omniture

Satelit Seterusnya KT SAT Sambut Era Angkasa 5G

KT Corp.
2020-06-24 08:00 254
  • KOREASAT 6A akan Menggunakan Daya Pemprosesan Tinggi, Liputan Alur Berubah-ubah
  • Peralihan Akan Datang kepada Perkhidmatan Platform 5G untuk Era Angkasa Baharu
  • Kehadiran Global dalam Komunikasi Maritim, Penerbangan

SEOUL, Korea Selatan, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT) ), syarikat telekomunikasi yang terbesar di Korea Selatan, mengumumkan subsidiari operasi satelitnya, KT SAT, akan melancarkan satelit seterusnya seawal tahun 2024 untuk mengubah syarikat menjadi peneraju bagi perkhidmatan berasaskan platform 5G dalam era komunikasi angkasa yang berikutnya.

Jurutera KT SAT memeriksa antena satelit di Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan.
Jurutera KT SAT memeriksa antena satelit di Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan.

Dalam sebuah "upacara pengisytiharan visi" bagi memperingati ulang tahunnya yang ke-50, diadakan di Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan, KT SAT, satu-satunya pengendali komunikasi satelit Korea Selatan, mengumumkan rancangannya untuk melancarkan KOREASAT 6A seawal-awalnya pada tahun 2024. Ia akan menggantikan KOREASAT 6, yang akan dinyahaktifkan pada tahun 2025 setelah berkhidmat selama 15 tahun.

KT berkata bahawa satelit generasi seterusnya akan dilengkapi dengan teknologi satelit yang terkini termasuk "satelit dengan daya pemprosesan tinggi" (HTS) dan "satelit tentuan perisian", bagi menghadapi lonjakan trafik yang pesat dalam era 5G akan datang.

"Dengan kedatangan Era Angkasa Baharu, komunikasi satelit melalui penyediaan rangkaian yang lancar akan menjadi jauh lebih penting," kata Song Kyung min, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KT SAT. "Kami di KT SAT akan terus bekerja keras agar kami dapat meneraju industri satelit dalam 50 tahun akan datang melalui orientasi semula kepada pengendali platform satelit dan penyertaan yang aktif dalam projek angkasa kerajaan."

KT SAT turut bersiap sedia untuk pemasaran yang agresif di Asia Tenggara dan Asia Timur susulan pelancaran KOREASAT 6A, dengan tujuan untuk turut serta bersama lima pengendali satelit yang terkemuka di Asia. Syarikat ini kini menyediakan perkhidmatan penyiaran dan komunikasi di negara-negara kepulauan seperti Filipina dan Indonesia.

▪ KOREASAT 6A Kendalikan Penghantaran Berkelajuan Lebih Tinggi

HTS menyediakan penghantaran data berkelajuan tinggi lebih 10 kali ganda lebih pantas berbanding perkhidmatan satelit tetapi (FSS) klasik dan KOREASAT 6A akan berupaya menkonfigurasikan semula liputan alurnya. Kedua-dua teknologi menyasarkan kepada perkhidmatan yang dioptimumkan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berubah-ubah dalam era 5G.

Satelit baharu ini juga mungkin dimuatkan dengan Sistem Satelit Augmentasi Korea (KASS), versi kawasan Korea bagi Sistem Augmentasi berasaskan Satelit (SBAS). SBAS meningkatkan ketepatan dan keandalan maklumat Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) dengan membetulkan ralat pengukuran isyarat dan memberi maklumat mengenai ketepatan, kesinambungan dan ketersediaan isyaratnya.

KT SAT merancang untuk menentukan muatan dan teknologi yang boleh digunakan untuk KOREASAT 6A dalam tahun ini dan memulakan pembinaan satelit baharu pada tahun 2021. Satelit baharu ini akan mengelilingi Bumi pada 116 darjah timur, garis bujur yang sama dengan KOREASAT 6.

Industri satelit Korea Selatan bermula dengan penubuhan Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan pada tahun 1970 dan sejak itu telah mencapai kemajuan luar biasa dalam perkhidmatan maklumat dan komunikasi, terutamanya dalam penyiaran telefon dan satelit antarabangsa. Menuju ke hadapan ke arah separuh abad yang akan datang, KT SAT bersiap sedia untuk menjadi peneraju sektor swasta dalam Era Angkasa Baharu.

Peserta dalam Projek GPS

KT SAT mengambil bahagian secara aktif dalam projek KASS, dipimpin oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. Projek ini bertujuan untuk membina sistem Korea sendiri bagi meningkatkan ketepatan maklumat GNSS. Ia akan memberi sumbangan besar terhadap keselamatan pendaratan dan pelepasan pesawat, antara faedah-faedah lain, dengan mengurangkan ralat GPS secara drastik daripada 30 meter pada masa kini kepada sekitar satu meter.

KASS memerlukan dua satelit geopegun dan sebuah stesen darat. Satelit geopegun dihasilkan di bawah tanggungjawab KT SAT. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun 2021 dan memulakan perkhidmatan percubaan pada tahun 2022.

KT SAT turut merancang untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam projek "satelit komunikasi bersepadu" yang diterajui negeri bagi menyediakan Sistem Penentududukan Korea (KPS) dan rangkaian komunikasi awam lain, yang akhirnya menyumbang kepada pembangunan industri angkasa Republik Korea.

Peralihan kepada Pengendali Platform Berasaskan Satelit

Visi KT SAT untuk separuh abad keduanya turut termasuk mengambil langkah untuk menjadi pengendali platform berasaskan satelit. Setakat ini operasinya telah bertumpu pada komunikasi satelit yang menambah perkhidmatan geganti daratan. Syarikat ini merancang untuk meluaskan rangkaian satelitnya bagi merangkumi komunikasi di lautan dan ruang udara, yang kekal menjadi titik buta dalam telekomunikasi.

Berdasarkan 70 peratus bahagiannya dalam pasaran kapal dagang Korea Selatan, KT SAT merancang untuk melancarkan "Platform Lautan Bersepadu" pada separuh pertama tahun 2021. Dominasi pasaran oleh syarikat ini adalah hasil daripada purata pertumbuhan tahunannya sebanyak 20 peratus dalam pasaran terminal apertur sangat kecil maritim (MVSAT). Ia telah menyediakan pelbagai penyelesaian, termasuk internet kapal, emel, TV litar tertutup dan pengurusan operasi kapal, kesemuanya akan diintegrasikan ke dalam platform tunggal untuk perkhidmatan pantas yang diingini oleh pelanggan.

▪ Satelit-5G untuk Sambungan Ultra Rangkaian Teras

KT SAT membina platform ujian satelit di Pusat Perkhidmatan Satelit Kumsan pada 15 Jun, dengan kerjasama KT Institute of Convergence Technology, sebagai sebahagian daripada penyelidikan dalam teknologi antara muka satelit-5G yang diperlukan untuk menyediakan persekitaran komunikasi yang berkualiti tinggi tanpa perpecahan wilayah. Pada November tahun lalu, mereka berjaya membangunkan teknologi antara muka antara rangkaian 5G komersial dan rangkaian komunikasi satelit buat julung kalinya di dunia. 

Bermula pada separuh kedua tahun ini, KT SAT akan menjalankan projek penyelidikan bersama Korea Selatan-Kesatuan Eropah dan akan mengkaji antara muka antara satelit dan terminal 5G.

Apabila teknologi antara muka satelit-5G dikomersialkan, ia akan membawa kepada peluasan lebar jalur rangkaian, yang akan mendayakan perkhidmatan 5G tanpa gangguan melalui satelit ke kenderaan bergerak serta kawasan-kawasan di mana pembinaan rangkaian darat adalah sukar. Ia akan membolehkan pelanggan yang berada di mana-mana sahaja untuk mendapat akses kepada kandungan yang berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang berbahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/

HUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Hubungan Media Global kami di kt.gmrt@gmail.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200622/2837205-1?lang=0

 

Source: KT Corp.
Related Stocks:
Korea:030200 NYSE:KT
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services