omniture

Filinvest dan 'Plug and Play' bentuk kerjasama percepatkan inovasi digital di Filipina

Plug and Play
2020-06-19 13:03 661

BANGKOK, 19 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Konglomerat Filipina yang terkemuka Filinvest Development Corporation dan Plug and Play, dianggap sebagai platform inovasi global yang paling utama, berganding bahu untuk mendorong inovasi dalam teknologi harta benda dan hartanah, selain sektor-sektor berhampiran dalam tenaga dan kemampanan, mobiliti, teknologi prospektif (protech), kehidupan pintar dan IoT. Perkongsian ini merupakan inisiatif pertama yang seumpamanya di Filipina.

Josephine Gotianun-Yap, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Filinvest Development Corporation, memeterai perjanjian perkongsian dengan Shawn Dehpanah Plug and Play, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Inovasi Korporat untuk APAC (Foto diambil pada Februari 2020).
Josephine Gotianun-Yap, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Filinvest Development Corporation, memeterai perjanjian perkongsian dengan Shawn Dehpanah Plug and Play, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Inovasi Korporat untuk APAC (Foto diambil pada Februari 2020).

Kedua-dua syarikat, melalui Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Filinvest, Josephine Gotianun-Yap serta Naib Presiden Eksekutif & Ketua Inovasi Korporat untuk APAC Plug and Play, Shawn Dehpanah, telah menandatangani perjanjian untuk bersama-sama membangunkan dan mempromosikan perkhidmatan baharu untuk sektor hartanah serta kehidupan pintar melalui program kolaborasi dengan syarikat-syarikat baharu global.

Sinergi ini adalah berlandaskan hasrat bersama yang kuat untuk mentransformasikan secara digital sektor hartanah dan berkembang dengan perubahan tingkah laku dan pilihan pelanggan. Filinvest akan bekerjasama dengan Plug and Play untuk mengakses perniagaan dipacu teknologi perintis merentas 20 vertikal. Menurut Shawn Dehpanah dari Plug and Play, "Kami amat berbangga dengan perkongsian bersama kumpulan Filinvest ini, Mereka merupakan penginovasi dalam mencipta persekitaran serta ruang pintar dan matlamat kami adalah untuk menubuhkan hab yang paling inovatif untuk Filinvest bagi menghubungkan usahawan dan syarikat baharu yang mentransformasikan banyak aspek dalam hartanah dan tonggak Kehidupan Pintar secara digital melalui platform inovasi Plug and Play. Ini merupakan yang pertama di Filipina dan pasukan daripada Filinvest merupakan salah satu kumpulan korporat yang paling berpandangan jauh yang pernah bekerjasama dengan kami setakat ini, dengan itu kami berharap agar dapat berkolaborasi dengan lebih erat menerusi pelbagai inisiatif."

Inspirasikan penyelesaian inovatif dan praktikal dalam sektor hartanah Filipina, terutamanya dengan situasi Covid 

"Pelbagai projek dan ekosistem hartanah Filinvest menyediakan platform yang ideal untuk memperkenalkan penyelesaian digital yang canggih. Puan Yap daripada Filinvest menggariskan tumpuan kumpulan terhadap inovasi -- "Kami komited untuk membawa idea-idea baharu dan inovatif yang memberi manfaat kepada pelanggn, pekerja dan rakan kongsi Filinvest serta dapat menyelesaikan cabaran perniagaan yang sebenar. Sebagai Contoh, baru-baru ini saya berbicara mengenai bagaimana pemeriksaan dron terhadap projek dan harta benda Filinvest akan membolehkan kami untuk melakukan pemeriksaan di pelbagai lokasi dan dalam masa yang sama melindungi kesihatan kakitangan kami. Penyelesaian yang inovatif dan praktikal seperti ini, berserta interaksi didayakan teknologi tidak bersentuhan yang lain dalam harta benda kami, bukan sahaja akan berguna pada waktu ini apabila kuarantin terhadap komuniti dilaksanakan, tetapi juga dalam persekitaran pasca-Covid."

"Kami dapat melihat bahawa teknologi digital, pintar akan memacu masa depan industri harta benda. Kami ingin memanfaatkan teknologi sebaik mungkin bagi mentransformasikan perniagaan kami, menghubungkan pelanggan dan pelokasi kami, serta membantu memberi kesan positif yang berkekalan kepada masyarakat setempat," kata Puan Yap.

"Kami gembira dengan jangkauan tiada tandingan Plug and Play merentas beberapa geografi dan industri. Kami merupakan agnostik geografi dan industri apabila melibatkan penyumberan model dan penyelesaian dipacu teknologi yang boleh diaplikasi di kawasan kami ini. Perkongsian ini akan membolehkan kami untuk saling memanfaatkan aset harta benda dan keluasan pengalaman Filinvest dalam hartanah, selain jaringan luas syarikat baharu teknologi inovatif Plug and Play di seluruh dunia," tambah Puan Yap.

Mengejar keupayaan digital untuk bina impian baharu 

Kemasukan Filinvest dalam bidang pelaburan dan perniagaan dipacu teknologi bermula pada peringkat konglomerat pada tahun lalu, dengan syarikat induk mengumpul pemimpin-pemimpin utamanya bagi merangka peluang-peluang dalam vertikal masing-masing bagi membantu mengubahnya menjadi perniagaan digital. Dalam masa yang sama, Filinvest telah memformalkan hasratnya untuk melabur dalam peluang dipacu teknologi dengan menubuhkan faundri digital miliknya sendiri, f(dev), dipimpin oleh peneraju industri digital dan teknologi kewangan, Xavier Marzan.

Disebut sebagai function-dev, jenama f(dev) mewakili peranan "input-ke-output" cabang usaha niaga digital Filinvest – memanfaatkan sumber seperti bakat dan perkongsian sebagai "input" dan mewujudkan model perniagaan dipacu teknologi baharu sebagai "output".

Menyerupai misi syarikat induknya untuk memperkasa warga Filipina bagi mencapai impian baharu mereka, f(dev) menyasarkan untuk memanfaatkan kuasa digital dan teknologi disruptif – digandingkan dengan infrastruktur serta keupayaan kumpulan Filinvest dan rakan-rakan kongsinya -- untuk membina ekosistem yang mewujudkan kesan berskala luas antara pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan di Filipina dan Asia Tenggara.

Latar Belakang Filinvest Development Corp. (FDC) 

Filinvest Development Corp. (FDC) ialah salah satu konglomerat yang terkemuka, paling stabil dan pelbagai di Filipina. Melalui perniagaannya yang pelbagai, FDC mewujudkan reputasi yang kukuh sebagai rakan kongsi yang boleh diharapkan dalam pembangunan ekonomi. Kini, FDC mempunyai pemegangan strategik dalam industri-industri utama seperti pembangunan hartanah serta perkhidmatan pajakan, perbankan dan kewangan, pengurusan hotel dan pusat peranginan, penjanaan kuasa dan gula.

Matlamat FDC adalah untuk mengembangkan warisan kejayaan ini dengan terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri-industri yang mana ia bersaing dan memulakan usaha baharu yang akan meningkatkan peranannya dalam pembinaan negara.

Kunjungi www.filinvestgroup.com untuk maklumat lanjut mengenai syarikat.

Latar Belakang Plug and Play 

Plug and Play ialah platform inovasi bertaraf global. Beribu pejabat di Silicon Valley, kami telah membina program pemecut, perkhidmatan inovasi korporat dan modal usaha niaga (VC) dalaman untuk menjadikan perkembangan kemajuan teknologi lebih pantas berbanding sebelum ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, program kami telah berkembang ke seluruh dunia dengan melibatkan kehadiran di lebih 30 lokasi di seluruh dunia, memberikan syarikat baharu dengan sumber yang diperlukan untuk berjaya di Silicon Valley dan selanjutnya. Dengan lebih 10,000 syarikat baharu dan 400 rakan korporat rasmi, kami telah mewujudkan ekosistem syarikat baharu yang utama dalam banyak industri. Kami menyediakan pelaburan aktif dengan 200 VC Silicon Valley yang terkemuka dan menganjurkan lebih 700 acara perangkaian setiap tahun. Syarikat-syarikat dalam komuniti kami telah mengumpul dana sebanyak lebih $7 bilion, dengan jalan keluar portfolio yang berjaya termasuk Danger, Dropbox, Lending Club dan PayPal.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.plugandplaytechcenter.com/thailand

Latar Belakang f(dev)

f(dev) ialah pembina usaha niaga digital & kilang inovasi Filinvest Development Corporation (FDC). Dikuasakan oleh infrastruktur dan sumber FDC yang banyak, ia merupakan salah satu faundri usaha niaga digital diterajui korporat yang terbesar di Filipina dan di rantau Asia Tenggara. Pasukan f(dev) menggabungkan kepakaran industri digital yang mendalam dan pengalaman membina syarikat baharu yang beraneka bagi melancarkan dan melabur dalam perniagaan & keupayaan dipacu teknologi yang baharu – bertujuan untuk menawan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan dan mentransformasikan sektor-sektor dunia sebenar. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.teamf.dev/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200527/2814513-1?lang=0

 

 

Source: Plug and Play
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Contracts Financing agreements