GUANGZHOU, China, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia Haier Smart Home, ("Haier", Shanghai: 600690), mempamerkan penyelesaian kediaman pintar daripada portfolio jenama-jenamanya di Pameran Canton ke-127, diadakan pada 15-24 Jun. Menerusi format digital sepenuhnya di Pameran Canton tahun ini, Haier telah mentransformasikan reruai jenamanya menjadi pameran yang benar-benar berciri antarabangsa dengan menganjurkan 30 siaran strim langsung dari kilang-kilangnya serta bilik-bilik pameran di seluruh China, India, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Rusia, Thailand, Jerman, India, Mesir, Arab Saudi dan banyak lagi, bagi mendemonstrasikan ekosistem globalnya dan kelebihan penyelesaian kediaman pintar inovatifnya.
Pada hari pembukaan, Haier mengumumkan pencapaian senarai jenama premium globalnya, yang telah mencatatkan pertumbuhan meskipun berlakunya pandemik COVID-19. Ia juga memperkenalkan strategi ekosistem Internet Pelbagai Benda (IoT) dengan menampilkan penyelesaian berasaskan senario berbeza yang menggabungkan pelbagai produk dalam satu sistem menyeluruh, menghidupkan semula paparan produk tunggal konvensional. Rakan kongsi, pelanggan dan pengguna ekosistem global Haier diundang untuk mengambil bahagian dalam banyak acara digital yang berlangsung sepanjang pameran ini.
"Ekosistem Internet Pelbagai Benda kami diperkasa oleh platform COSMOPlat Haier," kata Qingfu Zhang, Naib Presiden Haier Overseas Electric Appliances Corp. "Pada platform ini, semua pihak boleh berkongsi sumber, mencipta bersama dan berinteraksi dengan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti, mengoptimumkan peruntukan sumber dan berhubung dalam transformasi digital. Pada masa kini, platform COSMOPlat mempunyai 340 juta pengguna, lantas menjadikannya platform penyelesaian penyesuaian besar-besaran yang terbesar di dunia. Kami teruja kerana ramai yang menganggap COSMOPlat sebagai jenama ekosistem Internet perindustrian yang terkemuka di dunia, malah ia juga telah dipilih sebagai salah satu daripada 10 platform Internet perindustrian terkemuka China oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat."
Dengan pembentangan berasaskan senario tahun ini, Haier menawarkan peserta dengan pandangan yang lebih mendalam terhadap penyelesaian kediaman pintarnya, melalui lensa ekosistem Internet Pelbagai Benda mereka. Melalui format strim langsung, pengedar Haier di tujuh negara dan kilang dalam enam negara akan menjelaskan mengenai penyelesaian khusus, menekankan kemungkinan penyetempatan dan penyesuaian mereka. Sementara itu, sub-jenamanya turut menganjurkan zon pengalaman digital mereka sendiri. Umpamanya, AQUA memperkenalkan Smart Community Laundromat serta mendemonstrasikan potensi ekosistem AQUA Cloud IoT miliknya, manakala pengusaha e-dagang Eropah AO akan berganding bahu dengan tujuh eksekutif bagi memperkenalkan kerjasama strategik mereka dalam kategori peti sejuk dan mesin basuh.
* * *
Latar Belakang Haier
Ditubuhkan pada April 1989, Haier Smart Home Co., Ltd. (dahulunya Qingdao Haier Co., Ltd., Shanghai: 600690) ialah pembuat perkakas rumah yang terkemuka di dunia. Syarikat ini mempunyai tujuh jenama bertaraf dunia termasuk Haier, Casarte, Leader, GE Appliances-AS, Fisher & Paykel-New Zealand, AQUA-Jepun dan Candy-Itali.
Menurut Senarai Kedudukan Jenama Perkakas Utama Global 2020 Euromonitor International, jumlah jualan runcit Haier bagi perkakas isi rumah besar tersenarai di tempat pertama di peringkat dunia selama 11 tahun berturut-turut. Haier Smart Home juga merupakan sebuah syarikat Fortune Global 500.
Haier Smart Home memberi tumpuan pada penambahbaikan yang berterusan terhadap pengalaman pengguna yang terbaik bagi tujuan menyediakan pengguna dengan penyelesaian kediaman pintar, mencipta pengalaman kehidupan pintar senario-penuh serta menawarkan pilihan reka bentuk dan fungsi yang disesuaikan untuk dan oleh pengguna.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/
Video - https://cdn5.prnasia.com/202006/HaierSmartHome/video.mp4