omniture

Satu Jemputan kepada Dunia oleh Qingdao Conson Hai Tian Center

Qingdao Conson Development Group Haitian
2020-06-24 00:08 111

QINGDAO, China, 23 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 20 Jun, Forum Ekonomi Ibu Pejabat Bandar & Trend Baharu Peralihan ke Enjin Ekonomi Baharu daripada Enjin Ekonomi Lama (Qingdao) serta Persidangan Akhbar Global Qingdao Conson Hai Tian Center telahpun diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Qingdao. Golongan pakar dan elit dari dalam dan luar negara berhimpun untuk melawat Qingdao Conson Hai Tian Center, bangunan yang tertinggi di Qingdao. Wang Qingxian, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Shandong dan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Qingdao, menghadiri acara berkenaan.

 

Urban Headquarters Economy & New Trend of Transition to New from Old Economic Engines Forum was held in Qingdao
Urban Headquarters Economy & New Trend of Transition to New from Old Economic Engines Forum was held in Qingdao

 

Sebagai salah satu daripada kumpulan pertama sub-projek utama dalam Projek Peralihan ke Enjin Ekonomi Baharu daripada Enjin Ekonomi Lama Shandong dan projek-projek utama Qingdao, Qingdao Conson Hai Tian Center mendapat pelaburan daripada Qingdao Conson Development (Group) Co., Ltd. Ia merupakan bangunan kompleks mercu tanda bertaraf dunia yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Pada masa ini, di bawah bimbingan projek-projek kebangsaan seperti Zon Demonstrasi Kerjasama China-Shanghai (SCO) dan Zon Perdagangan Bebas Shandong kawasan Qingdao, Qingdao perlu segera meletakkan asas yang kukuh untuk Projek Peralihan ke Enjin Ekonomi Baharu daripada Enjin Ekonomi Lama. Qingdao Conson Hai Tian Center akan memainkan peranan sebagai pusat ekonomi, kewangan dan kebudayaan Qingdao.

Wang Jianhui, Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Qingdao Conson Development (Group) Co., Ltd., menghantar jemputan ke seluruh dunia untuk melawat Pusat ini. Dijangkakan bahawa acara ini akan membantu orang ramai memahami dan menyokong Hai Tian Center selain memberi beberapa saranan dan usul bagi menjadikannya "dewan sambutan Qingdao".

Sebagai bahagian yang sangat penting dalam persidangan ini, empat forum turut diadakan seperti yang dijadualkan, dengan tema "Ekonomi Ibu Pejabat Bandar & Trend Baharu Peralihan ke Enjin Ekonomi Baharu daripada Enjin Ekonomi Lama", "Ekonomi Bangunan", "Peruntukan Aset Kediaman Mewah Bandar" dan "Ruang Seni Bandar & Pembangunan Pelancongan serta Kebudayaan". AA Architectural Design Offices, BOMA International, Savills serta rakan kongsi yang lain dan pencipta bersama Hai Tian Center berhimpun di Qingdao.

Dalam forum mengenai Pembangunan dan Trend Ekonomi Bangunan Bertingkat Tinggi Super Bandar, bangunan pejabat gred 5A Hai Tian Center telah menggamit perhatian ramai. Bangunan pejabat ini menggunakan teknologi bangunan hijau dalam aspek perancangan dan reka bentuk, menyediakan persekitaran pejabat yang selesa di samping mengambil kira perlindungan kesihatan dan juga alam sekitar. Ia merupakan bangunan pejabat gred 5A yang pertama di Qingdao yang memenuhi piawaian rendah karbon antarabangsa serta telah memperoleh sijil gred A LEED.

Dalam forum mengenai peruntukan aset kediaman mewah bandar dan ruang seni bandar & pembangunan pelancongan dan kebudayaan, nilai-nilai Hai Tian House, City Sightseeing Hall dan sebagainya dianalisis secara mendalam.

Rancangan promosi pelaburan Hai Tian Center, hak keahlian dan kepentingan bangunan pejabat ini serta hak perkhidmatan dan kepentingan pemilik Hai Tian House turut diperkenalkan kepada dunia.

Qingdao Conson Hai Tian Center mengintegrasikan tujuh bahagian utama iaitu bangunan pejabat yang melebihi gred 5A, Hai Tian Hotel lima bintang, St Regis Hotel yang merupakan hotel 5-bintang super yang pertama di Shandong, Cloud Art Center, City Sightseeing Hall, Could Diamond Club, Hai Tian Mall dan Hai Tian House.

Wang Jianhui berkata bahawa masa depan Hai Tian Center akan menjadi "dewan sambutan Qingdao" hasil daripada pembangunan terbuka peringkat tingginya, memaparkan imej metropolis antarabangsa yang berciri terbuka, moden, dinamik dan juga bergaya.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1194198/hai_tian_center.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1194200/qingdao_conson_hai_tian_center.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1194201/business_hai_tian_center.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1194197/Qingdao_Logo.jpg?p=medium600

Hubungi: Cik Zhao Chen  0086-18653268303, En. Zhang Quan  +86-13953219777

 

Qingdao Conson Hai Tian Center
Qingdao Conson Hai Tian Center

 

 

Business distribution of Qingdao Conson Hai Tian Center
Business distribution of Qingdao Conson Hai Tian Center

 

 

 

Source: Qingdao Conson Development Group Haitian
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Economic news, trends, analysis New products/services Trade show news