lebih banyak organisasi dan individu di seluruh dunia.

Hubungan Media

Juan Sim, Pengurus Pemasaran FORCS
Emel: juan.sim@forcs.com
No. perhubungan: +65 9138 9096

Kylynn Lee, Eksekutif Pemasaran FORCS
Emel: kylynn.lee@forcs.com
No. perhubungan: +65 8111 0625

 

Source: FORCS
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce New products/services