omniture

Selular kini cara paling berkesan kos untuk sambungkan peranti IoT ke awan, Cavli Wireless lancar Hubble99

Cavli Wireless, Inc.
2020-06-24 09:00 125

Syarikat-syarikat tidak lagi akan berada dalam dilema untuk menerima teknologi selular bagi penggunaan IoT mereka. IoT selular memasuki era ekonomi langganan dan Cavli Wireless menerajui perubahan ini dengan Hubble99.

SAN JOSE, California, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Cavli Wireless, pengeluar modul selular yang beribu pejabat di California dengan operasi-operasi di Eropah, Timur Tengah dan Asia, bersedia untuk mengubah wajah penggunaan IoT global dengan melancarkan pelan pengguna IoT disruptif – Hubble99 Cavli.

 

Pendayaan sambungan IoT ialah satu ekosistem berbilang pemegang kepentingan yang melibatkan pengeluar modul, pengendali telekomunikasi dan penyedia platform untuk mengurus perkakasan, sambungan dan langganan. Pada masa ini untuk PKS dan Perusahaan, jumlah kos pemilikan dalam menggunakan teknologi selular adalah tinggi berbanding dengan pilihan-pilihan lain seperti LoraWAN, Sigfox atau Weightless. Ini didorong oleh perbelanjaan masing-masing untuk Modul Selular, kad SIM, data dan pengurusan peranti.

Hubble99 ialah usaha Cavli untuk memudahkan ekosistem IoT terpecah-pecah masa kini dengan merekayasa semula rantaian nilai semasa, seraya membuka jalan untuk berbilion peranti seterusnya terhubung dengan mudah. Pelan langganan Hubble99 menggabungkan modul IoT selular bersepadu eSIM yang dipramuat dengan sambungan LTE atau LPWAN global, pengurusan peranti & langganan dengan infrastruktur pemesejan. Tanpa kos berasingan untuk perkakasan penyambungan, pelanggan dapat menjimatkan sehingga 50% dalam tahun pertama. Pelanggan berpeluang untuk memilih daripada teknologi selular seperti LTE-CAT4/CAT1/GSM, NB-IoT, liputan LTE-M masing-masing dalam 160, 23 dan 8 negara dan semakin bertambah. Cavli menyasarkan untuk merevolusikan IoT selular dengan menyediakan pelan yang paling berkesan kos dan boleh diskala untuk penggunaan IoT besar-besaran.

Memetik kata-kata John Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Cavli Wireless, "Kami percaya bahawa dengan menghubungkan setiap objek dalam dunia fizikal ke internet akan menyelesaikan pelbagai masalah dengan lancar dan cekap serta meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti manusia secara besar-besaran. Ini merupakan kuasa sebenar 'Internet Pelbagai Benda' dan dengan Hubble99, kami ingin membawakan kuasa ini kepada perniagaan di seluruh dunia."

Cavli Wireless, Inc.
Cavli Wireless ialah pendorong Internet Pelbagai Benda yang bermatlamat untuk mendemokrasikan sektor IoT dengan suit produk Perisian kepada Perkakasan termasuk Modul Selular, sambungan global dan Platform Awan. Portfolio penyelesaian Cavli membolehkan pembuat & perusahaan produk IoT untuk membina, menghubungkan dan menskalakan penyelesaian IoT mereka merentas geografi dengan cara yang paling selamat dan lancar sebaiknya.

HUBUNGI: 
Ajit Thomas, Ketua Pegawai Pemasaran, ajit@cavliwireless.com, +1-650-535-1150

 

Hubble99: The world's first truly global IoT adoption plan
Hubble99: The world's first truly global IoT adoption plan

 

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=rFAP9anH0z8  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1195540/cavli_wireless_hubble99.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1195541/Cavli_Wireless_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cavli Wireless, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services